Saturday, September 5, 2015

Keychain menggamit kenangan


Membeli dan memiliki keychain sangat popular dalam kalangan pelajar sekolah. Tengok saja dalam gambar yang dikongsi dalam entri ini, banyak keychain digantung pada kotak pensil mahupun beg sekolah masing-masing. Tidak hairanlah kalau pelajar menyertai lawatan ke mana-mana tempat, keychain menjadi pilihan sebagai cenderahati untuk dibawa pulang.



Kalau ditanya sebab mereka membeli dan menggantungkan keychain pada kotak pensil dan beg sekolah masing-masing, rata-rata memberi jawapan sebagai kenangan dan mungkin juga untuk memberitahu rakan-rakan yang lain bahawa mereka atau ahli keluarga mereka pernah ke sana. Saya rasa mengumpul keychain ini boleh dijadikan hobi juga! Cuma kalau banyak sangat digantung pada peralatan sekolah, mungkin boleh mengganggu juga.




Ada yang memperolehi keychain itu daripada ahli keluarga
yang belajar atau bercuti di luar negara.
Sangat menarik kan!



Walau apapun rupa dan bentuk keychain yang menjadi koleksi,
setiap satunya ada tarikan dan kenangan yang tersendiri.





Selamat mengumpul keychain.
Semoga hobi ini memberi manfaat.


1 comment:

Shaizhar said...

Dulu saya pun ada hobi mengumpul key chain.Tapi sekarang dah bertukar kepada mengumpul FM (Fridge Magnet)