Wednesday, July 22, 2015

Beraya di kampung halaman


Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Sibuk benar beraya, tak sempat nak update blog. Banyak yang nak dikongsikan dalam blog, tapi tak kesampaian...Kali ini saya gagahkan juga buat entri ini supaya kenangan hari raya baru-baru ni terpahat dalam blog kesayangan. Tahun 2015, tema baju raya kami purple..sedondon dengan sampul duit raya KM7. Bersemangat betul nak bagi duit raya tu..haha...



Tahun ni, pagi raya kami di rumah keluarga sebelah isteri.
Petang baru beraya sebelah keluarga saya pula.
Acara wajib pagi raya, bermaaf-maafan dan sesi betukar duit raya.
Hmmm seronoklah dapat duit raya.


Kanak-kanak lagi suka...
dapat kumpul duit raya.


Acara ziarah-menziarahi
makan sepuas-puasnya.


Jom ronda keliling kampung.
Trend raya sekarang kena bawa handphone
untuk selfie.hehe....


2 comments:

Normi Nieza said...

meriahnya..:)

Pudgy Daddy said...

teringin nak ke KB tp jln jem sokmo!