expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, August 31, 2014

57 tahun Merdeka


Sudah 57 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Sambutan ulang tahun kemerdekaan tahun ini agak istimewa kerana negara mencapai kemerdekaan pada tahun 57, dan hari ini sambutan ke 57. Saya dan keluarga juga menyambut ulang tahun kemerdekaan ini dengan memotong kek Merdeka dan mengibarkan Jalur Gemilang. Diharapkan anak-anak akan faham maksud kemerdekaan, bukan setakat mengibarkan bendera apabila tiba sambutan kemerdekaan. Jom tengok gambar-gambar dalam majlis ringkas tengah hari tadi.

Saturday, August 30, 2014

Dekorasi laman rumah


Memiliki laman rumah sendiri memang menjadi impian kebanyakan orang. Biarpun halaman rumah itu sempit, tapi sebolehnya dimaksimakan penggunaannya. Apatah lagi kalau memiliki halaman rumah yang luas, maka ruang untuk dekorasinya lebih banyak asalkan mempunyai modal yang banyak. Entri kali ini saya paparkan laman rumah seorang rakan sekerja saya, dikenali sebagai G di Kota Bharu, Kelantan. Kolam ikan yang diserikan dengan pokok menghijau dan pancuran air itu sememangnya memberikan suasana yang damai. Boleh juga menikmati panorama indah pada waktu malam dengan pancaran sportlight di sekelilingnya.

Thursday, August 28, 2014

Tak sempat tengok duit gaji


Ahhhh...lega rasanya. Baru habis buat pembayaran secara online bagi bulan ini. Beginilah rutin setiap hujung bulan. Duit gaji tak sempat nak tengok atau pegang, habis macam tu saja buat pembayaran. Saya memang membuat pembayaran secara online sejak beberapa tahun dulu lagi. Senang dan menjimatkan masa. Paling penting, tak perlu pegang duit..Kalau tak, rasa sayang juga nak bayar beratus-ratus ringgit tu setiap bulan.

Wednesday, August 27, 2014

Sofa baru


Sofa baru ni....bukan kat rumah saya yer. tapi kat bilik guru lelaki di sekolah. Hmmm apa yang best sangat pasal sofa ni? Memanglah sofa kat atas tu biasa jer tapi keistimewaannya, sofa ini dibeli hasil sumbangan guru-guru lelaki di sekolah ini. Tak payah minta daripada pihak sekolah, kami keluarkan duit poket sendiri atas dasar untuk kepentingan bersama sebagai kenangan sumbangan kepada sekolah. Masa gambar ni dirakam, karpet belum sampai lagi tu..hehe...

Tuesday, August 26, 2014

Di sini lahirnya sebuah cinta


Ini bukan kes buli, bukan juga satu demonstrasi jalanan. Tapi...ini hanyalah satu lakonan oleh para pelajar SMKAM. Semuanya kerana Malaysia...Di sini lahirnya sebuah cinta. Cewah...patriotik sikit entri kali ini. Sempena pelancaran bulan kemerdekaan, satu lakonan pendek berkaitan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai gimik pelancaran. Bukan main seronok lagi pelajar ni berlakon. Diharapkan semua dapat mengambil iktibar daripada lakonan itu, dan sama-samalah kita menjaga keharmonian negara yang kita sayangi ini. Jom layan gambar yang sempat dirakam...

Monday, August 25, 2014

Ekspo kat pantai Irama


Macam lama dah tak ke pantai Irama, Bachok...Petang Jumaat lepas kami ke sana sekejap. Kononnya untuk ambil angin petang kat pantai. Rupa-rupanya ada ekspo kat pantai ni..Jadi apa lagi...layan jer la... Ardini macam nak main semua permainan kat situ. Tapi saya beri peluang untuk dia mencuba beberapa saja permainan. Imdad dan Sadiq tak adalah excited sangat.hehe...Nasib baik mereka dengar kata, maklumlah satu token RM 3. Habislah juga beberapa token petang tu...Jom layan gambar....

Friday, August 22, 2014

Ada cpuv baru


22 Ogos 2014 Malaysia berkabung atas tragedi MH 17. Al fatihah buat yang beragama Islam, dan takziah buat semua. Semoga semua ahli keluarga mangsa tragedi ini bersabar dan menerima ketentuan Allah.

Entri kali ini bukan nak mengulas pasal MH17, tapi pasal cpuv baru dalam blog KM7 ini. Alhamdulillah, ada lagi rezeki untuk bulan Ogos. Kali ini iklan terbaru di blog KM7 ialah HP PC Demand Gen Digital. terima kasih kepada nuffnang dan pihak pengiklan kerana sudi beriklan di sini.

Untuk maklumat lanjut berkenaan iklan tersebut, anda bolehlah klik sendiri pada iklan berkenaan apabila ia muncul. Saya sendiri pun tak sempat lagi nak tengok..Sekali lagi terima kasih kepada semua termasuk anda yang berkunjung dan membaca blog saya ini.

Tuesday, August 19, 2014

Happy 10 Anniversary


Alhamdulillah, 19 Ogos 2014, genaplah usia perkahwinan kami yang ke-10. Cepat sungguh masa berlalu, dah 10 tahun rupanya kami kahwin...rasa macam baru tahun lepas.Hehe....jangan marah lah yer. Sepanjang 10 tahun ini, telah banyak suka duka dilalui bersama. 3 orang cahaya mata menjadi pelengkap keluarga kami. Biarpun kehidupan kami sederhana saja, tapi bersyukur kepada Tuhan kerana sepanjang usia perkahwinan ini, kami laluinya dengan penuh bermakna.

Monday, August 18, 2014

Menangislah....

Gambar sekadar hiasan
Menangislah....jika ia mampu membuat kau bahagia. Hidup ini banyak cabarannya. Tidak semua yang diimpikan itu menjadi kenyataan. Mungkin suatu masa, kita berhadapan dengan segala permasalahan hidup yang perlu dihadapi. Pelbagai cara untuk berhadapan dengan situasi yang membebankan ini...Salah satu cara ialah dengan menangis. Ya...menangislah sepuas hati....agar dapat melupakan sesuatu yang mengganggu emosi. Biarpun tidak akan dapat menyelesaikan masalah tersebut, tapi sekurang-kurangnya dapat melegakan diri sendiri buat sementara waktu.

Kelainan botol air mineral


Sekali tengok, botol air mineral ini macam botol-botol air mineral yang lain. Tapi kalau diperhatikan betul-betul, ada gambar pada sticker botol tersebut. Botol kat atas tu ada gambar gasing, iaitu sejenis permainan tradisional orang-orang Melayu di negara kita. Masa beli air ni, tak perasan pula ada gambar, jadi tak tahulah botol-botol yang lain tu ada gambar apa. Saya rasa, kelainan yang ditonjolkan pada botol air mineral ini wajar dipuji. Tambahan pula, gambar-gambar yang dipaparkan itu ada kaitan dengan warisan bangsa rakyat Malaysia.

Sunday, August 17, 2014

Cuci mata cadar baru


Bila kali terakhir anda menukar cadar dalam bilik?haha..Mari...mari...jom cuci mata dengan cadar baru. Alkisahnya saya baru jer beli satu set cadar daripada koleksi gambar dalam entri ini. Tiba-tiba jer rasa macam nak kongsi pasal cadar ni dengan pembaca semua. Cadar bersaiz Queen dengan 1 cadar dan 2 sarung bantal ini berharga RM 130 sahaja. Kiranya murahlah kan..bagi mereka yang suka tukar cadar. Nak beli yang lebih mahal tak mampu pula....hehe...Bagi saya, harga tak penting, yang pentingnya cantik tapi berkualiti. Buat apa kalau beli yang mahal tapi nampak tak cantik kan! alasan la tu...Kalau rasa banyak duit...beli juga tu! Jom tengok....

Thursday, August 14, 2014

Pulau Pantai Suri, Tumpat


Foto kat atas  adalah antara koleksi foto yang saya paling suka. Saya rakam sendiri menggunakan handphone Sony Xperia Z1 tanpa sebarang proses pengeditan. Masa ni saya berada di atas bot yang sedang bergerak....nasib baik sempat rakam gambar tu dan nampak jelas. Oh ya, lokasi yang memberikan panorama menarik dalam gambar ini ialah di kampung Pulau Pantai Suri, Tumpat, Kelantan.

Monday, August 11, 2014

Dekat tapi jauh


Betul...betul...betul....Saya sangat setuju dengan pendapat di atas. Itulah hakikatnya sekarang. Kemudahan internet dan telefon bimbit atau telefon pintar ini mengundang pelbagai implikasi. Di samping banyak kebaikannya, terselit juga keburukannya. Kita ketepikan dulu soal kebaikannya di sini, kerana saya tertarik untuk mengulas implikasi negatif telefon bimbit ini dalam konteks pendapat di atas.

Sunday, August 10, 2014

Sambutan raya 2014 @ SMKAM


Raya..raya...raya... Warna-warni di hari raya. Hari ni diadakan sambutan Aidilfitri di SMKAM. Wah...semua bergaya menyambut hari raya. Macam-macam menu ada untuk dinikmati. Paling bermakna sambutan kali ini turut dihadiri oleh pengarah BPI, Ketua Sektor SPI, JPN Kelantan dan pegawai PPD Kota Bharu. Entri kali ini saya paparkan foto-foto bersama rakan sekerja dan anak-anak pelajar sepanjang majlis berlangsung. 

Saturday, August 9, 2014

#2 Aziz & Salbani


Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ini [klik sini], kali ini saya siarkan foto-foto perkahwinan sepupu saya, Aziz bagi majlis di rumah pengantin lelaki pula. Majlis pada hari raya kelima ini dihadiri oleh keluarga terdekat...menjadikannya meriah seumpama majlis pertemuan kaum keluarga. Kira tiga dalam satulah yer...majlis perkahwinan, sambutan raya dan pertemuan ahli keluarga yang jauh dan dekat. Jom saksikan...

Friday, August 8, 2014

Imdad sudah 9 tahun


Selamat menyambut hari lahir yang ke 9 buat Imdad. Birthday bulan Julai yang dibawa ke bulan Ogos sebab puasa. Tak apalah kan... janji ada kek. Budak-budak ni memanglah...kalau sambut birthday tanpa kek, macam tak jadi pula sambut birthday. Kek tahun ni tema purple,putih dan "turqoise"...eh betul ker eja tu...hehe..Jom layan gambar je lah.

Sampul duit raya


Masih dalam bulan Syawal, mood raya ada lagi ker? Jom tengok sebahagian daripada koleksi sampul duit raya yang saya dapat tahun ni. Kesemua sampul duit raya ni diperolehi daripada saudara-mara dan kawan-kawan yang menghulurkan duit raya buat anak-anak saya. Selain itu, banyak juga sampul yang diberi oleh pelajar saya...wah terharunya....terima kasih kepada semua penyumbang sampul duit raya ni.

Wednesday, August 6, 2014

Conteng buku teks?


Siapa pernah buat...menconteng buku dengan lukisan atau sebarang coretan semasa guru sedang mengajar? huhu.... nampak sangat tak beri perhatian semasa cikgu mengajar yer. Mungkin bosan dengan pengajaran guru atau saja-saja nak tunjuk bakat. Lukisan kat atas tu saya jumpa dalam sebuah buku antologi KOMSAS tingkatan 4. Pelajar yang pernah belajar antologi tu mesti tahu tajuk apa kan....Mengikut catatan pada potret yang dilukis tu tahun 2012 lagi. Sekarang buku tu digunakan oleh pelajar lain pula.Saya rasa saya kenal la pelajar yang lukis tu.hehe...Tapi tak pasti pula dia lukis potret yang comel tu masa saya sedang  mengajar ker tidak...

Tuesday, August 5, 2014

Ular di bawah seat motor


Pernahkah anda terfikir, semasa sedang menunggang motosikal, ada seekor ular sedang berlingkar di bawah seat motor itu? Ini adalah kisah yang benar-benar terjadi kepada seorang penuntut UNISZA, Terengganu. Kewujudan ular tersebut disedari apabila dia ingin mengisi petrol di salah sebuah stesen minyak berdekatan dengan UNISZA.

Aziz & Salbani 2014


Banyak juga pasangan pengantin baru yang memilih tarikh perkahwinan mereka sempena Aidilfitri baru-baru ini. Saya berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya, Aziz dengan pasangannya Salbani. Majlis pada hari raya ketiga itu diserikan dengan rombongan pengantin lelaki dan keluarga terdekat berkunjung ke rumah pengantin perempuan. Majlis yang berlangsung dalam keadaan sederhana tetapi meriah itu berjalan  lancar. Berikut beberapa keping foto yang sempat dirakam sebagai kenangan menghadiri majlis tersebut.

Monday, August 4, 2014

Terpadamkah pelita Syawal?


Syawal semakin bertambah bilangan harinya. Kemeriahan dan kegembiraan semakin beransur pergi apabila bebanan kerja mengambil alih suasana. Pelita-pelita raya yang menghiasi malam-malam sebelum dan semasa raya juga sudah mula suram cahayanya....Itulah peredaran masa. Tidak menunggu kita, justeru nikmatilah waktu-waktu dan kesempatan yang ada untuk sesuatu yang indah untuk dikenang.

Sunday, August 3, 2014

Asyraf dah setahun


Malam raya baru-baru ni dibuat sambutan hari jadi anak saudara saya, Asyraf yer. Hari lahirnya bulan Julai, tapi masa tu kan puasa jadi ditunda ke malam raya. Maka bersama-sama dengan dentuman mercun sana-sini, sempat juga potong kek untuk Birthday kali pertama ni. Saksikan...

Friday, August 1, 2014

Open house raya Aidilfitri


Selamat menyambut hari raya Aidilfitri. Ini cerita pada hari raya kedua...kami sempat mengadakan rumah terbuka, khas buat keluarga terdekat sahaja. Menu hari ni disediakan oleh puan isteri saya sendiri. Chef seorang saja, sebab tu tak dapat jemput ramai.hehe.. Menu utama yang disediakan ialah nasi kerabu golok dan soto.