expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, December 22, 2014

Vakum penis & ubat penggemuk badan


Akhir-akhir ini sibuklah duk jual vakum penis dan obat penggemuk badan. Amboi..amboi...iklan tak berbayar kat blog saya ni. Bukan sekali dua, tapi dah banyak kali muncul dalam cbox saya. Mula-mula tu saya remove saja mesej tu tapi muncul lagi.

Sudah beberapa kali block, tapi muncul lagi dengan nama lain. Geram betul....Maka saya telah mengambil keputusan untuk remove saja kotak cbox yang dah beberapa tahun ada kat blog saya. Saya mohon maaf kepada pengunjung blog ini yang tak dapat lagi meninggalkan pesanan dalam kotak pesanan tu.

Sebetulnya kotak cbox atau pesanan itu memainkan peranan yang penting dalam aktiviti berblog. Yer lah... sebagai tempat pengunjung meninggalkan jejak untuk dijejaki. Saya sendiri pun kalau berkunjung ke blog lain akan mencari kotak shoutbox ini untuk meninggalkan jejak blogwalking. Agaknya inilah sebabnya kenapa ramai blogger sekarang ini tidak meletakkan kotak shoutbox lagi kat blog mereka.

Sebelum ini iklan-iklan yang tidak sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat ini sering muncul dalam ruangan komen setiap entri. Saya telah mengambil langkah untuk menapis dulu komen-komen yang masuk...maka terselamatlah daripada iklan yang tidak dikehendaki.

Jadi kepada pengunjung blog KM7 ini, bolehlah meninggalkan jejak blogwalking anda dalam ruangan komen setiap entri terbaru. Saya akan menjejaki anda kembali...Harap maaf atas segala kesulitan. Selamat berblog.

1 comment:

  1. samalah kat blog saya pun muncul gak benda2 tu, dah block dah ban, n delete pastu tak lama kemudian dia muncul balik, mmg geram jer tapi masih bersabar lagi, syg plak nk buang ruangan chat tu lagi.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.