expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, November 4, 2015

Bazar Malaysia Riyadh


Berjauhan dengan tanah air, mengundang kerinduan terhadap keluarga, sahabat handai, juga makanan Malaysia! Jadi bagi mengubat kerinduan tersebut, warga Malaysia di Riyadh, Saudi Arabia telah menganjurkan Bazar Malaysia di Riyadh baru-baru ini. Aktiviti sebegini dapat mengeratkan hubungan semua rakyat Malaysia yang menetap di Arab Saudi. Juga memberi peluang untuk menikmati masakan Malaysia biarpun jauh dari bumi tercinta.





Bazar Malaysia Riyadh ini adalah kerjasama antara Kedutaan Malayisa dan komuniti rakyat Malaysia di Arab Saudi. Fokus utamanya pada makanan Malaysia dan program santai seperti silat, ceramah agama, badut, program untuk kanak-kanak serta cabutan bertuah.



Bazar ini turut disertai oleh semua warga Malaysia yang terdiri daripada staf hospital, 
pelajar, engineer, arkitek, ahli perniagaan dan staf oil & gases. 
Tarikan utama, 30 buah gerai makanan di bazar ini telah berjaya mengumpul 
lebih seribu orang warga Malaysia di Riyadh.





Tahniah atas penganjuran ini.
Semoga aktiviti sebegini terus dijalankan pada masa-masa akan datang.


FOTO & INFO : KHAIRUL.RIYADH, SAUDI ARABIA


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.