expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, February 27, 2014

Ekspo Kelantan-Linxia 2014


Bagi anda yang berada di Kelantan hujung minggu ni bolehlah ke Ekspo Kelantan-Linxia, makanan halal antarabangsa.  Ekspo yang bermula pada 25 Februari hingga 1 Mac ini bertempat di perkarangan stadium Sultan Muhammad ke IV.

Wednesday, February 26, 2014

Betik sudah ditebuk...


Biasa dengar kelapa ditebuk tupai. Yang ni pula apa kes? Betik ditebuk apa..tupai? burung? musang? atau angkara manusia? Entahlah..saya tak tahu. Petang tadi baru perasan buah betik kat depan rumah sudah separuh dimakan dengan buah masih berada pada pokoknya.Buah tu pun macam belum masak sepenuhnya.

Tuesday, February 25, 2014

Ketam besar ni!


Alhamdulillah, kali ni kami berpeluang makan ketam besar..huhu..besar mana tu?Tengoklah gambar tu...seekor ketam penuh sepinggan.Bukan senang juga nak makan... siap ada acara ketuk-mengetuk kulit ketam yang keras untuk dapatkan isinya. Menu apakah masakan puan isteri saya malam ni...saya pun tak tahu..yang saya tahu, ketam.haha..

Monday, February 24, 2014

Gelas Sunkist

Cuaca panas ni kalau dapat minum jus oren pun sedap.Gelas kat atas tu free gifts terbaru yang saya dapat apabila membeli 2 kotak jus oren yang berharga RM 9.80.

Sunday, February 23, 2014

Pasar Siti Khadijah berwajah baru


Cantik tak? Nampak macam ceria jer kan... Cuba teka kat mana ni? Bagi yang belum pernah sampai ke Kota Bharu, gambar kat atas tu adalah pemandangan dalam pasar Siti Khadijah yang terletak di bandar Kota Bharu. Sebelum ni dinding tu dicat dengan warna hijau...sekarang ditukar kepada warna yang lebih ceria... supaya peniaga dan pengunjung akan lebih ceria membeli belah di sini.

Saturday, February 22, 2014

PKT, Nissan Almeera dan THR


Persoalan siapakah yang bertuah memenangi Nissan Almeera telah pun terjawab petang tadi.Yang pasti bukan saya.hehe... Tahniah Kepada pemenang dari Cherang Ruku,Pasir Putih. 

Vespa masih diminati


Vespa...motosikal yang popular sekitar tahun 40an sampailah zaman P Ramlee. Jarang kita lihat vespa sekarang ni. Bagaimanapun entri kali ini berjaya menjejaki seorang anak muda yang mempunyai minat terhadap vespa. "Bermula dengan minat sejak dibangku sekolah lagi, kini sudah menjadi hobi sepenuh masa, dan kini saya sudah boleh membaiki vespa sendiri" ujar bakal pendidik ini.

Friday, February 21, 2014

Kami sudah pindah


Lama tak update blog...minta maaf  kepada pengunjung setia blog ni..Dalam seminggu ni sibuk berpindah. Bukan berpindah sekolah tapi berpindah bilik guru. Masing-masing sibuk mengemas dan mengangkut barang-barang dari bilik guru lama ke bilik guru baru. Saksikan 'kemeriahannya' di sini...

Saturday, February 15, 2014

Birthday Marsha


Selamat hari lahir Marsha..birthday ke 6. Majlis kat rumahnya kali ini diserikan dengan kedatangan kawan-kawan yang belajar satu tadika dan keluarga masing-masing. Saksikan kemeriahan sambutan birthday anak saudara saya ni..

Unta dari Madinah


Satu pose istimewa unta saya buat pengunjung blog KM7 ni. Bukan sebarang unta, unta ini dibawa pulang dari Madinah. Kat sini bukan senang nak cari unta...terpaksa oder dari Madinah.hehe.. Tak tahu pula kenapa, tiba-tiba jer nak jadi pengumpul unta. Jadi kalau ada sesiapa nak bagi apa-apa saja berkaitan unta, bolehlah yer kecuali najis unta.haha....

Friday, February 14, 2014

Latihan ala komando


Tahniah Kepada SMK Lutong, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Miri, Sarawak kerana telah berjaya mengadakan Kem Kepimpinan Pelajar bagi sesi 2014. Latihan ala komando ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di dalam kawasan sekolah.

Makan di asrama sekolah


Tempat makan mestilah bersih, kemas dan ceria. Tak kiralah sama ada di rumah, gerai, restoran, kantin mahupun di dewan makan asrama. Gambar kat atas tu adalah dewan makan asrama SMKAM. Amacam? nampak cantik kan....kena pujilah sikit...sekolah sendiri..hehe..

Wednesday, February 12, 2014

SPS Tergendala pula


Tergendala pula perkhidmatan SPS ni...Dari semalam lagi nak log in tak dapat. Mungkin ramai sangat tengah online kot. Kat sekolah, banyak masa warga pendidik dalam kelas dan bersama-sama pelajar, kemudian sebelah petang aktiviti ko kurikulum dan kelas tambahan.

Tuesday, February 11, 2014

Biawak dalam tangki air


Misteri air berbau akhirnya terungkai...Lebih seminggu air dalam bilik air di rumah saya berbau kurang menyenangkan. Kesemua 4 bilik air yang menggunakan satu tangki utama, berbau airnya. Rupa-rupanya ada makhluk dalam tangki air tu...tak lain tak bukan..anak biawak. oh....tidaakkkkk... ada yang kembang tekak tengok anak biawak tu..

Ada baju di kelas


Idea kreatif pelajar 5 IR tahun 2014 SMKAM ini wajar dipuji. Mereka menghasilkan sudut mata pelajaran dalam bentuk baju T Shirt yang unik, digantung di belakang kelas. Kelas yang tidak mempunyai papan kenyataan khas bukanlah alasan untuk tidak mengadakan sudut-sudut mata pelajaran dalam kelas.

Sunday, February 9, 2014

Kereta Kuda di pantai Irama


Tarikan terbaru di pantai Irama Bachok ialah kereta kuda, dan beberapa jenis permainan lain seperti dalam gambar di bawah. Pengunjung akan dapat merasai keseronokan pengalaman menaiki kereta kuda dan sebagainya ini terutamanya pada hari Jumaat dan Sabtu, iaitu hari cuti umum bagi negeri Kelantan.

Friday, February 7, 2014

Kebun getah menjadi perumahan


Sungguh indah dan damai pemandangan di waktu petang. Rakaman gambar -gambar berikut adalah di lokasi sebuah kampung di Melor, Kelantan.Dahulu kawasan ini kebun getah,sudah bertukar menjadi kawasan perumahan. Ada rumah yang berharga Rm300k.

Thursday, February 6, 2014

Selamat tinggal SMKAM


Setelah hampir 3 tahun di SMKAM, akhirnya tuan pengetua telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Sektor Pendidikan Islam,JPN Kelantan. Tahniah.Berikut sebahagian gambar yang dirakam dalam majlis perpisahan hari ini...

Tuesday, February 4, 2014

Parah disambar api


Malang tidak berbau. Itulah yang terjadi kepada ipar saya yang terlibat dalam satu insiden kebakaran pagi tadi.

Cuci mata dengan kain


Jom cuci mata pula kali ni.Entri yang disukai oleh kebanyakan wanita..pasal kain-kain corak terkini di pasaran. Saya bukan nak jual kain,cuma nak tayang kain yang ada di pasar Siti Khadijah,Kota Bharu. Sikit jer tu..datang tengok sendiri baru rambang mata..Jom tengok..

Monday, February 3, 2014

Dilema orang bekerja


Terima kasih kepada pemilik asal artikel di atas. Saya terima melalui whatsapp daripada kawan. Tertarik dengan isi kandungannya, maka saya kongsikan dalam entri dalam blog ini. Mungkin petikan di atas ada kebenarannya jika kita meluangkan sedikit masa untuk menelitinya.

Sunday, February 2, 2014

Pulang mengerjakan umrah


Alhamdulillah,petang semalam rombongan ibu saya dan ibu saudara saya telah selamat tiba di lapangan terbang Pengkalan Chepa, setelah menunaikan umrah selama 11 hari. Semua rombongan tiba dengan penuh ceria disambut ahli keluarga.

Saturday, February 1, 2014

Majlis Aqiqah di Peringat


Alhamdulillah baru balik dari menghadiri majlis Aqiqah dan kesyukuran di Peringat,Kelantan. Majlis jemputan keluarga ustazah Wan Noorma ini berlangsung dengan penuh meriah.

Baked with LOVE


Baked with love....sungguh indah bunyinya, sesedap rasanya. Apa saja yang dilakukan dengan penuh kasih-sayang pasti terasa keindahan dan kesedapannya. Jadi kepada yang nak memasak tu...memasaklah dengan penuh kasih-sayang, bukan dengan penuh keterpaksaan...