expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, March 21, 2015

Datang Mesyuarat, dapat basikal


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu... Kesabaran menunggu sehingga ke akhir agenda mesyuarat Agung PIBG telah memberi sesuatu yang istimewa kepada 2 orang wanita ini. Masing-masing telah mendapat sebuah basikal dalam cabutan bertuah petang tadi. Puan Faridah Ibrahim iaitu ibu kepada Amirah, 4 IS dari Padang Kala ini, tidak menyangka kedatangannya ke mesyuarat Agung PIBG SMKAM kali ini dapat membawa pulang sebuah basikal. Itulah yang dikatakan rezeki..



Seorang lagi wanita bertuah petang tadi ialah Puan Rohani Yaacob, yang merupakan guru di SMKAM, turut memenangi cabutan bertuah sebuah basikal. Ibu kepada Mohd Ridauddin dari tingkatan 3IT ini juga tidak menyangka mesyuarat Agung PIBG kali ini membawa tuah kepadanya. Tahniah kepada kedua-dua wanita bertuah kali ini. Hadiah kedua-dua basikal tersebut adalah sumbangan AJK PIBG SMKAM. 

Selain daripada 2 hadiah utama berupa basikal, terdapat banyak lagi hadiah cabutan bertuah tadi dalam bentuk barangan dapur. Kepada yang tak bertuah kali ini, cuba lagi tahun depan.



Mesyuarat Agung PIBG dan majlis penyampaian 
Anugerah Kecemerlangan Pelajar tahun 2014 itu dirasmikan 
oleh Tn HJ Khalek bin Awang, Presiden YPIM.



1 comment:

  1. Saya kalau ada cabutan bertuah nasib saya selalu tak bertuah. Sebab itu kalau ada cabutan bertuah saya minta isteri yg cabut, tangannya lebih bertuah dari saya, heheheh...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.