Sunday, November 30, 2014

Experience Kampung Life @ Pasir Belanda Resort


Kali pertama saya mengetahui pasal resort ini melalui satu artikel dalam akhbar. Kemudian saya cuba mencari maklumat mengenainya dalam website berkaitan. Kini, saya berpeluang menjejakkan kaki ke sini. Teruja betul melihat keunikan resort yang mengaplikasikan budaya warisan Melayu dalam senibinanya. Pasir Belanda Resort terletak di sebuah perkampungan Melayu di Kampung Banggol, PCB, Kota Bharu, Kelantan. Jom tengok beberapa keping foto yang saya rakam...

Friday, November 28, 2014

Maggie Ketam RM30 semangkuk!


Maggie ketam..bukanlah menu baru di Kelantan. Cuma kami jer yang tak pernah makan lagi. Petang tadi kami ke Pantai Cahaya Bulan (PCB). Nampak satu kedai tu ada jual maggie ketam, maka kami pun oderlah. Masa oder tu tak tanya pun berapa harga. Kat kertas menu pun tak tulis berapa harga. Dalam kepala saya...takpelah...mungkin paling mahal pun dalam RM 20 ++ kot.

Thursday, November 27, 2014

Che Zulaiha & Azuari 2014


Selamat pengantin baru buat rakan sekerja, cikgu Zulaiha dengan pasangannya Azuari. Majlis yang berlangsung pada hari ini telah dihadiri para undangan dengan penuh meriah. Saksikan sebahagian koleksi foto yang sempat dirakam. 

Monday, November 24, 2014

Jom naik keretapi


Sempena cuti sekolah ni jom kita jalan-jalan. Kali ini kami bawa anak-anak naik keretapi, tak pergi jauh pun...cuma dari stesen keretapi Wakaf Baru ke stesen keretapi Tanah Merah. Saja nak bagi pengalaman kepada mereka naik keretapi. Terutamanya Ardini dan Sadiq tak pernah lagi naik keretapi. Imdad pengalaman kali kedua sebab sebelum ni kami dah bawa dia naik keretapi ke Melaka.

Sunday, November 23, 2014

Macam-macam di Kota Bharu


Cuti sekolah tiba lagi. Macam-macam rancangan diatur untuk memanfaatkan masa cuti. Tidak terkecuali, kenduri kahwin pun banyak masa cuti sekolah ni. Memang lah kan... cuti-cuti beginilah ramai ahli keluarga dapat berkumpul  bagi memeriahkan majlis. Cerita pasal hantaran perkahwinan...suka tengok macam-macam hasil gubahan yang dibawa. Salah satunya pulut semangat bersama bunga telur seperti gambar kat atas tu. Sungguh kreatif orang yang membuatnya kan..

Thursday, November 20, 2014

Sekolah mula bercuti



Sekolah dah mula cuti....masa untuk merehatkan minda seketika bagi yang bergelar pelajar. Bagi guru, masa inilah digunakan untuk menanda kertas peperiksaan akhir tahun, juga menyiapkan tugasan tertentu yang belum beres. Hari terakhir kat sekolah tadi....banyak kelas mengadakan jamuan akhir tahun. Salah satunya...kelas 4IS. Terima kasihlah kerana menjemput saya ke jamuan akhir tahun kelas anda.

Wednesday, November 19, 2014

Tahniah Imdad


Alhamdulillah, tahniah Imdad kerana mendapat tempat ketiga dalam kelas, juga tempat ketiga dalam keseluruhan darjah 3, peperiksaan akhir tahun 2014. Hari ini telah diadakan majlis anugerah kecemerlangan sekolah, dan saya telah meluangkan masa menghadirinya, biarpun terpaksa mengambil cuti pada hari ini. Tak pernah lagi ambil cuti tahun ni...inilah kali pertama...huhu...takpelah untuk memberi sokongan dan motivasi kepada anak...

Tuesday, November 18, 2014

Renovate rumah pula


Nak masuk 2 tahun tinggal kat rumah sendiri..dah renovate ker? Tajuk bukan main gempak lagi...sebenarnya takdelah renovate sangat..cuma buat sedikit perubahan. Kononnya laluan kat bilik serbaguna ni mengganggu ruang tamu, maka kami membuat keputusan untuk menutup saja laluan tersebut, dan hanya menggunakan satu lagi laluan di sebelahnya.

Sunday, November 16, 2014

Lambaian kasih serba oren


Serba oren...tema jamuan akhir tahun kali ini. Majlis petang tadi berlangsung di Jade Restaurant, Hotel Perdana, Kota Bharu. Selain ucapan, majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi ini diserikan lagi dengan penyampaian hadiah kepada guru-guru dan staf, juga cabutan bertuah. Menu kali ini pun sedap-sedap..hehe...Saksikan koleksi foto personal sepanjang majlis.

Jatuh cinta pada Instagram


Entri ini saya nak kongsikan beberapa keping gambar yang saya dah upload dalam instagram saya hari ini dan semalam. Walaupun dah lama ada akaun instagram, tapi saya aktif semula sejak beberapa bulan ini. Serius nak beritahu, saya dah jatuh cinta dengan dunia instagram berbanding FB.Huhu...Kenapa dah jatuh cinta dengan instagram?

Wednesday, November 12, 2014

Penanda buku yang comel


Amacam.....cantik tak penanda buku kat atas tu? Saya buat sendiri untuk 3 orang anak. Bukan nak tunjuk rajin atau takde kerja nak buat.Hehe...Cuma sesekali buat aktiviti bersama anak-anak. Penanda buku tu bukan untuk buku, tapi untuk diletakkan sebagai penanda dalam Al Quran mereka. Senang jer nak buat ni. Meh tengok sini....

Tuesday, November 11, 2014

Graduasi Tadika IQ Bestari


Alhamdulillah, hari ini secara rasmi anakanda kedua saya, Ardini Widad telah tamat persekolahan di Tadika IQ Bestari, Melor. Ardini telah mendapat pendidikan di tadika tersebut selama 2 tahun. Majlis graduasi telah diadakan petang tadi di dewan Sweet Beach Resort, Tok Bali, Kelantan.  Berikut adalah sebahagian foto yang sempat dirakam.

Monday, November 10, 2014

Penggambaran majalah sekolah


Biasa kita tengok gambar-gambar yang sudah siap...yang cantik-cantik semuanya. Kali ini, dalam entri ini saya paparkan gambar yang tak siap lagi! maksudnya situasi sebelum sesuatu gambar itu berjaya dihasilkan dengan kemas dan cantik. Gambar-gambar dalam entri ini adalah proses penggambaran untuk majalah sekolah, Majalah Taqwa bagi tahun 2014. Saksikan....

Sunday, November 9, 2014

Pameran dan pertunjukan Ular 2014 Kelantan


Ular!...ular!.... apa respon anda apabila terserempak dengan ular seperti di atas? Ular dalam gambar tu adalah ular senduk atau juga dikenali dengan nama saintifiknya Naja-Naja. Itu betul-betul ular yer...bukan gambar mahupun replika ular. Ular senduk yang suka makan tikus dan katak ini boleh dilihat di Muzium Negeri Kelantan. Pameran dan pertunjukan ular Snake at Museum ini berlangsung dari 3 Nov hingga 3 Disember 2014. Dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam. Saksikan sebahagian daripada foto yang sempat saya rakam semasa ke sana.

Thursday, November 6, 2014

Taman perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu


Betul la..rusa ni..tapi kat mana yer? Bukan zoo negara tau. Di Kelantan saja ni..Yang dah biasa pergi tentu tahu tempatnya. Pendek cerita, rusa-rusa ni ada kat Taman Perbandaran Tengku Anis, di Kota Bharu. Sajalah bawa anak-anak jalan-jalan kat sini pada waktu petang. Kat taman ni boleh juga jogging kerana ada trek untuk berjoging.

Batik baru guru & staf SMKAM


Inilah baju batik terbaru untuk guru dan staf SMKAM, akan dipakai secara rasmi pada tahun depan. Bagaimanapun, sebagai permulaan baju batik baru ini akan digayakan oleh semua guru dan staf dalam majlis jamuan akhir tahun di salah sebuah hotel di Kota Bharu sebelum sesi persekolahan 2014 berakhir. Jadi foto baju batik dalam entri ini adalah paparan ekslusif untuk blog KM7.

Wednesday, November 5, 2014

Kacang botol sudah berbuah


Nampak tak buah kacang botol dalam gambar kat atas? Kena teropong sikitlah sebab semua hijau tu. Itulah hasil tanaman yang diusahakan oleh puan isteri saya. Pokok ini ditanam berhampiran pagar belakang rumah. Kononnya supaya pokok kacang botol ni menjalar kat atas pagar. Asalnya pagar kat belakang rumah saya ni sering menjadi tempat pokok-pokok menjalar melepak.hehe...

Tuesday, November 4, 2014

Pengetua baharu di SMKAM


Selamat datang dan selamat bertugas di SMKA Melor kepada pengetua baharu, Pn Hjh Wan Mahiran bt Salleh. Majlis keraian secara rasminya diadakan di dewan sekolah pada 29 Oktober yang lepas, berlangsung dengan penuh meriah. 

Monday, November 3, 2014

Hari pertama SPM


Hari pertama menghadapi peperiksaan SPM. Bagi pelajar, macam-macam rasa ada....debaran sebelum dan semasa berada dalam dewan peperiksaan. Foto-foto dalam entri ini dirakam sebelum pelajar memasuki dewan untuk peperiksaan kertas pertama hari ini iaitu Bahasa Melayu kertas 1. Saksikan....

Sunday, November 2, 2014

Esok dah SPM!


Cepat masa berlalu, esok 3 November 2014 bermulalah peperiksaan SPM 2014. Segala penat lelah, suka duka menimba ilmu akan diterjemahkan dalam dewan peperiksaan dengan satu tekad untuk menggapai kecemerlangan. Saya percaya bukan saja pelajar, malah ibu bapa dan guru juga ingin melihat kejayaan anak-anak pelajar setelah berhempas pulas pagi, petang dan malam dengan pelbagai kelas dan program kecemerlangan.