expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, July 31, 2014

Pagi 1 Syawal


Selamat menyambut hari raya Aidilfitri. Sibuk beraya, tak sempat nak update blog. Hari raya keempat baru sempat nak tengok blog sendiri.huhu...Entri ini akan memaparkan foto-foto pagi 1 Syawal, di rumah ibu saya dengan kehadiran semua adik-beradik saya dengan keluarga masing-masing. Saksikan...

Sunday, July 27, 2014

Ucapan hari raya


Assalamualaikum,
Saya dan keluarga mengambil kesempatan 
ini untuk mengucapkan

Acara membungkus tapai


Jadi ker esok raya?hehe...Ramai perantau sudahpun berada di kampung masing-masing untuk menyambut hari raya. Masing-masing dah tak sabar untuk bergembira di hari raya. Pelbagai juadah sudah dan sedang disediakan sejak beberapa hari lepas lagi. Kali ini saya nak tunjukkan sejenis makanan yang popular di Kelantan semasa hari raya. Namanya tapai...lebih dikenali sebagai tapir di Kelantan. Bukan tapir dalam zoo tu yer!

Thursday, July 24, 2014

Al Quran dimakan anai-anai

Satu kejadian yang patut diambil iktibar oleh semua umat Islam, 3 naskhah Al-Quran telah rosak dimakan anai-anai. Kejadian ini berlaku di surau SMKA Melor, disedari apabila pelajar ingin mengemaskan sebuah rak di surau berkenaan. 2 naskah Al-Quran telah dimakan anai-anai pada bahagian isi Al-Quran manakala 'frame'nya masih elok.

Tuesday, July 22, 2014

Nasi Kerabu Biru


Segalanya bermula dengan bunga biru ini yang sedang berkembang di tepi pagar belakang rumah. Pokok ni bukan tumbuh sendiri yer, tapi ditanam oleh isteri saya. Maka timbullah idea untuk membuat nasi kerabu biru. Rupa-rupanya inilah pokok yang menghasilkan bunga biru untuk menjadikan nasi kerabu tu berwarna biru. Macamana nak buat ni?

Monday, July 21, 2014

Happy Birthday KM7


Hari ini 21 Julai 2014 adalah hari yang cukup bermakna buat saya. 

Sambutan ulangtahun kelahiran yang ke.....

"Selamat hari lahir @ happy birthday to me"

Terima kasih kepada semua yang wish my birthday.

Saturday, July 19, 2014

Kota Bharu belum sibuk


Sana-sini sibuk membuat persiapan raya. Semakin hampir nak raya, semakin seronok dan meriah pusat beli-belah mahupun kedai-kedai di semua tempat. Pakaian raya kami sekeluarga dah dibeli sebelum puasa lagi, jadi tak adalah sibuk-sibuk nak beli lagi. Tapi hari ni saja-saja nak tengok orang membeli persiapan raya kat bandar Kota Bharu. Keluar bersama isteri dan anak-anak ini ada-ada saja kerenahnya....tengoklah gambar tu.hehe..

Bucida semakin besar


Pokok Bucida atau juga dikenali dengan nama pokok doa semakin membesar di laman rumah saya. Masa mula-mula beli dulu baru setingkat, sekarang dah 3 tingkat. Kami tanam pokok ni betul-betul di hadapan rumah supaya laman nampak teduh sikit. Pokok ni ada potensi membesar. Jadi sesuai sangat lah ditanam tengah-tengah padang depan rumah. Setakat ni ada 6 batang pokok bucida ditanam di halaman rumah. Semoga pokok-pokok bucida ni akan terus membesar dengan baik.

Thursday, July 17, 2014

Meja batu untuk raya?


Raya dah dekat, jom buat persiapan dari dalam sampailah kat luar rumah. Tengok tu...meja batu yang saya beli untuk raya.Hehe..saja kasi gempak dengan warna merah lagi. Macam nak sambut Tahun Baru Cina jer nampak.Opsss.. sebenarnya dah lama beli ni, sebelum puasa lagi. Amacam cantik tak? Saja beli letak kat laman rumah. Boleh lepak-lepak waktu petang.

Wednesday, July 16, 2014

Nostalgia berbuka puasa


Petang tadi sempat berbuka puasa kat madrasah di kampung. Madrasah ni letaknya bersebelahan saja dengan rumah arwah ayah saya. Juadah berbuka disediakan secara bergotong-royong oleh penduduk sekitar. Madrasah ni kecil jer...Jemputan berbuka tadi pun dalam 150 orang saja. Banyak betul nostalgia kat sini...

Tuesday, July 15, 2014

Ada CPUV baru lagi


Alhamdulillah, murah betul rezeki bulan puasa ni yer.... Baru jer buat entri pasal cpuv bulan Julai, tiba-tiba dapat lagi cpuv baru untuk bulan Julai. Kalau macam ni, meriahlah raya tahun ni kan... Apa taknya, sana-sini sibuk buat persiapan raya, kat blog ni pula lip lap lip lap iklan muncul memeriahkan suasana.

Teknik menjawab BM


Selamat bercuti sempena nuzul Quran. Tapi kat sekolah pagi ni berlangsung teknik menjawab SPM bagi subjek BM. Tahniah dan terima kasih kepada cikgu-cikgu yang datang,termasuk saya,huhu..dan pelajar tingkatan 5 yang khusyuk mendengar. 

Monday, July 14, 2014

Pilihan sewaktu berbuka


Alhamdulillah...dah lebih separuh bulan Ramadan kita berpuasa. Macam-macam jenis kuih dan air ada kat mana-mana bazar Ramadan. Kalau membeli juadah berbuka, rasa nak beli macam-macam. Maklumlah membeli semasa perut lapar ni semuanya nampak sedap di mata. Setiap orang ada kegemaran masing-masing apabila diajukan soalan air dan kuih yang menjadi pilihan sewaktu berbuka. Jom baca pendapat mereka....

Imam Remaja @ SMKAM


Pencarian Imam Remaja peringkat SMKAM sedang berlangsung sekarang. Seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada pelajar lelaki tingkatan 4 dan 5 menunjukkan bakat masing-masing. Bertempat di kafetaria SMKAM, pertandingan ini dijalankan pada waktu PJK kelas tersebut sempena bulan Ramadan. Semoga pencarian Imam Remaja peringkat SMKAM ini memberi manfaatnya kepada semua peserta dan penonton.

Sunday, July 13, 2014

Blog KM7 hilang?



Apa perasaan anda kalau setiap kali nak buka blog sendiri, keluar imej macam kat atas ni? Tentu sedih dan kecewa kan...Itulah yang terjadi kepada saya beberapa hari ni. Usahkan nak update entri, nak tengok blog sendiri pun tak boleh.huhu...Apa masalahnya?

Friday, July 11, 2014

Akar di atas tanah


Sungguh hebat ciptaan Allah. Sekali tengok nampak biasa jer pokok ni. Tapi kalau diperhatikan pada bahagian bawahnya, nampak seperti jejari panjang...akarnya berada di atas tanah berjuntai ke bawah masuk ke dalam tanah. Pelepah daunnya juga tersusun cantik..tiada cacatnya. Saya tak pasti apakah nama pokok ni dan dari spesis apa. Kalau ada yang tahu, bolehlah kongsi maklumat yer.

Wednesday, July 9, 2014

CPUV bulan Julai


Alhamdulillah, rezeki bulan Ramadan....blog Kembaraminda7.com dapat lagi 2 cpuv baru bagi bulan Julai. satu daripada Julie's x LINE dan satu lagi daripada Kastam Malaysia. Siapa tak seronok kan....mestilah seronok dapat cpuv baru. Lagipun pada masa yang sama, 2 cpuv lain tengah on going juga.

Sesi motivasi yang hebat


Mempunyai tarikan tersendiri...Itulah pakar motivasi, Dr Fakhrul Razi Hanafiah, yang sempat berkunjung ke SMKA Melor semalam. Ceramah motivasi yang berbeza dengan siri ceramah yang lain ini telah berjaya berjaya mengekalkan semua pelajar di tempat duduk masing-masing selama hampir 6 jam. Semua pelajar memberi perhatian penuh biarpun semua kipas ditutup dan penceramah tidak menggunakan mikrofon. Bayangkan situasi di bulan puasa...pelajar boleh bertahan selama itu tanpa rasa mengantuk pun...Itulah kelebihan pakar motivasi ini.

Berbuka puasa kat sekolah


Semalam punya cerita... majlis berbuka puasa kat sekolah. Lebih dikenali dengan majlis Iftar Jamaei. Kira macam acara tahunan lah yer. Melibatkan semua guru, pelajar asrama dan tetamu khas dari KPM,JPN dan PPD. Perasmian oleh Hjh Kamariah bt Isa, Timbalan pengarah, Bahagian Dakwah dan Syiar Islam, BPI, KPM. Saksikan koleksi gambar peribadi majlis tersebut.

Saturday, July 5, 2014

Kurma berbuah di UNISZA


Fenomena pokok kurma berbuah di beberapa tempat di Malaysia sempena Ramadan tahun ini. Kalau sebelum ini terdapat pokok kurma berbuah di bandar Kota Bharu.[KLIK SINI] Sekarang, beberapa batang pokok kurma di UNISZA, Kuala Terengganu sedang lebat mengeluarkan bunga kurma yang sedang mekar. Kalau dilihat pada tandan bunga kurma tu, memang lebat juga buahnya nanti. Lokasi pokok kurma tersebut adalah berhampiran dengan masjid di UNISZA.

Friday, July 4, 2014

Pokok jambu dah berbuah


Berbudi pada tanah, akan dapat hasilnya. Pokok jambu yang saya tanam setahun yang lalu sudahpun berbuah. Kali kedua pokok jambu ini mengeluarkan bunga dan buah. Kali pertama dulu tak sempat besar buahnya, gugur ke bumi..Harap buah untuk kali kedua ini boleh bertahan sehingga besar buahnya.

Thursday, July 3, 2014

Cendul untuk berbuka


Setiap kali menjelang Ramadan, cendol akan jadi antara menu utama berbuka. Saya memang suka makan cendol ni... boleh disediakan dalam pelbagai cara mengikut citarasa sendiri. Kalau saya...cukuplah cendol dimakan bersama sirap bandung sebagai kuahnya. Boleh ditambah dengan nekbat dan buah kabung. Jangan lupa...masukkan ketulan ais supaya terasa kesejukannya.

Wednesday, July 2, 2014

Jom bertadarus Al Quran


Bertadarus Al Quran setiap pagi sempena bulan Ramadan. Hari-hari biasa sebelum puasa juga setiap pagi pelajar membaca Al Quran di dataran perhimpunan sekolah. Aktiviti membaca Al Quran pada bulan puasa bertambah meriah apabila setiap kelas diberikan tugasan untuk membaca surah-surah tertentu.

Tuesday, July 1, 2014

Lagi gambar olahraga


Entri ini memaparkan beberapa lagi koleksi gambar sempena PESKO kat SMKAM yang berlangsung minggu sebelum puasa dulu. Saksikan kemeriahan semasa pesta kejohanan olahraga ini...