expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, December 21, 2014

Kotak Pensil CHENYU


Sesi persekolahan 2015 tak lama lagi akan bermula. Ramai yang sedang membuat persiapan, termasuklah membeli alatulis. Bukan pelajar saja teruja...cikgunya pun sibuk juga.Haha..Untuk 2015 nanti saya memilih kotak pensil berwarna hijau. Dah bosan dengan kotak pensil yang biasa dibeli saban tahun, kali ini saya beli yang agak berbeza.



Tu diaaa.... cantik tak? Jenama Chen Yu, made in China lagi tu. Saya beli kat Popular book Store dengan harga RM 18.90. Kalau guna kad ahli, boleh diskaun 10 peratus. Tapi saya takde pun kad ahli popular. Hmm... bukan selalu pun membeli kat sana. Thinking of you dengan gambar zirafah...


Bahagian dalam kotak pensil,
Memang ruangan agak terhad, tapi saya suka sebab dapat
susun pen dengan kemas.


Macam ni lah kita susun pen dengan kemas.
kan senang untuk ambil pen, takdelah tercari-cari.


Material yang digunakan...dari jenis kain yang senang untuk dibasuh
kalau terkena kotoran.
Cuma kelemahannya, mungkin zip di sekelilingnya mudah rosak
apabila digunakan dengan kerap.
Tak sesuai bagi mereka yang suka buka tutup kotak pensil 
berulang kali dalam satu-satu masa.


Ok...2015 nanti saya akan guna secara rasmi
kotak pensil ini.
Lain orang lain citarasa...anda pula macamana?

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.