expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, May 4, 2015

SK Wakaf Stan 1984


Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk berjumpa dengan rakan-rakan satu sekolah semasa bersekolah rendah dahulu. Pertemuan bekas pelajar SK Wakaf Stan 1984 ini cukup bermakna. Biarpun sibuk dengan kerjaya masing-masing, kami sempat meluangkan sedikit waktu untuk bersua muka pada 3 Mei 2015 bertempat di New Horizon Garden, Kota Bharu. Beberapa orang rakan lama yang tidak dapat bersama-sama kerana urusan kerja dan berada di luar Kelantan, diharapkan kita dapat bersua dalam perjumpaan yang akan datang. 







Terima kasih kerana meluangkan waktu. Biarpun seketika, cukup bermakna. Semoga semua diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan panjang umur oleh Allah s.w.t. In Sha Allah, panjang umur kita jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.