Sunday, February 1, 2015

Januari @ Smkam


Pejam celik..pejam celik dah habis bulan Januari. Kiranya dah 3 minggu sesi persekolahan 2015 bermula. Entri ini akan berkongsi aktiviti yang turut melibatkan saya secara langsung mahupun tidak sepanjang Januari. Bulan Januari, semua guru lelaki memakai baju putih dan bertali leher merah setiap Ahad. Masuk bulan Februari ni lain pula ceritanya...setiap guru akan memakai tema warna berlainan setiap Ahad. Januari juga menyaksikan banyak mesyuarat...kadang-kadang mesyuarat yang bermula 2 petang akan berakhir 4.30 petang.




Pelajar baru tingkatan 1 juga mendaftar diri. Selamat datang ke SMKAM kepada semua yang terpilih untuk belajar di sini. Muka fresh lagi anak-anak tingkatan 1 ni. Selain pelajar tingkatan 1, pelajar tingkatan 4 juga mengikuti sesi orientasi selama 2 hari.


Yang ni musalla sekolah yang sudah berwajah baru. Tema purple tu! Bagi pelajar menengah rendah, waktu solat Zohor berjemaah 2.15 petang manakala pelajar menengah atas jam 2.30 petang.


Majlis penutup sambutan Maulidur Rasul, dengan ceramah Maulidur Rasul.


Januari juga diadakan majlis penyampaian bantuan awal persekolahan RM100. Sambutan dalam kalangan ibu bapa sangat menggalakkan. Diharapkan wang tersebut digunakan sewajarnya untuk kelengkapan persekolahan anak-anak.


Program Guru Penyayang dan Budaya 5 S. Setiap pagi ada guru yang bertugas akan menyambut kehadiran pelajar yang datang ke sekolah. Beruntung pelajar sekarang ni...datang sekolah pun disambut oleh guru-guru. Masa kita jadi pelajar dulu...pelajar yang sambut kedatangan guru...siap tolong angkat beg guru lagi dulu...huhu...


Perjumpaan pertama...mesyuarat Agung bagi kelab sukan/permainan, rumah sukan, kelab/persatuan dan badan beruniform. Pemilihan AJK diadakan. Secara rasmi, bermula bulan Februari nanti semua aktiviti kokurikulum akan bermula, Sebelah petang setiap Isnin dan Rabu perjumpaan diadakan.


Itu saja antara aktiviti penting sepanjang Januari. Kedatangan Februari ini akan ada lebih banyak aktiviti yang tak kurang hebatnya. Itulah kerjaya guru...selain mengajar dalam kelas, mesti terlibat dalam semua aktiviti yang dijalankan di sekolah. Kepada guru-guru baru yang baru saja ditempatkan di sekolah-sekolah sama ada di semenanjung, Sabah mahupun Sarawak, selamat menjalankan tugas. Budi dan jasa anda akan dikenang pelajar sepanjang hayat.

3 comments:

Abe Kie said...

wah! kacaknya cikgu kita. selamat menunaikan tanggungjawab demi mendidik anak bangsa.

Sentiasa Panas said...

Awal tahun pun dah sibuk kan cikgu..:)

sukiman said...

Kacak bergaya!