Friday, August 21, 2015

Dah 11 tahun perkahwinan kami



Selamat pengantin baru...eh...pengantin mana pula tu, macam kenal jer.Haha....Oppsss tersilap la pula. Ini bukan pengantin baru, tapi pengantin lama, dah basi pun. Tukar ucapanlah, Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 11 buat saya dan isteri. Huhu...terharunya, buat ucapan dalam entri blog sendiri! Dah 11 tahun kami kahwin, cepatnya masa berlalu. Jadi dalam entri ni saya kongsikan gambar-gambar lama semasa majlis perkahwinan kami.



Inilah pelamin semasa majlis persandingan kami. Comel ler juga kan!
Pelamin sekarang ni banyak lagi aksesorinya. 



Persalinan utama kami, songket biru.



Persalinan kedua, songket hijau.
Ada lagi persalinan ketiga....pengantin perempuan pakai gaun lagi tu.Haha...
Tak boleh tunjuk kat sinilah...Untuk simpanan peribadi sahaja.
Nasib baiklah album gambar-gambar perkahwinan ni tak rosak masa banjir hari tu.
Bolehlah tunjuk kat anak cucu.



Alhamdulillah, sekarang kami sudah berlima. Suka duka, pahit manis sepanjang 11 tahun usia perkahwinan ini dilalui bersama. Semoga kami terus diberi kebahagiaan hingga ke akhirnya. Terima kasih kepada puan isteri dan anak-anak kerana melengkapkan perjalanan hidup saya. Amin.


3 comments:

Kak Mahh said...

Tahniah ...kami 19

Muhammad Khairuddin Lim said...

Semoga bahagia sampai ke Jannah,

Scarlett O'Hara said...

Alhamdulillah... Moga kekal ke jannah.