expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, September 28, 2014

Jambu dah berbuah


Entri serba hijau ini membawa anda ke halaman rumah saya. Kali ini kita lihat pokok jambu yang ditanam oleh saya sudah pun mengeluarkan hasil. Kiranya buah sulung la ni.....Alhamdulillah berbuah juga pokok jambu batu tanpa biji ini biarpun tidak dijaga dengan sempurna.

Saturday, September 27, 2014

Tahniah 4 IS 2014


Wajah-wajah ceria pelajar 4IS..Tahniah kepada kumpulan ini kerana menjuarai kuiz peribahasa yang diadakan dalam kelas tadi. Persaingan sengit dengan kumpulan lain tidak menggugat kumpulan kedua ini untuk muncul sebagai johan. Cepat dan tepat dalam menjawab soalan peribahasa memberi gambaran ahli kumpulan ini mempunyai pengetahuan yang luas dalam peribahasa.

Thursday, September 25, 2014

Pelancaran IRIZ di Kota Bharu


Bagi warga Kelantan khususnya yang berada di sekitar Kota Bharu, jangan lepaskan peluang untuk melihat dengan lebih dekat kereta terbaharu Proton iaitu Iriz yang dilancarkan di sini pada hari ini. Anda boleh berkunjung ke HBA Enterprise Sdn. Bhd, di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu (berhadapan dengan LPP).

Wednesday, September 24, 2014

DiMuara Chalet Tok Bali


Pemandangan yang cantik dan mendamaikan. Panorama ini terdapat di Tok Bali, Kelantan. Selain dapat menikmati deruan ombak, laut dan pantai, pengunjung juga dapat melihat bot-bot nelayan keluar masuk dari muara sungai ke laut. Pertemuan antara laut dan sungai ini memberikan satu inspirasi buat mereka yang mengerti. Entri ini saya akan memaparkan foto-foto salah satu chalet yang terdapat di sini, iaitu Dimuara Chalet, Tok Bali. Kami sekeluarga menginap di sini baru-baru ini.

Monday, September 22, 2014

Rumput yang berbunga

Nampak macam taman bunga ker? Jangan terpedaya dengan gambar ni. Sebenarnya itu hanyalah pokok-pokok rumput yang terdapat di halaman rumah saya. Agak lama juga saya tak berkesempatan untuk melakukan aktiviti memesin rumput. Jadi tengoklah macam-macam rumput dah tumbuh. Kalau tengok dari sudut dekat...nampak cantik juga bunga-bunga rumput ni....Jom tengok....

Thursday, September 18, 2014

Cek Mek Molek Street Art


Macam satu trend pula sekarang melukis pada dinding bangunan. Kalau dulu belakang bangunan kedai, nampak suram dan takut untuk dilalui. Sekarang, di belakang bangunan kedai sudah dilukis dengan pelbagai lukisan cantik yang mampu menarik orang ramai berkunjung dan melihat hasil seni yang dihasilkan. Entri kali ini saya akan paparkan gambar-gambar yang saya rakam semasa berkunjung ke Cek Mek Molek Street Art di bandar Machang, Kelantan. Inilah tarikan terbaru di bandar Machang. jom saksikan...

Wednesday, September 17, 2014

Hamdi & Fadhilah 2014


Tahniah dan selamat pengantin baru buat Hamdi dan Fadhilah. Kedua-duanya bekas pelajar saya. Jodoh satu sekolahlah ni yer...satu kelas lagi tu. Hamdi, tahun akhir bidang perubatan di salah sebuah universiti di Jordan, dan Fadhilah graduan UIA. Semoga pasangan ini sentiasa berbahagia...

Tuesday, September 16, 2014

Zulfadli & Syakila 2014


Tahniah dan selamat pengantin baru kepada seorang lagi bekas pelajar saya, Zulfadli dengan pasangannya Syakila. Majlis kesyukuran di rumah pengantin lelaki telah diadakan pada 15 September 2014. Semoga pasangan pengantin ini sentiasa berbahagia dan dirahmatiNya.

Arif & Idah 2014


Cuti sekolah pertengahan semester kedua telah bermula. Seperti biasa banyaklah majlis kenduri perkahwinan dilangsungkan. Semalam kami sempat menghadiri kenduri perkahwinan waris keluarga di Machang, Kelantan. Selamat pengantin baru buat Arif dan Idah. Semoga berbahagia sepanjang masa.

Sunday, September 14, 2014

CPUV bulan September


Alhamdulillah...murah rezeki bulan September ini ada 2 cpuv daripada nuffnang. 2 cpuv bulan Ogos dulu pun masih 'on going'. Jadi ada 4 cpuv sedang 'on going' dalam blog KM7. Terima kasih kepada pihak pengiklan kerana sudi meletakkan iklan di blog KM7. Selain memberi info kepada pengguna, iklan-iklan tersebut juga menjadi penyeri kepada blog. 

Pemantapan Jati diri Pengawas


Baru saja selesai program Pemantapan Jati diri Pengawas 2014 yang berlangsung selama 2 hari satu malam iaitu pada 13-14 September 2014. Program untuk pengawas SMKAM ini diadakan di Dimuara Chalet, Tok Bali,Kelantan. Pelbagai tentatif program diadakan untuk membentuk pengawas yang berdedikasi dan berkaliber. Saksikan sebahagian daripada foto yang sempat dirakam sepanjang saya dan keluarga berada di sana.

Kota Imaginasi pengawas


Ini adalah hasil reka bentuk spontan kota masa depan imaginasi pengawas smkam. Dalam masa 20 minit mereka telah berjaya menyiapkan kota masa depan itu. Jom sama-sama pilih kota mana paling cantik mengikut urutan 1 hingga 6.

Friday, September 12, 2014

Budu tiub dan paket


Kalau sebut pasal Kelantan, tak lengkap tanpa budu. Sekarang ni bukan warga Kelantan saja suka makan budu. Malahan sudah terkenal di seluruh negara. Akan datang...pasaran luar negara pula! Budu juga dikenali sebagai pati ikan bilis. Selari dengan peredaran zaman, sekarang budu boleh didapati dalam bentuk paket mahupun tiub. Wah...bagus betul inovasi pembungkusan budu sekarang. Senang untuk dibawa ke mana-mana. 

Petronas menipu pelanggan?


Saya rasa macam tertipu pula dengan tawaran payung percuma apabila berbelanja di stesen Petronas. Apa tidaknya, sudah banyak kali mengunjungi beberapa stesen petronas terdekat untuk membuat penebusan, tetapi jawapan yang sama diterima, stok baru habis dan stok baru belum sampai. Tempoh pengumpulan cop bermula 20 Julai hingga 15  september dan penebusan sehingga 30 September 2014. Saya ingin membuat penebusan pertama pada 20 Ogos dulu lagi, sampai sekarang belum dapat lagi. Takkan hari-hari kena pergi ke stesen minyak untuk bertanyakan payung.

Wednesday, September 10, 2014

Pasukan Pengakap menjuarai pertandingan kawad kaki statik


Tahniah kepada pasukan Pengakap SMKAM kerana menjuarai keseluruhan pertandingan kawad kaki statik 2014 yang berlangsung petang tadi. Kedua-dua platun lelaki dan perempuan turut menjuarai bagi setiap kategori. Ketua platun terbaik lelaki juga disandang oleh pasukan pengakap. Keseluruhannya pasukan ini memenangi 4 anugerah.

Tuesday, September 9, 2014

Restoran EdDe Pasir Tumboh


Dah makan ke belum? Malam ni kami makan kat luar. Dekat saja... di Pasir Tumboh. Saja nak cuba makan kat restoran EdDe yang baru dibuka, cawangan baru di Pasir Tumboh. Rupa-rupanya dah banyak cawangan restoran EdDe di Kelantan. Ada di Tanah Merah, Pasir Putih, Machang, dan Ketereh. Jom tengok apa yang ada...

Rumah: Projek apa pula ni?


Buat kerja part time ni...jadi buruh kat rumah sendiri.Hehe...Penat juga meratakan tanah tu. Entah berapa banyak kalori dibakar petang tadi.Tak perlu bersusah payah ke gym, aktiviti kat rumah ni pun dah banyak mengeluarkan peluh.. Projek apa pula kali ni? Buat masa ini biarlah rahsia dulu. Cuma kami baru order selori tanah untuk diratakan di bahagian tepi rumah. Harga selori tanah sekarang RM 120. Tak banyak manapun. Tapi cukuplah buat ratakan tanah yang sedia ada.

Monday, September 8, 2014

Kenderaan klasik terus diminati


Berada di tengah-tengah ribuan kenderaan klasik, saya rasa seperti berada pada satu zaman lampau pula! Apa tidaknya...sana-sini dipenuhi kereta dan motosikal klasik dari pelbagai model yang dihias cantik oleh pemiliknya. Semua ini terdapat di perkarangan stadium Sultan Muhammad ke-4 beberapa hari yang lepas, sempena pameran kenderaan klasik. Jom saksikan...

Friday, September 5, 2014

Lembu berharga RM 14,000.00


Percaya tak lembu kacukan kat atas ini berharga RM 14000.00? Memang betul...Lembu kacukan Blonde d Aquitaine ini berharga RM 14000.00. Besar betul lembu yang diberi nama Chiko ini. Beratnya 1300 kg. Saya berpeluang melihat Chiko semasa pameran ekspotani di Kota Bharu.

Buah-buahan zaman dulu


Nostalgia sungguh bagi sesetengah orang apabila dapat melihat semula buah-buah yang pernah dilihat atau dimakan suatu waktu dahulu. Saya sendiri pernah merasa buah-buah yang dikategorikan sebagai buah hutan ini. Sekarang bukan senang nak dapatkan buah-buah ini. Mungkin masih ada di sesetengah tempat. Generasi muda patut diperkenalkan buah-buahan yang pernah dimakan oleh nenek-moyang mereka dahulu. Saksikan beberapa keping foto buah dulu-dulu yang sempat saya rakam.

Thursday, September 4, 2014

Relevankah pejabat Pos?


Masa kecil-kecil dulu kalau sebut pejabat pos, saya akan bayangkan ia satu tempat untuk membeli setem bagi mengepos surat. Apabila masuk sekolah, satu lagi fungsi pejabat pos yang saya tahu adalah tempat untuk membayar bil elektrik. Lucu pula kalau ingatkan zaman budak-budak sekolah dulu...Bukan selalu pun ke pejabat pos. Tapi posmen yang hantar surat ke kampung tu selalu jugalah tengok.

Monday, September 1, 2014

Kita hanya merancang..


Perancangan kita memang kemas dan cantik, tapi perancangan Tuhan lagi hebat. Sebab itulah kadang-kadang apa yang kita rancangkan itu tidak menjadi kenyataan kerana Tuhan ada perancanganNya untuk kita. Walaupun sesuatu yang berlaku itu di luar kehendak dan kemampuan sendiri, tetapi percayalah apa yang ditakdirkan terjadi itu adalah yang terbaik untuk kita sebagai hambaNya.