expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, June 29, 2014

Selamatkan telur burung


Selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Macamana hari pertama berpuasa? Semoga kita semua dapat berpuasa dengan baik. Entri pertama bulan puasa ni...pasal menyelamatkan telur burung. Semasa memotong rumput kat halaman rumah, saya terpotong sebatang anak pokok...rendah jer pokok tu. Rupa-rupanya ada sarang burung kat pokok tu

Thursday, June 26, 2014

Perbarisan rumah sukan


Setiap kali diadakan kejohanan olahraga, acara perbarisan rumah sukan juga sangat dinanti-nantikan oleh semua. Mana taknya... semua pasukan cuba menunjukkan kelainan pada sentuhan kreativiti bagi menarik perhatian juri. Apapun, sekalung tahniah kepada semua pasukan perbarisan atas komitmen anda berlatih kawad dalam kekangan waktu latihan. Juga kesungguhan anda menyiapkan aksesori setiap ahli perbarisan sehingga ada yang terpaksa mengorbankan masa rehat sendiri. Saksikan...

Dapat CPUV lagi


Baru jer buat entri pasal cpuv [klik sini] baru-baru ni... Kali ni nak buat entri lagi pasal cpuv. Punyalah gembira sebab sekarang ni ada 6 cpuv kat blog kembaraminda7.com sedang on going serentak. Kalau sebelum ni ada 5 cpuv, kemudian 1 cpuv sudah credited. Tiba-tiba tambah lagi 2 cpuv menjadikan 6 semuanya.

Wednesday, June 25, 2014

Tarik tali paling hot


Jom pakat tarik tali....beradu kekuatan untuk menentukan pasukan mana yang gagah perkasa. Hehe.. kali ni sempena PESKO 14 ada acara tarik tali juga. Bersemangat setiap pasukan...bukan saja peserta, malahan guru penasihat dan penyokong-penyokong setiap pasukan bagai hilang suara dengan jeritan sokongan yang tak putus-putus.

Tuesday, June 24, 2014

PESKO 14 SMKAM


PESKO 2014 di SMKAM bermula hari ini sehingga 26 Jun 2014. Acara padang dan balapan berlangsung dengan jayanya. Semua mengambil bahagian dalam pelbagai acara, paling tidak pun sebagai penyokong setia rumah sukan masing-masing. Seperti biasa, 4 rumah sukan iaitu Shafei, Maliki, Hanafi dan Hambali saling bersaing untuk mendapatkan kedudukan teratas carta. Saksikan foto-foto yang sempat saya rakam hari ini.

Monday, June 23, 2014

Persaraan Pn Hjh Shamsiah


Selamat bersara kepada Puan Hjh. Shamsiah bt Omar, atau lebih mesra dipanggil kak Sham. Hari terakhir sebagai pendidik, khususnya di SMKAM ini setelah 24 tahun menabur bakti di sini. Banyak suka duka dilalui sebagai guru, dan sudah ramai bekas pelajarnya yang telah berjaya dalam kerjaya masing-masing. Saksikan gambar-gambar kenangan yang sempat dirakam sepanjang majlis tersebut.

Baju Kokurikulum baru


Memperkenalkan baju untuk aktiviti 
Kokurikulum yang baru bagi pelajar SMKAM. Ada 4 warna iaitu hijau,merah,
Kuning dan biru mengikut rumah Sukan.

Pasukan kompang sekolah


Kalau dulu kompang dimainkan semasa majlis perkahwinan dan acara rasmi, sekarang kompang sudah diperkenalkan di sekolah-sekolah. Kebanyakan sekolah sudah ada pasukan kompangnya sendiri. Penubuhan pasukan kompang ini sama ada untuk pertandingan mahupun untuk menyerikan lagi majlis-majlis rasmi di sekolah. Justeru, SMKAM buat julung-julung kalinya mempunyai pasukan kompangnya yang tersendiri. Saksikan....

Saturday, June 21, 2014

Kulit gula-gula


Banyak betul kulit gula-gula ni. Siapalah agaknya yang gemar makan gula-gula sampai berbotol-botol kulitnya disimpan. Atau boleh juga disebut satu hobi mengumpul kulit gula-gula. Makan gula-gula dalam kuantiti yang banyak tidak bagus untuk kesihatan gigi. Tapi kalau sekadar untuk pemanis mulut atau menghilangkan mengantuk, rasanya tak jadi masalah.

Wow..Ada 5 CPUV


Alhamdulillah, ada lagi cpuv baru melekat dalam blog Kembaraminda7.com ini. Baru jer buat entri pasal 3 cpuv [KLIK SINI] beberapa hari lepas, tiba-tiba muncul pula 2 cpuv baru. Kali ni nuffnang bagi cpuv untuk iklan Bulgogi Brothers Korean dan Invest Smart Campaign. 

Friday, June 20, 2014

Festival Thai - Malaysia


Esok adalah hari terakhir bagi OTOP GroomBig Thai-Malaysia Relationship Festival. Lokasi festival ini adalah di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Masih ada masa lagi untuk anda ke sana. Macam-macam jualan makanan, minuman, pakaian, dan kraftangan dari Thailand ada di sana.

Pokok Kurma berbuah di Kota Bharu


Teruja betul nak tengok pokok kurma yang sudah berbuah di bandar Kota Bharu. Hari ini baru berkesempatan.  Sebelum ni tengok foto orang lain kat FB. Kali ni boleh tengok dan rakam gambar sendiri. Satu kepuasan berkongsi fenomena yang tak pernah berlaku sebelum ini.

Thursday, June 19, 2014

Model kapal dulu-dulu

   

Baru-baru ini saya sempat menyaksikan pameran Meniti Ombak ke Kampung Laut, anjuran TV Alhijrah dan Jabatan Muzium Malaysia bertempat di Balai Islam Lundang, Kelantan. Ini adalah sebahagian daripada pameran dan gerai jualan di sana. Saya tertarik dengan model-model kapal yang dipamerkan. saksikan...

Monday, June 16, 2014

3 CPUV


Alhamdulillah, rezeki bulan Jun. Ada 3 cpuv sedang menari-nari kat blog kembaraminda7.com. Seronokkan apabila nuffnang bagi iklan kat blog kita. Terima kasih kepada ketiga-tiga iklan tu.....uMobile Prepaid, Tune Money dan Petronas Primex 95.

Pantai Sri Kemayan,Tawang


Bagi anda yang gemar makan sambil menghirup udara segar dan menghadap ke laut, inilah tempatnya. Saya perkenalkan pantai Sri Kemayan, Tawang, Bachok, Kelantan. Seingat saya, ini adalah kali kedua kami sekeluarga ke sini. Untuk ke pantai Sri Kemayan kalau anda dari pantai Irama Bachok, mengambil masa sekitar 15 minit saja.

Saturday, June 14, 2014

3 Sarang burung


Hari ni tetiba jer ada mood nak mesin rumput. Masa mesin rumput tadi baru perasan ada sarang burung kat atas pokok-pokok di halaman rumah. Ada 3 sarang burung bersaiz hampir sama di atas 3 pokok berbeza. Saya check tadi kot-kot ada telur burung ker anak burung ker...tapi takde. Mungkin sarang yang baru dibuat atau anak-anak burung tu dah boleh terbang...huhu... ruginya tak sempat ambil gambar. Sarang pertama tu kat atas pokok puding. Pokok serendah tu pun burung ni buat sarang.Hmmm memang kawasan rumah saya ni selamat untuk burung-burung tu.

Friday, June 13, 2014

Selamat Bertunang Na & Wan


Selamat bertunang kepada Nik Azlina dan pasangannya Shazwan. Alhamdulillah majlis yang berlangsung selepas solat Jumaat tadi telah berjalan lancar. Rombongan dari Sungai Petani, Kedah ini telah tiba di Melor, Kelantan untuk mengikat tali pertunangan. Saksikan foto-foto yang sempat dirakam tadi dalam majlis pertunangan anak saudara saya ni....

Seramik Mambong



Hasil kraf seramik memang unik dan cantik. Tapi berapa ramai dalam kalangan masyarakat yang tahu cara membuatnya? Saya rasa tak ramai yang tahu, bahkan siapa yang masih mengusahakannya pun kita jarang ambil kisah. Dalam entri ini saya perkenalkan salah seorang penggiat kraf seramik yang masih aktif, iaitu Puan Zainab Hj Hussin.

Thursday, June 12, 2014

Onde-onde Nisfu Syaaban


Kenal ker kuih tradisional ni? Bagi yang tak berapa nak kenal...itulah buah Melaka, atau di Kelantan sangat popular dengan nama onde-onde. Kalau bulan puasa, banyak kuih ni kat bazar Ramadan. Kali ni saya nak tunjuk kuih onde-onde yang disediakan sempena sambutan nisfu Syaaban kat kampung saya malam ni. Kami sekeluarga menyediakan kuih tradisi ni...

Macam-macam wau ada


Ada macam-macam jenis wau kat sini. Seronok betul dapat melihat keunikan wau dari pelbagai negara. Pelbagai saiz, corak dan bentuk. Apapun, wau bulan dari negara kita tetap di hati. Kesempatan menyaksikan pelbagai wau ini saya dapat apabila mengunjungi pesta wau antarabangsa Kelantan 2014 baru-baru ini, yang berlangsung di pantai Geting, Tumpat, Kelantan. Jom layan gambar-gambar..

Tuesday, June 10, 2014

Reunion SMK Kubang Kerian 1


Sudah lebih 25 tahun kami terpisah. Akhirnya satu pertemuan telah diatur untuk mengumpul semula bekas pelajar SPM 1989 SMK Kubang Kerian (sekarang dikenali dengan SMK Kubang Kerian 1). Pertemuan bersejarah ini diadakan di Chalet Sri Telong, Melawi, Bachok pada 8 Jun 2014. Reunion ini berjaya mengumpulkan 14 orang rakan sekelas, bersama keluarga masing-masing.

Sunday, June 8, 2014

Batang kelapa punya pasal


Gambar ni saya rakam jam 2.30 pagi tadi. Apa hal rakam gambar masa ni? Mimpikah aku? Apa yang anda nampak dalam gambar ni? Jangan takut...ini bukan entri seram....Perhatikan betul-betul...nampak batang kelapa  melintang jalan kat depan rumah saya tu. Siapa pula yang letak batang kelapa tu...nak halang laluan ker? Sebenarnya kejadian malam tadi sangat mengejutkan kami sekeluarga..Batang kelapa di luar pagar tu dah lama mati...patah pula malam tadi. Dan kesannya....

Thursday, June 5, 2014

Ekspo Perdagangan Kelantan 2014


Selamat berkunjung ke Ekspo Perdagangan Kelantan 2014. Ekspo yang bermula 2 hingga 7 Jun 2014 ini berlangsung di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Banyak pameran dan jualan seperti barangan elektrik, kelengkapan rumah, promosi pelancongan, dan tidak ketinggalan makanan halal.

Wednesday, June 4, 2014

Sheppy Farm, Melor


Bermula dengan hobi memelihara 2 ekor biri-biri berharga RM950 setelah selesai menduduki spm 2010, kini Farhan sudah memiliki lebih 80 ekor biri-biri pelbagai baka. Begitulah berkat kegigihan seorang anak muda dari Melor, Kelantan ini mengusahakan SHEPPY FARM miliknya sendiri. Siapa sangka,hobinya dulu telah menjadi sumber pendapatan pula.

Tuesday, June 3, 2014

Karnival BSIPT 2014


Bagi yang berada sekitar Pasir Tumboh, bolehlah singgah di Karnival BSIPT 2014. BSIPT tu merujuk kepada Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh. Karnival yang bermula hari ini sehingga 7 Jun 2014 menawarkan beberapa aturcara atau program. Antaranya persembahan, pameran dan gerai jualan. Kedudukannya di tepi jalan utama dari Kubang Kerian ke Pasir Puteh, memudahkan pengunjung untuk singgah. Sempena cuti sekolah ni bolehlah datang, tengok atau beli apa yang patut.

Sunday, June 1, 2014

Gayu Guru Gerai Nyamai 2014


Selamat menyambut hari Gawai buat masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak. Biarpun sudah lama meninggalkan bumi kenyalang, namun rakan-rakan dan bekas pelajar saya di sana dari kaum Iban dan Bidayuh masih saling berhubung. Keseronokan menyambut Gawai dimulakan dengan tarian yang diiringi paluan muzik tradisional. Gambar di atas adalah suasana di Kampung Git, Jalan Puncak Borneo. Seterusnya saya bawakan anda semua ke Kampung Taee, Serian, Sarawak..

Bounce yang comel



Sekali tengok macam patung mainan biasa jer. Rupa-rupanya Bounce ni ada buku kat dalam mulutnya. Haaa.. itulah dinamakan kreativiti untuk menarik minat kanak-kanak membaca. Sambil bermain, boleh membaca. Terima kasih kepada Ashikin kerana membelikan Bounce ni kepada anak saya. Bawa balik dari Johor lagi ni. Selain Bounce, ada beberapa buah buku lagi dihadiahkan kepada anak-anak saya..