Saturday, December 26, 2015

Whatsapp memang Bahaya!


Sedar atau tidak, kebanyakan pemilik telefon pintar memiliki aplikasi whatsapp dalam telefon masing-masing. Memang tidak dinafikan aplikasi ini sangat baik untuk berkomunikasi tanpa perlu mengeluarkan kos seperti bayaran sms, mms juga panggilan telefon. Semuanya free. Cakap benda free ni semua orang nak, betul tak? Tetapi di sebalik kemudahan aplikasi ini, terdapat beberapa perkara yang membawa kesan yang tidak baik.



Munculnya whatsapp, maka banyaklah group ditubuhkan. Tak perlu diberikan contoh sebab semua sedia maklum. Di sebalik group yang disertai secara sukarela mahupun paksa rela, ramai yang buat-buat tak sedar bahawa semua group itu telah mencuri masa kita semata-mata melayan whatsapp group. Lagi banyak group yang disertai, lagi banyak masa dihabiskan. Biarpun sekadar membaca apa yang ahli lain tulis, tapi itukan perlu masa!

Bagi yang buat bisnes mempromosikan barang melalui whatsapp mungkin itu satu kelebihan. Yang saya maksudkan buang masa tadi, menulis atau membaca perkara-perkara yang remeh-temeh yang dikirim oleh ahli-ahli group

Hidup memang membosankan apabila semua orang mengadap telefon masing-masing dalam satu-satu pertemuan. Seolah-olah orang kat sebelah tu makhluk asing yang tak akan faham bahasa kita apabila bercakap dengannya. Tiada makna sebuah pertemuan andai tiada komunikasi dua hala.

Sebelum ada whatsapp dulu kita hanya menghantar sms yang penting saja. Maklumlah berbayar. Sekarang, bukan setakat teks ditulis, siap gambar sekali boleh disertakan. Kemudian mendapat komen beramai-ramai. Tak perlu ke kedai kopi lagi..dalam whatsapp pun boleh mengumpat!

Parah lagi, ada hati-hati yang terguris, membawa kepada left group. Ada yang sengaja upload gambar-gambar percutian, shopping mahupun makan-makan dengan tujuan menunjuk-nunjuk. Masa inilah ahli group akan membandingkan dengan keluarga sendiri. Kononnya orang lain sangat bahagia, mewah dan mengambil berat. Jangan tak tahu...hal ini boleh mengundang pergaduhan dalam keluarga pula!

Saya berpendapat tak guna sertai mana-mana group yang boleh membawa kepada perkara yang tak berfaedah. Kembalikan sedikit privacy dalam diri mahupun keluarga sendiri. Tak perlu ditayangkan kepada semua orang apa saja yang kita buat. Melainkan perkara itu penting dan bermanfaat juga untuk orang lain.

Tanya diri sendiri...berapa banyak masa kita habiskan dalam sehari-hari "bercakap" dalam group whatsapp berbanding bercakap dengan ahli keluarga sendiri yang berada di depan mata!


4 comments:

Scarlett O'Hara said...

Sangat setuju.Tambah lagi dengan kes-kes cinta lama berputik kembali.Memanglah takboleh salahkan WhatsApp seratus peatus tapi, itulah salah satu keburukannya jika tersalah guna.

Siti Nurzafirah said...

Betul tu.. sedar tak sedar whatsapp dah banyak curi masa kita bersama insan2 tersayang...

aryan azra said...

saya setuju tu..sbb tu sy left group2 yg tidak mendatangkn apa2..cukup ada family group,ofis & sahabat terdekat itupun kadang2 x terlayan..

Shahida Dzulkafli said...

yup.. Bila group2 itu disalahgunakan..
Pada saya, saya hanya menyertai group yang penting sahaja..
Group rakan sekerja.. Jiran tetangga dan juga rakan sekolah..
Selalunya kalau wasup yang merepek2 saya akan skip dari membaca..
Saya hanya baca yang penting-penting sahaja..

Semuanya terletap pada diri individu tersebut..