expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, December 31, 2015

Happy Birthday Sue dan Selamat Tahun Baharu 2016


Entri ini sangat istimewa kerana entri terakhir untuk tahun 2015. Selain itu, istimewa juga sebab hari ini juga merupakan hari lahir isteri saya, puan Sue. Happy Birthday Sue!. Tahun ni tak ada acara potong kek. Hehe..sibuk sangat tak sempat nak tempah kek. Apapun kami sekeluarga sempat keluar makan sebentar tadi di Restoran Ali Baba Tempayan di Kota Bharu. Kiranya dua dalam satu, sambut birthday dan tahun baharu 2016!

Wednesday, December 30, 2015

Ular muncul lagi kat rumah kami


Ahhh...ular datang lagi! Kali ni dijumpai kat garaj terbuka di sebelah rumah kami. Cuba perhatikan gambar paling atas tu, nampak tak yang berwarna putih tu? Itulah sarung ular, juga dikenali sebagai proses bersalin kulit. Bulan Mac dulu kami dikejutkan dengan sarung ular yang hampir sama berada dalam bilik anak. Entrinya di sini [KLIK SINI]. Ular tersebut telah dijumpai beberapa hari selepas itu. [KLIK SINI]. Sarung ular yang baru tu saya jumpa pagi tadi. Ishh seram betul tengok. Dahlah tempat tu kami buat tempat jemur pakaian. Kereta juga letak di situ. 

Tuesday, December 29, 2015

Peringatan kepada pemilik kereta


Peringatan mesra ini untuk diri saya sendiri dan pemilik kereta semua. Semuanya berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa dalam mengendalikan kereta. Kalau kereta kita tu terasa lain macam jer, tidak seperti hari-hari biasa prestasinya, eloklah dibawa terus ke bengkel atau rujuk kepada mana-mana mekanik bertauliah atau yang dipercayai.

Monday, December 28, 2015

Mencari Mickey Mouse di Tadika


Budak-budak dah tak sabar nak masuk sekolah semula. Maklumlah, semua baru... macam nak sambut raya pula. Yang baru nak masuk alam persekolahan, tak kurang seronoknya. Kami baru sempat daftarkan Sadiq di sebuah tadika untuk persekolahan 2016. Buat bayaran pendaftaran, uniform sekolah, buku dan yuran sejumlah RM 325. Baju dan seluar sekolah pink! hehe...pakai sajalah, dah tema sekolah ni pink.

Sunday, December 27, 2015

Bamboo Garden KB Food Court


Dah lama nak singgah food court ni, malam ni baru jadi. Itupun kami pergi seawal jam 8.00 malam. Kalau lewat, susah juga mahu parking. Maklumlah, ramai pelanggan. Bamboo Garden KB ni terletak di Jalan Pasir Hor, Kota Bharu. Dibuka setiap hari kecuali Isnin, bermula jam 5.30 petang hingga 1.00 pagi. Ada banyak pilihan menu di sini, dengan konsep layan diri.

Kemboja: Bunga Kematian


Tentu ramai yang bersetuju jika dikatakan bunga kemboja adalah bunga kuburan. Pokok kemboja, terutamanya kemboja putih banyak ditanam di tanah perkuburan. Jadi adakah satu kesalahan menanam pokok ini di kawasan rumah atau taman? Saya tidak melihat itu sebagai satu kesalahan atau di luar kebiasaan. Kat rumah saya pun ada 2 pokok kemboja, satu kemboja putih, dan terbaru seperti dalam gambar tu, kemboja merah. Bunga kemboja merah tu...berbunga sulung. Dah lama menanti, akhirnya berbunga juga!

Saturday, December 26, 2015

Whatsapp memang Bahaya!


Sedar atau tidak, kebanyakan pemilik telefon pintar memiliki aplikasi whatsapp dalam telefon masing-masing. Memang tidak dinafikan aplikasi ini sangat baik untuk berkomunikasi tanpa perlu mengeluarkan kos seperti bayaran sms, mms juga panggilan telefon. Semuanya free. Cakap benda free ni semua orang nak, betul tak? Tetapi di sebalik kemudahan aplikasi ini, terdapat beberapa perkara yang membawa kesan yang tidak baik.

Thursday, December 24, 2015

Tiada lagi Kalendar Percuma


Beberapa hari saja lagi 2015 akan meninggalkan kita. Nak masuk tahun baru 2016 pula dah! Kalau tahun-tahun sebelum ni macam meriah jer nak sambut tahun baru. Banyak kedai mahupun pasaraya memberikan kalendar tahun baru percuma kepada pelanggan mereka. Tapi tahun ni kat tempat sayalah...tak ada pun kalendar 2016 percuma. Atau saya jer yang tak dapat kot.

Wednesday, December 23, 2015

Makan kat rumah ker kat luar?


Aiskrim kelapa dan nasi ayam... pilihan kami semasa makan tengahari tadi. Baru sempat singgah di restoran Sapuroh, di Kota Bharu. Lokasinya berdekatan Wisma Persekutuan, sentiasa ramai pelanggan. Nak parking kereta pun sedikit bermasalah. Bukan saja aiskrim dalam buah kelapa, ada juga tomyam dan beberapa menu lain menggunakan buah kelapa muda. Trend sekarang kot..

Tuesday, December 22, 2015

Dah mula sibuk Membeli Kelengkapan Sekolah anak-anak


Setiap kali nak buka sekolah, ramai yang sibuk buat persiapan membeli kelengkapan persekolahan anak-anak. Dah macam satu kemestian pula membeli pakaian, kasut dan alat tulis yang baru. Hari ni kami pun menyibukkan diri juga membeli apa-apa yang patut. Kena bawa anak-anak pergi bersama ke kedai baru meriah sikit. Haha...

Monday, December 21, 2015

Ada apa dengan tebing Sungai Kelantan?


Orang lain sibuk update status dan foto kat FB dengan bercuti sana-sini, dalam dan luar negara. Kita melancong kat tebing sungai Kelantan jer? Kesian... nasiblah... huhu... Sebenarnya saya bawa anak-anak ke sana sekejap sebelah petang apabila cuaca cerah. Bulan Disember dah nak habis..setakat ni belum banjir lagi. Saja nak ambil angin petang di tebing sungai Kelantan. Pergi pun tak lama, setengah jam jer sebab dah nak Maghrib.

Bloglist: Pesanan kepada Blogger Baru


Entri khas untuk blogger baru! Cewah...macamlah saya ni dah lama jadi blogger. Tak lama juga..baru 5 tahun lebih. Sepanjang tempoh ni banyak pengalaman suka duka menjadi blogger persendirian dan tak sepenuh masa ni. Semua dilakukan untuk kepuasan diri, meluahkan apa yang dirasakan perlu dikongsi dengan pembaca yang lain. Fokus utama entri ini ialah pasal bloglist dalam blog.

Sunday, December 20, 2015

Antara Lenovo Putih dan Acer Hitam


Rasa macam lama tak update blog..huhu..Ada sebabnya..Saya suka update blog guna PC Lenovo putih ni. Tiba-tiba PC ni buat hal pula tak boleh nak akses sebarang aplikasi. Hampir setahun guna Lenovo ni tak pernah pun buat hal sebelum ni. Silap saya juga sebab ada install satu program yang PC ni tak boleh support. Maka kena hantar ke kedai ler...

Friday, December 18, 2015

Jom Redeem Rewards daripada Astrocircle



Hujung tahun 2015 ni macam-macam tawaran dan hadiah percuma ditawarkan. Astro pun ada bagi free gift kepada pelanggannya. Tak tahu pula tahun-tahun sebelum ni ada ker tidak. Saya pun first time juga dapat tawaran ni. Itu pun tak perasan...sebab tak buka email.  Rupa-rupanya dah seminggu email daripada Astro kepada saya.  Dalam email tu  dinyatakan point yang terkumpul dan ada link ke astrocircle, di mana kita boleh tebus atau redeem free gift tu!

Thursday, December 17, 2015

Jaga Solat dan hubungan dengan Ibu bapa



Meraikan detik kegembiraan menggenggam segulung ijazah bersama orang tersayang khususnya ibu bapa, adalah saat yang paling berharga bagi seseorang pelajar. Itulah hadiah paling istimewa buat keluarga tercinta sebagai tanda penghargaan atas usaha dan penat lelah memastikan anak-anak berjaya dalam pelajaran. Ajwad bin Zahari bekas pelajar SMKAM SPM 2008 ini ada resepi tersendiri untuk berjaya dalam pelajaran. 

Monday, December 14, 2015

21 orang mendapat 11A PT3 2015


Penantian dan debaran sudah berakhir. Keputusan PT3 sudah diumumkan hari ni. Calon-calon PT3 2015 semestinya berpuas hati dengan keputusan masing-masing. Itulah hasil usaha selama ini.   Tahniah kepada yang mendapat keputusan cemerlang. Yang tak berapa nak cemerlang tu...masih ada peluang di hadapan, SPM menanti anda!

Saturday, December 12, 2015

Bahaya ker bela Hamster di rumah?


Saya baru beli 2 ekor hamster untuk anak-anak. Siap dengan sarangnya yang cantik la juga. Tapi kan...lepas beli tu baru terfikir, eh tak bahaya ker bela hamster di rumah? Budak-budak ni bukan setakat tengok jer, siap pegang-pegang lagi tu. Setakat ni takde lah kena gigit. Hehe.. Cuma yang saya musykil kan..soal kebersihan apabila memegang haiwan ni. Yer la...najis dan air kencingnya mesti melekat di tangan.

Thursday, December 10, 2015

Apabila anak lelaki mula berkhatan


Hari ni 10 Disember 2015, hari yang cukup bersejarah dan bermakna buat anak sulung kami, Imdad. Jam 8.15 pagi tadi dengan rasminya Imdad telah dikhatankan di klinik berhampiran rumah kami. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Anak yang nak bersunat, ibu bapanya pula yang terlebih berdebar. Haha...biasalah, ini pengalaman pertama anak masuk bersunat. Gambar tu sebelum disunatkan, kami tiba awal jadi dapat giliran pertama. Prosesnya mengambil masa hampir setengah jam juga.

Wednesday, December 9, 2015

Happy Birthday Sadiq


Selamat hari lahir buat Sadiq. Sambutan ulangtahun kelahiran ke-4 dibuat petang tadi. Macam biasa...wajib ada kek. Kalau tidak, tak jadi hari jadi.Hehe.. Lebih meriah tahun ni apabila sambutan hari lahir ni turut disambut bersama dengan sepupunya, Amirah dan Hakim. Acara makan-makan bersama ahli keluarga dengan menu nasi himpit gulai udang, ayam bbq dan kuih muih. Makan sampai kenyang yer.. Jom saksikan koleksi foto sepanjang sambutan tadi.

Makanan Kesihatan Tambahan: Madu atau racun?


Semasa mengunjungi kedai buku tadi, saya ternampak majalah Dewan Masyarakat edisi Disember 2015. Ada lagi rupanya majalah Dewan Masyarakat (DM) ini. Ingatkan dah tak diterbitkan, sebab dah lama tak nampak kat pasaran. Saya memang peminat majalah ini. Sebelum ni pun tak pernah ketinggalan memilikinya. Cuma sayangnya, banyak koleksi DM saya telah rosak dan tak dapat diselamatkan dalam banjir 2014 dulu.

Tuesday, December 8, 2015

Kerjaya sebagai Optometris


Baru sahaja menerima ijazah dalam bidang Optometri, anak muda ini sudah pun dilamar bekerja dengan Rosmadi Optometrist, syarikat optometrist terkenal di Kelantan. Nur Atiqah bt Shamsudin, yang berasal dari Melor, Kelantan ini menerima ijazah Bachelor in Optometry (Hons) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Monday, December 7, 2015

Sambut Birthday tanpa ibu di sisi


Selamat Hari lahir Ardini, sambutan kali ke-7. Cepat masa berlalu, dah 7 tahun umur anak perempuan papa ni yer. Tahun depan sekolah dah nak masuk darjah 2...umur baru 7 tahun. Hehe.. Tu lah... lahir bulan 12. Pagi ni sambut birthday tanpa mummy. Biasalah...sibuk, ada urusan luar daerah. Nak tunda majlis ni, tak nak pula Ardini. Maklumlah...dah lama tunggu 7 haribulan 12. Masa kecil dulu, tak kisah nak sambut bila..tapi dah besar ni, dah tahu bila tarikh birthday sendiri... tak mahu tunda-tunda pula. 

Kelebihan dan Kekurangan Diri


Jom cermin diri...pasti kita ingin lihat kesempurnaan diri. Kalau ada cacat cela...pasti merisaukan. Contoh mudah, kalau muka dinaiki jerawat, sebiji pun dah cukup memalukan untuk berhadapan dengan orang ramai. Nampak tak..kita memang tak berapa suka dengan kekurangan yang ada pada diri sendiri! Tapi di sebalik setiap kekurangan itu ada kelebihannya. Adakah kita ingin menutup keistimewaan yang ada pada diri itu disebabkan sedikit kekurangan.? Kalau bukan kita sendiri menghargai kelebihan diri, siapa lagi? Ini bukan bermaksud untuk ego atau merendahkan orang lain, tapi lebih kepada menghargai kekuatan yang ada di samping terus memperbaiki kelemahan diri.

Sunday, December 6, 2015

Anugerah Naib Canselor Diploma Sains Kuantitatif


Mendapat Anugerah Naib Canselor adalah sesuatu yang membanggakan. Tahniah kepada Fasihah binti Muhammed Najmudin yang menerima anugerah tersebut pada Istiadat Konvokesyen UITM baru-baru ini. Fasihah  yang mengambil Diploma Science Quantitative di UITM Machang dengan major dalam Calculus dan minor dalam Statistic telah mendapat CGPA 3.94. Anak ke-2 daripada 8 beradik ini juga merupakan bekas pelajar SMKA Melor, SPM 2010.

Saturday, December 5, 2015

Terapi mata dengan Bunga


Jom buat terapi mata pagi ni....tengok bunga-bunga pelbagai warna. Bukan bunga plastik yer, tapi bunga sebenar..segar dari ladang hehe. Bunga-bungaan dari halaman rumah kami yang sedang berkembang segar. Kalau hari cuti macam ni sempat jugalah pergi tengok bunga-bunga ni. Kalau hari bekerja, tak perasan pun ada bunga sedang berkembang..haha..teruk betul!

Friday, December 4, 2015

Kenapa pilih The Chicken Rice Shop?


Apa best sangat makan kat sini? Hmmm biasa-biasa saja. Cuma saya suka restoran yang bersih, kemas dan cantik. Pasal kesedapan makanan? Nak kata memenuhi citarasa saya, tak jugalah..tapi bolehlah.. makan masa lapar semua rasa sedap.Hehe.. Restoran The Chicken Rice Shop yang kami singgah ni tak tahulah cawangan yang ke berapa di Kelantan, tapi yang ni baru dibuka di G-Orange Mall, Tunjung, Kota Bharu. Masih baru.. semuanya baru!

Pameran Lukisan Masjid di Kelantan


Minat lukisan? Saya minat juga tengok lukisan, tapi langsung tak pandai melukis. Hehe.. Kepada pencinta lukisan, jangan lepaskan peluang menyaksikan pameran lukisan 1MCAT bertemakan masjid-masjid di Kelantan. Pameran berlangsung di Balai Seni Lukis Kelantan di Kota Bharu bermula 25 November hingga 31 Disember 2015. Selain melihat hasil kreativiti pelukis, kita juga dapat mengenali masjid-masjid yang terdapat di Kelantan dalam bentuk lukisan. Jom saksikan beberapa lukisan yang sempat saya rakamkan.

Thursday, December 3, 2015

Lelaki pun boleh jadi cikgu ERT


Cikgu ERT selalunya didominasi oleh wanita. Sekarang  tidak lagi, dengan batch pertama graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi Rumah Tangga daripada kalangan lelaki. Tahniah Mohamad Afif Izzat bin Mohd Razali, salah seorang daripada 10 mahasiswa lelaki batch pertama yang berjaya mengikuti pengajian dalam bidang ini di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim. Setelah 4 tahun menghabiskan waktu menimba ilmu di UPSI, akhirnya segulung ijazah menjadi anugerah paling berharga pada Istiadat Konvokesyen ke 17 UPSI baru-baru ini.

Wednesday, December 2, 2015

Apa nak buat selepas SPM?


SPM 2015 dah habis? Yer... kebanyakan sekolah calon-calonnya dah habis menduduki SPM 2015. Cuma tinggal beberapa mata pelajaran akhir saja. Itupun tidak melibatkan ramai calon. Nampaknya calon-calon dah rasa lega, seolah-olah hilang bebanan besar. Tengok gambar kat atas tu...Hai... kalau gembira sangat habis periksa, takkan label peperiksaan pun nak diconteng. Ni dah dikira vandalisme tau! Kalau kamu tak conteng kat situ pun semua orang dah tau SPM dah habis...

Tuesday, December 1, 2015

Wayang Kulit Kelantan


Cuti sekolah ni kalau takde benda nak main...jom main benda ni...wayang kulit. Haha...siapalah yang pandai main wayang kulit sekarang,,entah-entah wayang kulit pun tak kenal. Gambar kat atas tu contoh wayang kulit yer anak-anak. Kalau robot atau permainan lego boleh digerak-gerakkan sendinya, wayang kulit pun boleh juga tau! Tapi nak buat ni bukanlah senang. Tengok saja corak dan ukiran tu..ambil masa juga nak siapkan.

Monday, November 30, 2015

Dulu hidup susah, kini bergelar doktor


Tahniah Nur Hasliza bt Che Hamid atas penerimaan Ijazah Perubatan MD USM sempena Upacara Konvokesyen USM ke 52 baru-baru ini. Bekas pelajar SMKA Melor ini mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di USM Kubang Kerian selama 5 tahun. Ada kisah menarik di sebalik kejayaan ini yang boleh dijadikan motivasi bagi pelajar.

Sunday, November 29, 2015

Laut Bergelora di pantai Irama Bachok


Secara langsung saya bawakan anda ke pantai Irama, Bachok, Kelantan. Musim tengkujuh sudah bermula. Tengok tu laut bergelora dengan ombak agak besar. Awan kelabu melitupi langit.. dengan hujan yang kadangkala lebat juga, disertai angin yang sedikit kuat. Huhu.. macam tak berapa puitis nak cipta sajak di musim tengkujuh ni!

Saturday, November 28, 2015

Tempahan dan Kelas Sulaman Manik


Jom cuci mata dengan sulaman manik-manik cantik pada baju. Kaum wanita memang sukalah ni kalau dapat pakai baju bersulam dan bertatahkan permata intan payung semua. Hehe...Ingat senang ker nak buat ni? Saya tengok pun dah tak larat nak susun atur dan jahit semua ni. Hanya orang yang mahir,  kreatif dan suka buat kerja-kerja ni saja yang boleh siapkannya. Kalau anda berminat untuk belajar menyulam, ada yang boleh mengajarnya. Kalau  nak buat tempahan pun boleh..

Jom ke Kampung Budaya Sarawak

Kampung Budaya Sarawak,Santubong

Entri imbas kembali ini saya akan paparkan koleksi foto semasa melawat Kampung Budaya, Santubong, Sarawak. Dah lama ni...jadi jangan terkejutlah kalau tengok tuan blog yang masih muda remaja...haha...Saya sempat ke sana semasa bertugas di Miri, Sarawak dulu. Perjalanan menggunakan jalan darat iaitu bas mengambil masa selama 13 jam dari Miri ke Kuching.Sungguh memenatkan semata-mata ingin berjumpa dengan Puteri Santubong.Akhirnya sampai juga ke Santubong,iaitu Kampung Budaya Sarawak.

Friday, November 27, 2015

Bilik menunggu di pusat servis PERODUA


Musim cuti sekolah bermula lagi. Tentu banyak rancangan nak ke mana-mana. Opss! sebelum memulakan perjalanan elok periksa kenderaan dulu yer. Yang belum servis kereta tu eloklah ke mana-mana pusat servis kenderaan berdekatan. Saya baru jer ke pusat servis Perodua di Chicha, Jalan Pasir Putih, Kelantan. Apa yang saya nak tonjolkan di sini ialah ruang menunggunya yang cantik kemas, bersih dan selesa.

Thursday, November 26, 2015

Labah-labah Membuat Sarang


Masa budak-budak dulu kalau jumpa sarang labah-labah mesti ada idea nak buat perangkap pepatung. Eh macamana tu? Ambil batang pokok ubi kayu yang panjang. Kat hujungnya letakkan lidi yang dibengkokkan berbentuk bulat. Maka pergilah ke sarang labah-labah untuk balut sarangnya pada lidi tadi. Lagi besar sarang labah-labah, lagi teballah balutan perangkap kita tu. Siap sudah perangkap pepatung. Bolehlah tangkap pepatung dari jarak jauh, sepanjang mana batang pokok ubi kayu tu. Huhu...

Wednesday, November 25, 2015

Baru nak guna Penapis Air Coway


Coway... orang lain dah lama pakai, kami baru jer guna. Sebelum ni kami pernah guna penapis air Swiss Pro dan  Bio Aura. Kiranya ini brand ketiga lah! Nama Coway memang sudah popular di negara kita, Design penapis air terbaru ni nampak cantik jer..Warnanya pun kena dengan citarasa kami. Hehe 

Tuesday, November 24, 2015

Rhinomec: Mesin Rumput Baharu!


Sekali tengok dah jatuh cinta! Itulah yang dikatakan jodoh. Alahai jatuh cinta dengan siapa pula ni? Tu kat atas... jatuh cinta dengan mesin rumput Rhinomec kuning yang cantik. Dah puas pakai mesin rumput galas, kita pakai yang jenis tolak pula. Kerja memotong rumput menjadi lebih mudah, pantas dan menyeronokkan dengan menggunakan mesin Rhinomec ini. Cewah..ada macam iklan berbayar tak? Hehe..

Monday, November 23, 2015

Potato Cheese Buatan Sendiri


Dah bosan makan nugget? Jom kita makan satu lagi makanan istimewa yang dibuat sendiri oleh puan isteri saya. Katanya resepi yang tak ada nama ni diolah semula daripada beberapa resepi cheezy ball oleh rakan-rakannya. Nama Potato Cheese tu saya yang tukang bagi nama..haha...tak dapat masak, dapat bagi nama pun jadilah! 

Selamat tinggal mak!


Hari terakhir Sadiq di rumah pengasuhnya. Lama juga dia kat sini, 3 tahun. Setiap pagi dia dihantar ke sini dan petang sekepas kami pulang dari tempat  kerja baru balik ke rumah. Tahun depan Sadiq akan mula masuk sekolah tadika. Mesti sedih juga kan nak berpisah dengan pengasuhnya yang dipanggil mak itu. Kami pernah tinggalkan Sadiq di sini selama 3 hari 2 malam, semasa kami ke Singapura dulu. Pendek kata, rumah pengasuhnya dah jadi rumah kedua Sadiq.

Saturday, November 21, 2015

Terima Kasih Prof Adi Fahrudin



Terharu betul baca status di FB daripada seorang kawan lama, sekarang sudah bergelar Prof. Beliau yang dimaksudkan ialah Prof Adi Fahhrudin dari Indonesia dan sekarang bertugas di sana. Prof Adi berada di USM Pulau Pinang sempena Upacara Konvokesyen USM. Semasa entri ini ditulis, saya percaya Prof Adi sudah kembali ke Indonesia. Maaf kerana tidak sempat bertemu.

Friday, November 20, 2015

Sedekah yang tidak Kesampaian


Semasa sedang menikmati makanan bersama keluarga di satu tempat makan terbuka, saya memerhatikan seorang peminta sedekah sedang bergerak dari meja ke meja. Peminta sedekah lelaki dalam usia 60 an itu membawa sebiji gelas bekas minuman. Ramai juga yang memasukkan wang ke dalam bekas tersebut. Saya nampak ada banyak juga wang kertas seringgit. Sungguh pemurah orang kita.

Nasi ayam dan Hot Wheels Car TESCO


Nasi ayam..nasi ayam... Hari ni kita makan nasi ayam kat TESCO Kota Bharu. Apa istimewa sangat nasi ayam ni? Istimewanya kena beratur dulu sebab setiap kali saya nak beli, mesti ramai orang..hehe.. Rasanya boleh tahan juga lah..cuma saya suka makan Lemon Chicken Rice. Harga sepinggan RM 5.30, Kalau tengah lapar tak digalakkan makan nasi ayam ni..sebab macam tak cukup jer sepinggan.

Anak dapat Hadiah, bapa belanja KFC


Berakhirnya sesi persekolahan bagi setiap tahun, banyak sekolah rendah mengadakan majlis penyampaian hadiah. Tahun ni juga saya berpeluang menghadiri Hari Ucapan dan Anugerah Cemerlang di SK Wakaf Stan. Alhamdulillah, Imdad menerima hadiah bagi pencapaian tempat pertama bagi keseluruhan kelas tahun 4, manakala Ardini mendapat hadiah terbaik bagi mata pelajaran sains bagi keseluruhan kelas tahun 1.

Wednesday, November 18, 2015

Konvokesyen USM 2015


Tahniah...tahniah..! kepada 2 orang anak sepupu saya, Shahida dan Farhana yang menerima ijazah sarjana muda Perubatan, USM. Upacara konvokesyen  ke-52 berlangsung di USM Pulau Pinang bermula 17 hingga 21 November 2015. Semua ahli keluarga mengucapkan tahniah dan berbangga atas kejayaan anda berdua. Sekarang dah bergelar doktor yer!

22 CPUV sedang on going



Lama tak buat entri pasal CPUV daripada Nuffnang di blog KM7 ni. Jom saya tayangkan CPUV yang tengah berjalan atau on going buat masa ini. Alhamdulillah ada  22 campaign yer. Terima kasih yang tak terhingga buat pihak Nuffnang dan pengiklan yang sudi memilih blog KM7 ini untuk mempromosikan produk mereka. 

Tuesday, November 17, 2015

Chicken Wraps menu malam ni


Dah makan ke belum? Jom tengok apa kami makan malam ni, disediakan sendiri oleh puan isteri. Hmm nampak sedap kan. Rasanya pun mestilah sedap juga. Apa ke nama menu ni saya pun tak tahu. Kita panggil Sweet sour chicken Wrap lah yer...haha Kalau  kat bungkusan tu ada disediakan menu Chicken Rendang Wrap. Kalau tak mahu bungkus ayam masak rendang, bungkus saja ayam masak apa-apa pun.

Anak siapa dapat 5A UPSR?


Tahniah! Tahniah!...Banyak betul ucapan tahniah hari ni...di mana-mana saja.. Itulah detik paling menggembirakan anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2015.  Bukan setakat anak-anak, ibu bapa , guru-guru dan orang kampung semua pun turut berbangga atas kejayaan anda. Berkat usaha dan kesungguhan selama ini telah mendapat hasilnya. Saya tumpang gembira saja sebab belum ada anak yang mengambil UPSR. Hehe...

Mini Zoo di rumah


Wah...bestnya kalau dapat buat mini zoo atau landskap taman macam ni kat rumah. Ada air mengalir, burung-burung dan rusa. Sungguh mendamaikan. Pagi-pagi sebelum ke tempat kerja boleh beri makan haiwan ni dulu..Realitinya, kena tengok bajet yer. Mesti banyak juga kos diperlukan. Satu lagi kena maintain penjagaan haiwan peliharaan. Kalau tak...mati kelaparanlah jawabnya..

Cukai Bandar MPKB RM 529.12


Alkisahnya saya terima surat merah ni. Bahaya ni...kalau dah warna pun merah. Hehe..Tengok pada kulit depan surat tu, dah dapat agak surat pasal apa. Kena bayar cukai bandar..huhu.. Rumah dalam kampung pun kena bayar cukai juga ker..Dahlah tak disediakan tong sampah kat dalam kampung ni....Nak buang sampah kena bawa sendiri ke jalan besar.. Lampu jalan pun saya bayar sendiri kepada TNB. 

Jumlah tertunggak tu sebanyak RM 529.12. Alahai...banyak juga tu nak kena bayar. Nak bayar ker tidak ni? Tengok dalam surat tu... BAYAR SEGERA, ELAKKAN HARTA ANDA DISITA.