Wednesday, December 9, 2015

Makanan Kesihatan Tambahan: Madu atau racun?


Semasa mengunjungi kedai buku tadi, saya ternampak majalah Dewan Masyarakat edisi Disember 2015. Ada lagi rupanya majalah Dewan Masyarakat (DM) ini. Ingatkan dah tak diterbitkan, sebab dah lama tak nampak kat pasaran. Saya memang peminat majalah ini. Sebelum ni pun tak pernah ketinggalan memilikinya. Cuma sayangnya, banyak koleksi DM saya telah rosak dan tak dapat diselamatkan dalam banjir 2014 dulu.




Majalah DM telah memenangi Anugerah Penulisan Rencana Cemerlang. Dengan harga serendah RM 5.50 di semenanjung, pembaca mendapat banyak manfaat daripada rencana berkualiti yang disajikan. Cuma bagi sesetengah orang, tak berapa gemar membaca majalah berbentuk ilmiah.

Rencana utama bulan Disember berkenaan makanan kesihatan tambahan. Pengarang merungkai kebaikan dan keburukan mengambil makanan kesihatan tambahan dalam menu seharian. Pelbagai contoh kajian dan rujukan  disertakan. Saya rasa rencana ini banyak manfaatnya kepada sesiapa sahaja yang sering mengambil makanan kesihatan tambahan. Mana tahu...ingatkan makanan kesihatan yang kita ambil tu selamat, rupa-rupanya membawa mudarat.



Rencana lain yang menarik perhatian saya dalam isu kali ini ialah berkaitan Akta kesihatan pengguna. Rencana ini ada kesinambungan dengan isu makanan kesihatan tambahan tadi. Selain itu, dipaparkan juga pasal Belanjawan 2016, yang dikaitkan dengan ekonomi semasa.



Bagi warga pendidik mahupun ibu bapa, disarankan agar membaca artikel berkenaan format baharu UPSR. Mungkin ada kalangan anak-anak kita yang akan mengambil UPSR tahun depan. Eloklah kita fahami sebab atau keperluan format baharu ini diperkenalkan.

Menarik juga untuk dibaca pasal umur persaraan wajib. Kebanyakan negara menetapkan umur persaraan wajib ketika berumur 60 tahun, 62 tahun, atau 65 tahun.



Isu politik keluaran kali ini ialah berkenaan penubuhan Parti Amanah Negara. Adakah parti ini akan menjadi tandingan PAS? Ke manakah arah Amanah selepas ini?

Pilihan artikel terakhir yang menarik perhatian saya ialah berkenaan sosej. Persoalan apa ada dalam sosej? telah dikupas oleh Ismail Fitry Mohammad Rashedi, pensyarah kanan Jabatan Teknologi Makanan, UPM. Rencana kesihatan ini sangat berinformasi.

Itu saja sebahagian rencana dalam DM bulan ini. Untuk membaca rencana penuh, juga tajuk-tajuk lain yang tak kurang menariknya, anda boleh dapatkan DM di pasaran sekarang. Cepat...sebelum kehabisan. Selamat Membaca!


1 comment:

Normah Kumin said...

Assalamualaikum,

Menarik rencana mengenai makanan tambahan tu, rasa macam nak pergi beli DM plak, tapi ada tak dijual disini.

Alhamdulillah, saya adalah orang yang tak makan makanan tambahan walaupun selalu dipujuk oleh penjual untuk mencuba produk mereka, alasan saya saya tak percaya kepada makanan tambahan.