Monday, March 16, 2015

Dah jumpa ular tu!


Ingatkan dah keluar dari rumah, rupanya masih berada dalam rumah. Ular dalam gambar kat atas tu lah yang menjadi misteri selama ini. Entri sebelum ini [KLIK SINI] pasal terjumpa sarung ular tu. Lama juga kami menyelongkar rumah untuk mencari ular tersebut tapi tak jumpa-jumpa. Kiranya lima hari selepas terjumpa sarung ular tu barulah muncul ular tersebut di tingkap rumah, tempat sarungnya ditemui sebelum ini.



Pukul 9.30 pagi tadi selepas saya  menyelak langsir tingkap bilik anak, ternampaklah seekor ular sedang berlingkar di tingkap betul-betul atas kepala anak saya yang masih tidur..huhu... Apalagi....cepat-cepat saya kejutkan anak supaya bangun.  Bimbang juga kalau-kalau ular tu menyerang atau berpindah tempat. Kan susah pula nak halau keluar rumah. Ish...seramnya...malam tadi rupanya dah ada kat situ ker...Nasib baik tak diapa-apakan anak-anak yang sedang tidur kat bilik tu.



Gambar ni pun saya rakam dari jarak jauh. Masa selak langsir sebelah kanan tu tak perasan lagi ada ular, terus selak langsir sebelah kiri pula. Lepas tu baru nampak ular tu! Masa ni tak terfikir pular nak jerit ular! ular! macam dalam drama tv.hehe..

Saya guna kayu panjang untuk menolak tingkap tu supaya terbuka, dan menolak ular tu keluar tingkap. Tak mahu keluar pula...2 kali masuk balik...Kali ketiga barulah berjaya saya tolak keluar. Pergi jauh-jauh yer...jangan datang lagi. Lega rasanya apabila melihat sendiri ular tu keluar dari rumah. Sebelum ni memang menjadi persoalan ke mana sebenarnya ular ni menyembunyikan diri. Mustahil ia boleh keluar rumah sendiri kalau rumah tertutup sepenuhnya.

Alhamdulillah, terungkai juga satu misteri.

6 comments:

Mohd Selim Zainal said...

Assalammualaikum...KM.

Rumah masuk rumah nie... seram gak.. takutkan anak2 nie .. nasib takder pape,

mselim3

sukiman said...

alhamdulilah tak ada apa-apa...semoga semuanya selamat.

Dunia Zumal said...

Kat rumah zumal ada tiga kali ular masuk dan hilang, sampai trauma zumal nak lalu kawasan tertentu dalam rumah tu ^^

JR said...

Beberapa bulan lepas seekor tedung senduk berada di luar rumah saya. Mujur pasukan JPAM cepat datang tangkap ular itu. Memang ia peristiwa yg menyeramkan...(Baca: http://mycuteshoppe.blogspot.com/2014/11/tetamu-menyeramkan-di-luar-rumah_17.html)

Cetusan Minda said...

saya lak , ular kat sebelah mesin basuh tak perasan . saya berdirilah kat sebelahnya . lepas tu bila saya menjerit dan terlompat2 , dia selamba jer jln menyusur longkang dan pergi ...
alhhamdulillah x kena patuk ...

Nazayiena Ayiena said...

Eeee gelinya,nasib baik ular tu x ganas...