expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, September 2, 2015

Gaun Pengantin rekaan sendiri



Setiap kali melihat keanggunan pengantin, kita kadang-kadang tidak menyedari siapa di belakang tabir yang turut memberi sumbangan besar dalam penampilannya. Salah satu yang penting ialah gaun pengantin. Entri kali ini memaparkan rekaan sulung gaun pengantin oleh saudara Najimmy Romlly iaitu pelajar semester akhir Diploma in faculty art and design (fashion design UITM). Lebih mesra dipanggil Jimmy, dia tidak menyangka mendapat kepercayaan untuk mereka gaun pengantin ini.



Bukan senang untuk mendapat kepercayaan seseorang bagi menyiapkan persalinan untuk dipakai pada hari bersejarah. Justeru Jimmy telah melakukan yang terbaik untuk menyiapkannya. Segala ilmu yang dipelajari secara teori mahupun praktikal diaplikasikan sebaik mungkin agar kepercayaan yang diberikan itu menjadi titik-tolak untuk rekaan seterusnya.



Minat mendalam Jimmy dalam bidang rekaan fesyen dan sulaman ini bermula sejak di bangku persekolahan lagi. Tidak hairanlah dia begitu komited dalam bidang ini, apatah lagi setelah melanjutkan pelajaran dalam bidang berkenaan di UITM. Anak muda berwawasan ini akan melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama di peringkat degree tidak lama lagi.



Sudah banyak rekaan yang Jimmy hasilkan sepanjang bergelar pelajar dalam bidang fashion design ini. Dress untuk lelaki mahupun wanita dihasilkan mengikut citarasa dan trend terkini. Beruntunglah yer dapat reka sendiri baju yang dikehendaki.



Semoga Jimmy akan berjaya dalam bidang yang diceburi. Bagi yang ingin melihat sendiri hasil kreativiti tangan anak muda ini, bolehlah merujuk facebook beliau....Najimmy Romlly.


2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.