Memperkenalkan album Anugerah Ilahi :Surah-surah Pilihan Bertarannum, bacaan oleh adik Qayyim. Album terbitan dan edaran UNIC Dotmy Pro ini boleh didapati dengan harga RM 19.90. Mengandungi bacaan surah-surah seperti berikut;
Friday, January 31, 2014
Thursday, January 30, 2014
Semakan status Ujian Kompetensi ICT
Alhamdulillah saya dah melepasi tahap Kompetensi Digital Literasi ICT
dalam ujian Kompetensi ICT baru-baru ini.
Kepada yang nak semak keputusan masing-masing....
sila KLIK SINI
Tahniah kepada yang berjaya.
yang tak berjaya....cuba lagi.
Wednesday, January 29, 2014
Teacher Ra bersara
Selamat bersara Pn Hjh Rakiah, atau lebih mesra dengan panggilan teacher Ra. Majlis tengah hari tadi berlangsung dalam suasana meriah tetapi penuh kesayuan. Maklum sajalah sudah 17 tahun teacher Ra berkhidmat di SMKAM.
Tuesday, January 28, 2014
Maulidur Rasul 1435H
Hari ini berlangsung majlis penutupan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah tempat saya bertugas. Majlis ini juga diserikan lagi dengan jamuan kesyukuran bagi PMR 2013 yang mana 64 orang calon mendapat 9A. Entri bergambar ini menceritakan kemeriahan majlis tersebut.
Monday, January 27, 2014
Musim demam melanda
Musim demam pula sekarang ni...3 anak saya demam, bermula dengan Sadiq beberapa hari lepas. Malam tadi Ardini pula yang demam, dan hari ini yang sulung Imdad juga demam. Budak-budak ni kalau nak demam mesti muntah-muntah dan cirit-birit dulu..
Sunday, January 26, 2014
Kali pertama gunting rambut
Bila kali pertama anda potong rambut kat kedai gunting rambut? ramai yang tak ingat kan...Entri kali ini saya paparkan aksi Sadiq semasa digunting rambutnya buat pertama kali kat kedai gunting. Sejak lahir, inilah kali pertama Sadiq potong rambut..sebab rambutnya jenis lambat panjang.
Saturday, January 25, 2014
Akhirnya pokok durian pusaka ditebang
Inilah pokok durian pusaka yang akan ditebang hari ini. Pagi tadi ada seorang makcik datang meminta kebenaran untuk menebang pokok durian itu.Kononnya pokok durian itu berada di sebelah tanahnya yang akan dibina rumah.
Friday, January 24, 2014
Tips membaca di tempat awam
Membaca dapat menambahkan ilmu, di samping boleh memenuhi masa lapang seseorang. Tapi berapa ramaikah dalam kalangan kita yang suka membaca di tempat awam seperti semasa menunggu bas, di restoran, hospital dan sebagainya? Rata-rata malu membaca di tempat awam kerana takut dilabel sebagai ulat buku. Kali ini saya akan berikan tips mudah bagi mereka yang segan membaca buku di tempat awam.
The making of Sagupal
Sejenis kuih Melayu yang popular suatu masa dahulu, Sagupal namanya.Kini kuih itu kembali popular dan banyak dihidangkan dalam majlis seperti perkahwinan dan sebagainya. Sedap juga disediakan untuk minum petang bersama keluarga atau jiran tetangga.Saya akan memperkenalkan kuih ini secara umum saja kerana belum lagi mendapat resepinya secara terpeinci.
Thursday, January 23, 2014
Beg Mat Kool
Dua buah beg Mat Kool yang cantik.Percuma saja tu....Anak-anak memang suka, macam-macam mereka masukkan dalam beg tu..makanan, minuman juga permainan.hehe..
Wednesday, January 22, 2014
Buah nona yang sedap
Hmmm...sedapnya...buah nona ni. Rasanya macam apa yer..macam kastad kot...lemak manis berkrim.hehe..Isinya putih kekuningan. Sebelum bercerita tentang buah ni, saya nak ucapkan terima kasih kepada Puan Faridah atau lebih mesra dengan panggilan kak Dah kerana memberikan saya buah nona daripada pokok yang ditanam di rumahnya.
Kemalangan di Tegayong
Satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta kancil dan hilux, di simpang tiga Tegayong,Melor berlaku awal pagi tadi.Kemalangan ini turut melibatkan salah seorang staf tempat saya bertugas.
Tuesday, January 21, 2014
Buaya sepanjang 15 kaki
Terima kasih kepada pemilik asal gambar-gambar ini. Inilah gambar yang banyak tersebar dalam whatsApp hari ini. Menurut sumber yang tidak dinyatakan...lokasi aktiviti tersebut adalah di Brunei. Mohon kepada yang berkenaan memberikan maklumat dan penjelasan sebenar. Besar sungguh buaya tu...Bayangkan risiko sesiapa sahaja yang berhadapan dengan reptilia tersebut.
Umrah 2014
Alhamdulillah, hari ini 21 Januari 2014 ibu saya dan rombongannya telah berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah.Bersama dalam rombongan tersebut adalah beberapa orang adik beradik ibu saya merangkap ibu saudara saya.
Monday, January 20, 2014
Berhati-hati guna RM 20
Berhati-hati dengan penggunaan duit kertas RM 20. Walaupun duit kertas ini dah lama di pasaran, namun kita sering tertukar dan menganggapnya wang RM 10. Saiz dan warna yang hampir sama dengan wang kertas RM 10 menyebabkan penjual dan pembeli sering keliru kalau tidak diperhatikan betul-betul.
Sunday, January 19, 2014
Basuh kereta sendiri
Tengok tu...rajinnya...habis anak-beranak mencuci kereta. Satu contoh yang baik dan mesti dicontohi..Haha...rasa macam nak gelakkan diri sendiri pula.Sila jangan marah...Bukan selalu pun...
Hilangnya madu limau
Inikah limau madu? Rupa parasnya tidak seindah nama. Rasanya pun tak sehebat yang disangka. Saya beli limau ni di pasar malam dengan harga RM 5 sekilo. Saja nak rasa limau ni pula...asyik makan limau mandarin jer kan...Tapi kan...saya cukup tak puas hati. Tengoklah sendiri limau yang saya dapat tu...layak dibuang saja, tak patut dijual.
Saturday, January 18, 2014
Punca harga barang naik
Berita Harian Online 18.1.14 |
Ohh...ini rupanya punca kenaikan harga barangan yang menjadi bualan sekarang ni yer..Itu laporan akhbar Berita Harian online hari ini. Saya tak nak komen apa...baca sajalah yer. Betul ker tidak tak tahulah. Masing-masing ada pandangan sendiri.
Gelas MariGold
Bagi penggemar kopi dan teh tarik, susu krimer manis MariGold memang tak asing lagi. Ini bukan cerita kopi dan teh tarik...tapi nak cerita pasal gelas comel MariGold.
Kemboja putih
Wah..cantik tak?sila kata cantik pada bunga kemboja tu.hehe...Itulah pokok bunga kemboja yang saya tanam dah pun berbunga.
Friday, January 17, 2014
Maulidur Rasul
Majlis sambutan Maulidur Rasul di rumah ibu saya, di samping tahlil arwah ayah dan solat hajat untuk ibu yang akan mengerjakan umrah.
Kena saman had laju
Hari ni dapat satu surat, bukan surat layang tapi betul -betul surat...daripada PDRM. Surat saman huhu..
Thursday, January 16, 2014
Rak daripada rain gutter
Kalau sudah kreatif, macam-macam boleh jadi. Selain menjimatkan, ia juga boleh direka mengikut citarasa sendiri. Bagi pemilik asal rekaan ini yang hanya dikenali sebagai Sarah, idea menghasilkan rak serbaguna untuk bilik anak-anaknya memang dirancang rapi dari segi material yang digunakan mahupun kos.
Wednesday, January 15, 2014
Sudah 2 tahun ayah pergi
15 Januari 2014, hari ini genaplah 2 tahun pemergian arwah ayah saya. Entri pasal kematiannya KLIK SINI. Cepat betul masa berlalu, rasa macam baru saja kematian arwah, rupa-rupanya dah masuk 2 tahun.
Telegram saingi Whatsapp
Petikan Harian Metro 15.1.14 |
Wow...ada aplikasi baru sebagai pesaing whatsapp. Telegram...nama yang tidak asing lagi kepada sesetengah orang suatu masa dulu. Kini nama Telegram adalah untuk satu aplikasi seakan-akan whatsapp.
Tuesday, January 14, 2014
Saudi Arabia dan Bahrain
Saya jarang tengok pageviews blog ni...Tapi hari ni rasa nak tengok pula...Untuk minggu bermula 7.1.14 hingga 14.1.14 setakat 4 petang tadi,...itulah statistiknya. Alamak terkejutnya...Lebih 9 ribu pageviews dari Saudi Arabia, diikuti Bahrain lebih 7000. Kedua-dua negara tersebut mengatasi pageviews dari Malaysia. Ehhh siapa pula yang tengok blog saya ni dari kedua-dua negara tu?
Aiskrim kampung
Suatu masa dulu,kalau petang -petang tunggu penjual aiskrim datang.Aiskrim dalam mangkuk dan kon sajalah pilihan yang ada.Bukan macam sekarang, banyak kedai dan banyak pilihan.
Angry Birds RM2
Memang nampak cantik, nampak comel jer gunting pelbagai warna angry birds ni. Harganya pun sangat murah...RM2 jer. Kononnya nak buat pelbagai bentuk guntingan kertas la ni..Bukan sedikit..ada 6 bentuk guntingan yang boleh dibuat.
Jangan mudah percaya
Dalam hidup ini kita tidak boleh terlepas daripada berurusan dengan orang lain. Ada-ada saja perkara yang menyebabkan kita terpaksa berhadapan dengan individu atau kelompok masyarakat sama ada kita suka atau tidak. Persoalannya sejauh mana kita boleh mempercayai orang lain?
Monday, January 13, 2014
Segalanya pasal kangkung
Buka facebook hari ni semua cerita pasal kangkung...Terkejut juga tengok macam-macam menu dan resepi kangkung, sehingga makanan segera pun dikaitkan dengan kangkung..Macam-macam jenis ayat pasal kangkung. pendek kata...segala-galanya pasal kangkung.Apa hal pula ni tiba-tiba meledak dengan cerita kangkung, silap-silap haribulan makcik yang jual kangkung kat pasar pun boleh popular.
Sunday, January 12, 2014
Ular dalam mangkuk tandas
Gambar ni banyak tersebar dalam group whatsApp. Saya tak tahu sumber dari mana, apapun nak berkongsi juga di sini pasal apa yang kita lihat dalam gambar tu.
Balut buku sekolah
Dua hari tak update blog rasa macam lama sangat..Kalau cuti sekolah dulu boleh update sampai 3 entri sehari, sekarang ni satu entri sehari pun macam tak sempat..hehe...Kononnya sibuk sangatlah tu..Malam ni nak update satu perkara...haaa tengok gambar tu, mesti ada yang ingatkan saya tengah menghafal Rukun Negara..mmm bolehlah juga sambil-sambil kan...Sebenarnya saya buat projek ni...
Thursday, January 9, 2014
Dr. Cermin Kubang Kerian
Beginilah keadaan kereta saya semasa masuk bengkel. Bagi yang belum tahu kenapa jadi macam ni, sila KLIK SINI. Satu-satunya bengkel Dr Cermin di Kelantan ini terletak di Kubang Kerian. Nasib baik masa saya ke sana, takde kereta kat bengkel, jadi bolehlah proses terus.
Seronok 'berkongsi' isteri
Sinar Harian online 8.1.14 |
Satu lagi kerja gila dalam kalangan masyarakat zaman sekarang, sanggup berkongsi isteri. Seorang isteri sepatutnya dijaga dan dilindungi oleh suami, tapi sebaliknya pula berlaku. Kejadian ini seolah-olah mempergunakan isteri sendiri. Apa agaknya motif tindakan suami tersebut ?
Wednesday, January 8, 2014
Ibu tiri yang zalim
Keratan Berita Harian 8/1/14 |
Ramai yang dah baca berita pasal kekejaman ibu
tiri dalam akhbar hari ini kan....Tak sangka ada juga manusia yang berkelakuan
sedemikian. Rasanya haiwan pun kasihankan anak sendiri.....inikan pula
manusia.Walaupun anak itu sekadar anak tiri, sanggup pula ibu tiri
memperlakukan sedemikian.
Tuesday, January 7, 2014
Tips penjagaan ball pen
Setiap kali beli pen baru...ada-ada saja pen yang hilang......beli lagi...kemudian hilang lagi.Biasanya kalau pen tu harga murah kita tak kisah sangat kalau hilang. Tapi kan....zaman semua barang naik ni,eloklah kita jaga pen masing-masing. Jom saya beri tips mudah untuk menjaga pen agar tidak hilang atau tertukar dengan pen rakan sekerja yang lain. Caranya mudah saja...
Monday, January 6, 2014
Padah sambung tidur
Lembu naik kereta
Muka depan Berita Harian 6.1.14 |
Macam-macam dunia hari ini.....rasa lucu pun ada tengok lembu naik kereta ni.hehe...Muka depan Berita Harian hari ni ada gambar lembu naik kereta. Bukan sebarang lembu tu...lembu yang dicuri di Sungai Lembu, Bukit Mertajam. Empat ekor lembu disumbat dalam satu kereta.Mungkin ada yang tertanya-tanya...Begitu senang nak curi lembu?
Saturday, January 4, 2014
Cermin keretaku retak
Cermin keretaku retak hampir pecah! Aduh...duit lagi, macam tahu-tahu saja dapat bonus...Nak claim insurans tak dapat...pasal masa renew insurans hari tu tak cover untuk cermin. Hmm berapa RM pula nak melayang kali ni. Apa cerita sebenarnya jadi macam ni...Meh nak story sikit...
Hadiah daripada isteri
Hari ini saya dapat hadiah..Alhamdulillah.. Seronok kan dapat hadiah. Istimewa lagi hadiah pemberian daripada isteri sendiri. Hadiah sempena apa..entahlah.. Sempena tahun baru kot.Jom tengok apa hadiahnya.
Jeng...Jeng..Jeng...
Friday, January 3, 2014
Thursday, January 2, 2014
Kalender 2014
This is my card! haha...ada yang gelak ker...jadi blogger suka-suka dan sambilan pun buat kad nama juga ker? Biarlah apa orang nak kata, bukan saya guna duit mereka pun nak buat kad ni..Sebenarnya saya tertarik dengan kad nama yang digabungkan dengan kalender 2014, yang ditunjukkan oleh blogger dalam FB. Maka saya pun buat tempahan secara online saja.
Kalender poket ni sesuai untuk kita lihat tarikh, juga cuti umum. Pada masa yang sama boleh juga perkenalkan blog sendiri kepada orang lain yang sudi. Buat masa ni saya tak fikir lagi nak beri kepada siapa kalender poket ni...Kalau ada yang nak, beritahulah yer..hehe..Bukan apa...kalau kita beri kepada orang yang tak nak..mungkin dibuang begitu saja..sedih pula tengok....
Kalau ada yang nak tahu pasal harga, design atau nak tempah kad ni...sila klik sini. Penghantaran secara poslaju dan percuma yer...Terima kasih kepada brother yang design dan siapkan kad ni untuk saya..Terima kasih juga kepada semua pembaca blog Kembara Minda 7.
Wednesday, January 1, 2014
Tahun baru kantin baru
Hari pertama memulakan tugas...boleh tahan juga penatnya...hehe...Bukan penat apa...awal-awal tahun ni banyak kerja-kerja pengkeranian nak dibereskan...Tengah tahun dan hujung tahun pun banyak juga....Seronok masuk kelas tengok pelajar ceria nak belajar. Maklumlah lama cuti tu...rindu nak belajar semula.
Selamat tahun baru 2014
Alhamdulillah, berjumpa lagi kita di tahun baru 2014.
Semestinya tahun baru dengan azam,tekad dan semangat yang baru.
2013 telah meninggalkan kita dengan
pelbagai kenangan ...
pahit manis semuanya mematangkan kita
dalam terus mengharungi 2014 ini.
Saya mengambil kesempatan
untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada
semua yang sudi meluangkan masa
membaca dan menatap potret
yang dipaparkan saban waktu dalam entri di blog ini,
sepanjang tahun 2013 yang lalu.
Sokongan dan dorongan anda
menjadi sumber inspirasi kepada saya
untuk terus menulis dalam blog yang tidak seberapa ini.
Semoga sinar 2014 ini
akan memberi kebahagiaan buat kita semua.
Bersamalah kita berdoa agar diberi kesihatan yang baik,
juga dimurahkan rezeki olehNya.
"Selamat tahun baru 2014".
Salam persahabatan buat semua;
-kembaraminda7.com-
Subscribe to:
Posts (Atom)