expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, October 31, 2014

Perkhidmatan pelanggan YES 4g memang teruk


Semalam entri pasal Yes, hari ni pun pasal Yes lagi. Saya rasa nak cakap NO saja pada Yes kalau masalah ini tak selesai.  Tengoklah gambar kat atas tu....bukan kali pertama, tapi hampir setahun saya guna ID dan password yang sama, tiba-tiba tak boleh log in pula. Habis tu macam mana nak bayar bil  akan datang? Kalau pergi bayar kat dealer pun, tak berbaloi sebab masuk 5 hari dah saya tak boleh guna huddle ni.

Wednesday, October 29, 2014

Kenapa dengan Yes 4G?

Kenapa dengan perkhidmatan Yes 4G huddle ni? Sudah 3 hari saya tak dapat menggunakan huddle Yes 4G. Liputan wirelessnya langsung tak dapat. Dah hampir setahun saya gunakannya, tak pernah lagi perkhidmatannya terganggu sampai 3 hari. Sebelum ni ok saja..liputan 4G nya memang terbaiklah di kawasan saya.

Tuesday, October 28, 2014

Hargailah masa sihatmu


Hari-hari yang dilalui terasa begitu cepat masa berlalu. Pelbagai aktiviti termasuk kerja yang dilakukan dalam seharian ini menjadikan seolah-olah kita tidak cukup waktu untuk merehatkan badan dan minda. Untuk apa sebenarnya kita berhempas-pulas bekerja dan menjalani aktiviti seharian ini? Masing-masing punyai alasan tersendiri berbuat demikian.

Sunday, October 26, 2014

Pertima Annual Dinner 2014


Cerita malam tadi....PERTIMA Annual Dinner kat dewan sekolah. Kiranya  macam majlis untuk hilangkan stress seketika lah ni... dengan kelas pagi, petang dan malam untuk menghadapi SPM tak lama lagi. Dewan dihias indah, siap ada buaian kat pentas dan belon-belon beraneka warna.

Friday, October 24, 2014

Gegar Gempak Festival di Kota Bharu


Memang gempak festival di Kota Bharu kali ini. Mengumpulkan usahawan online dari Kelantan dan seluruh negara di Kelantan Trade Centre (KTC) Kota Bharu, selama dua hari iaitu hari ini 24 Oktober dan esok 25 Oktober 2014. Dua hari saja tau! Sesiapa yang belum ke sana...cepat-cepat. Saya sendiri mengetahui festival ini melalui instagram dan sempat ke sana petang tadi.

Thursday, October 23, 2014

Ikan celup tepung


Inilah yang dinamakan ikan celup tepung. Tentunya ramai yang dah biasa makan. Kalau ke pantai, menu ni banyak dijual di gerai-gerai tepi pantai. Memang sedap kan... Tapi kena pastikan ikan yang dipilih untuk digoreng tu segar dan bancuhan tepung untuk dicelup ikan tu secukup rasa. Kalau bancuhan tepung tak sedap...maka hasilnya tak sedap...

Tuesday, October 21, 2014

Memo pad MILO


Wah apa pula ni? bukan bola, bukan juga gambar. Tapi ia merupakan sebuah buku catatan atau orang putih kata writing pad atau memo pad.Hehe..Sebelum menulis lebih lanjut lagi, saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada pelajar saya....ANIS dari tingkatan 4IH kerana telah memberikan buku catatan yang comel ini kepada saya.

Bunga purple pula berkembang


Bunga purple kat halaman rumah sedang berkembang. Pokok-pokok ini baru ditanam sebulan dua ini. Masih kecil dan rendah lagi. Seronok tengok apabila pokok-pokok ini mula mengeluarkan bunga purple yang cantik. Tapi sayangnya bunga-bunga ini berkembang pada waktu pagi dan tahan sehingga tengahari saja. Petangnya bunga-bunga ini gugur ke bumi. Esok...kuntuman yang lain pula akan berkembang.

Saturday, October 18, 2014

RM 386 nyaris terbakar!


Handbag siapalah yang buruk tu.hehe..Begitulah barang ni kalau dah lama, mesti tak berkenan dan nampak buruk. Handbag puan isteri saya tu memang dah lama tak dipakai dan ada dalam bilik kat rumah mak saya...dekat 4 tahun dah! Kononnya tadi nak berkemas bilik kat sana, handbag tu termasuk dalam senarai barang yang akan dibakar bersama kain dan kertas-kertas lama.

Wednesday, October 15, 2014

Pokok kedondong dah berbuah


Ada gaya jadi petani moden? Huhu...bermain dengan sinaran mentari, tengoklah kulit muka dah gelap..Ops... entri ini bukan nak cerita pasal kulit muka, tapi nak cerita pasal pokok kedondong depan rumah dah berbuah. Alhamdulillah kali ini ada beberapa tangkai kedondong yang lebat. Setahu saya buah ni dibuat jeruk. Tapi kitorang makan dengan 'colek' kata orang Kelantan. Daunnya yang masam manis boleh dimakan sebagai ulam dengan budu.

Beli kain pun secara online?


Beli kain untuk puan isteri? ya... tak salahkan? Bukan pergi beli kat kedai pun, tapi beli secara online. Hari ini dua pasang kain yang dibeli secara online dah sampai. Cantik tak? mestilah cantik kan...hehe.. Mulanya tengok-tengok iklan kat fb pasal jualan kain secara online. Tengok harga yang ditawarkan, macam murah jer kalau nak dibandingkan dengan harga yang dijual oleh sesetengah orang. Kain dua pasang cuma RM 120, tambah pos RM 10. Kalau beli kat pasaran dengan seseorang, ada yang jual kain tu RM 130 sepasang. ish..ish ...Nampak tak...beli secara online tu kadang-kadang murah juga!

Monday, October 13, 2014

Rumah lama penuh nostalgia


Foto rumah Melayu di kampung ini telah menarik perhatian saya ketika berkunjung ke satu daerah di Kelantan. Foto ini juga saya kongsikan dalam instagram saya semalam. Apa yang menariknya tentang rumah ini? Saya tertarik dengan reka bentuk yang simple dan nampak asli tanpa sebarang cat pada dinding rumah, atau mungkinkah catnya sudah luntur? Halamannya juga tidak berserabut dengan sebarang pokok hiasan. Ada penghuni ker rumah ini?

Saturday, October 11, 2014

Nuffnang mengganazzzz


Macamana bajet yang dibentangkan semalam? Ada yang seronok didengar, mungkin ada yang tak puas hati..Bukan senang nak puaskan hati semua orang kan..... Tapi kali ini saya tunjukkan cpuv dalam blog saya, juga terjadi dalam kebanyakan blog lain iaitu bilangan cpuv yang banyak.huhu...macam tak percaya jer. Biasanya blog saya dapat 2 atau tiga cpuv dalam satu-satu masa. Tapi kali ini ada 13 cpuv yang sedang on going. Dahsyat betul kan...

Friday, October 10, 2014

Sedap ker pelajar memasak?


Jom main masak-masak..hehe...Ini bukan main-main, tapi betul-betul masak tau! Tapi kenapa kat sekolah pula? Kalau nak tahu, pertandingan memasak ini adalah khusus untuk pelajar perempuan tingkatan dua sahaja. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menunjukkan kepakaran masing-masing memasak dalam jangka masa yang ditetapkan. Layan gambar jer lah....nak merasa hasil masakan pun dah habis...

Wednesday, October 8, 2014

Panorama Aidiladha di Kelantan


Sibuk benar rasanya apabila dah seminggu blog tak di update. Hari ini semasa entri ini ditulis, masih lagi dalam mood raya Aidiladha. Biarpun dah masuk hari raya ketiga dan sudah memulakan kerja, masih ada sesetengah tempat yang terus menjalankan ibadah korban dan jamuan makan. Raya tahun ni meriahlah juga. Kami mengambil dua bahagian untuk aqiqah anak ketiga, Sadiq. Jom saksikan sebahagian foto yang sempat dirakam.

Wednesday, October 1, 2014

Menu selera kampung


Dah ada idea untuk lunch hari ni? Suri rumah mesti tengah berkira-kira menu untuk tengah hari ini kan....Jom saya paparkan kat atas tu gambar menu saya...selera kampung. Ada macam-macam ulam....termasuk jantung pisang, budu, ikan kering dan ikan singgang. Menu ini sesuai untuk makan bersama keluarga atau kawan-kawan. Kalau makan seorang diri..tak best la kan...