Friday, November 6, 2015

Gubahan Bunga untuk Meja Makan


Bunga hiasan penting juga untuk menceriakan ruang dalaman rumah. Kalau kena caranya, gubahan bunga akan nampak cantik. Sebaliknya kalau salah gubah, menyakitkan mata saja. Sebab itulah ramai yang memilih untuk membeli gubahan bunga yang dah siap. Pilih, bayar, bawa balik dan boleh diletakkan di tempat yang dikehendaki. Senang kan! Bagaimanapun kalau bunga tu digubah sendiri, kepuasannya lagi tinggi. Kita boleh gubah mengikut cita rasa, juga kesesuaian dengan dekorasi rumah sendiri. Entri kali ini saya kongsikan gubahan bunga yang dihasilkan oleh puan isteri saya.




Sebelum menggubah jambangan bunga, kena fikir dulu konsep apa gubahan kita tu...Kalau nak senang pilih saja konsep berserabut atau sesuka hati..haha...Tapi awas...kalau tak cantik sila jangan kutuk. Bunga-bunga tu kami beli di sebuah kedai bunga di sekitar Kota Bharu. Banyak juga aksesori diperlukan dalam sesuatu gubahan tu. Dah ada semua...bolehlah disusun atur mengikut kreativiti dan cita rasa sendiri.





Tadaa....dah siap pun. Sekejap jer kan! Itulah hasilnya. Sekarang bolehlah diletakkan di atas meja makan. Sambil makan, bolehlah cuci mata tengok bunga. Kalau lauk banyak sangat, letak jer kat bawah meja dulu bunga tu. Hehe...





Kos untuk satu jambangan bunga tu RM 120. Pasu kaca tu pun dah RM 49.90 selepas diskaun. Sebenarnya ada yang murah lagi harganya...tapi tak berkenan pula. Yang mahal lagi....memang berkenan tapi rasa macam tak mampu jer nak beli.Haha...





Apapun...gubahan tu dah siap, dan telah menghiasi meja makan kami. Kami sukakan gubahan yang ringkas. Mungkin anda ada idea lain... bolehlah gubah sendiri. Tunjukkan kreativiti yang dimiliki.


4 comments:

Muhammad Faizal said...

canteq gubahannya...

zamizi jusoh said...

Wah, cantik gubahan bunga...

Mrs. A said...

Cantik.
Lagi satu bila dah ada hiasan bunga macam tu perlu juga maintain kan..
Kalau Mrs. A tu mungkin akan jadi sarang habuk

Athirah Zain said...

cantik!