expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, April 3, 2015

Kenapa pergi Funfair?


Funfair dulu dan sekarang dah banyak berubah dari segi permainan yang disediakan. Sekarang ada banyak pilihan nak main apa...Penting juga, setiap permainan tu dihias cantik dengan pelbagai warna, lampu dan ada bunyi atau muzik iringan. Selain untuk bisnes, funfair ni juga beri peluang untuk anak-anak berhibur bersama keluarga. Sekarang ni satu token dah mencecah RM4. Bayangkan kalau ada 10 permainan dan anak-anak pula ramai.Huhu...



Yang ni apa ker namanya...mesti ada dalam mana-mana funfair dari dulu hingga kini. Hmmm kalau waktu malam cantiklah juga dengan lampu-lampu pelbagai warna yang turut berpusing. 



Alahai kesianSadiq, pejam mata silau matahari.hehe.. Permainan sotong tu nampak cantik dan colourful. Begitu juga dengan train kat bawah tu. Kalau ikutkan budak-budak ni semua permainan nak dicuba...Ingat nak dapat token tu tak guna duit ker?hoho...



Apa saja permainan kat mana-mana funfair, perlu diberi keutamaan adalah aspek keselamatan. Sebagai ibu bapa kita mestilah sentiasa mengawasi anak-anak, jangan biarkan mereka bermain sendirian kat funfair. Apatah lagi kalau berkunjung pada waktu malam. Bimbang juga anak-anak terlepas daripada jagaan.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.