expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, September 30, 2015

Mee goreng 'terpaksa' di hari raya


Cewah...nak tunjuk skill memasak ni...goreng mee jer pun! Haha...sila percaya saya lah yang sedang memasak tu. Adegan ni sebenarnya berlaku semasa hari raya Aidiladha baru-baru ni. Alkisahnya, sementara menunggu daging siap diproses, laparlah pula...jadi kita masak mee goreng sebagai alas perut. Semua orang sibuk menyiapkan bahan untuk memasak daging aqiqah. Maka saya yang macam takde kerja nak buat ni dipaksa menggoreng mee. Bahan-bahan semua dah tersedia, saya cuma perlu campakkan saja ke dalam kuali. Dan hasilnya.....

Monday, September 28, 2015

Sotong goreng celup tepung mengundang nostalgia


Nampak sedap...dan memang sedap pun dapat makan sotong goreng celup tepung ni. Apa kaitannya pula sotong celup tepung ni dengan nostalgia? Begini ceritanya, kami ada buat perjumpaan rakan-rakan semasa sekolah rendah dulu kat Juara Ikan Bakar, Kubang Kerian. Menu utama kami kali ini, sotong goreng celup tepung dan mee goreng. Perjumpaan kali ini bukan untuk makan semata-mata, tapi yang lebih penting dapat bersua muka dan beramah mesra dengan rakan-rakan lama.

Monday, September 21, 2015

Macam-macam bebiri ada



Beberapa hari saja lagi kita nak sambut raya haji, atau juga dikenali dengan raya Korban. Amacam tahun ni ada buat korban ker? Bebiri malin jantan kat atas tu pun dah tersengih semacam jer. Hehe..comel kan! Tengoklah harganya...mencecah RM3000 tu. Ada lagi yang comel ni....

Saturday, September 19, 2015

Hari Keluarga kat Sekolah



Sebelum cuti beraya...kita sambut hari keluarga dulu. Kali ini hari keluarga disambut kat sekolah jer. Masing-masing sibuk dan banyak komitmen, maka tak bolehlah dibuat kat tempat lain. Kat mana-mana pun tak kisahlah asalkan aktiviti ini dapat merapatkan kemesraan  kita semua yang bekerja di bawah satu bumbung dengan ahli keluarga masing-masing. Tahniah kepada yang memberikan komitmen untuk hadir tadi. Jom saksikan kemeriahannya.....

Monday, September 14, 2015

Panorama alam di pagi hari



Sangat cantik dan menarik perhatian saya. Gambar kat atas tu bukannya sebuah lukisan, tapi satu pemandangan  pada awal pagi yang dirakam menggunakan handphone, tanpa sebarang editan. Sungguh menarik suasana matahari terbit. Jangan lepaskan peluang setiap pagi memerhatikan suasana sebegini.

Tuesday, September 8, 2015

Petua membeli buah dokong



Apakah ciri yang menjadi keutamaan apabila membeli buah dokong? Pastinya kita inginkan buah yang dibeli itu tidak rosak dan mempunyai rasa yang manis. Saya ingin kongsikan petua untuk memilih buah dokong yang manis. Semasa membeli, pilihlah buah yang masih ada semut di sekeliling tangkai atau buahnya. Kalau semut-semut tu dah tak ada, pilih buah yang ada tanda kehitaman seperti dalam gambar kat atas.

Sunday, September 6, 2015

Roslan & Nasriah 2015



Selamat pengantin baru buat
saudara Roslan dan pasangannya Nasriah.
Semoga berbahagia
hingga ke akhirnya.

Saturday, September 5, 2015

Keychain menggamit kenangan


Membeli dan memiliki keychain sangat popular dalam kalangan pelajar sekolah. Tengok saja dalam gambar yang dikongsi dalam entri ini, banyak keychain digantung pada kotak pensil mahupun beg sekolah masing-masing. Tidak hairanlah kalau pelajar menyertai lawatan ke mana-mana tempat, keychain menjadi pilihan sebagai cenderahati untuk dibawa pulang.

Friday, September 4, 2015

Roti Pattaya dan Roti Caber Special



Biasa kita makan nasi goreng pattaya. Kali ni saya nak perkenalkan roti pattaya pula. Pertama kali saya makan roti ni.....Rupanya macam gambar kat atas tu. Hmmm boleh pilih nak roti pattaya ayam mahupun daging. Rasanya memang sedap, berbaloi dengan harga cuma RM 5 sebiji.

Thursday, September 3, 2015

Betul....cili ni purple!


Cantik betul warna cili ni, purple...macam logo blog KM7 pula. Hehe...Biasa kita tengok cili merah dan hijau saja kan. Kalau ada warna purple, nampak sedikit kelainan dan boleh dijadikan sebagai pokok hiasan. Pokok cili  dalam gambar ni ada kat rumah saya yer. Mulanya kami tabur biji benih, banyak yang tumbuh. Setelah ditanam kat tanah....cuma 2 pohon jer yang boleh hidup. Satu lagi keunikan, pokok cili purple ini semua buahnya ke atas.

Wednesday, September 2, 2015

Gaun Pengantin rekaan sendiri



Setiap kali melihat keanggunan pengantin, kita kadang-kadang tidak menyedari siapa di belakang tabir yang turut memberi sumbangan besar dalam penampilannya. Salah satu yang penting ialah gaun pengantin. Entri kali ini memaparkan rekaan sulung gaun pengantin oleh saudara Najimmy Romlly iaitu pelajar semester akhir Diploma in faculty art and design (fashion design UITM). Lebih mesra dipanggil Jimmy, dia tidak menyangka mendapat kepercayaan untuk mereka gaun pengantin ini.