Masih bersepah...entah bilalah nak datang mood untuk mengemas ni. Sudah lebih sebulan banjir melanda, tak habis-habis lagi aktiviti membersih dan mengemas rumah ni. Bukan apa....malas nak mula semula setelah sibuk dengan urusan kerja. Lagipun penatlah....Gambar kat atas tu keadaan di bilik bacaan saya. Hilang semangat nak menyusun kembali buku-buku yang tinggal...Rak asal dah dibuang kerana rosak. Buku-buku pun tak banyak yang tinggal...huhu...
Friday, January 30, 2015
Wednesday, January 28, 2015
Jom kita gelak
Jom sama-sama kita bergelak ketawa.Hehe....Kalau betul lah seperti kajian yang disiarkan dalam keratan akhbar Utusan Malaysia tu, kan bagus...tak perlu bersusah - payah ke gimnasium. Cuma perlu bergelak ketawa selama satu minit jer dapat menyamai faedah kesihatan aktiviti gimnasium selama 45 minit.
Saturday, January 24, 2015
Manek Urai Lama, sebulan selepas banjir
Sebulan selepas kejadian banjir besar 2014, barulah saya berkesempatan meninjau sendiri kawasan yang terjejas teruk akibat banjir iaitu Manek Urai Lama. Menjejakkan kaki, mendengar cerita daripada penduduk setempat dan melihat sendiri keadaan di sini, memberikan seribu satu rasa. Entri kali ini saya kongsikan gambar-gambar yang sempat dirakam. Gambar kerosakan rumah-rumah tak dapat dirakam dari jarak dekat memandangkan kesukaran untuk parking kereta, dan jalan agak sesak memandangkan ramai yang berkunjung ke sini pada hari cuti hujung minggu.
Monday, January 19, 2015
Puding istimewa
Alhamdulillah rezeki hari ini. Terima kasih kepada pelajar saya (nama dirahsiakan) kerana memberikan saya puding yang cantik dan sedap. Sesuai untuk majlis pertunangan atau perkahwinan. Hadiah istimewa untuk guru ini sangat dihargai. Terima kasih buat pelajar berkenaan dan keluarganya. Semoga anda dan keluarga terus dirahmatiNya, berjaya dunia dan akhirat.
Thursday, January 15, 2015
Kuala Krai selepas banjir 2014
Sekadar berkongsi gambar-gambar yang dirakam di Kuala Krai, Kelantan selepas banjir besar baru-baru ini. Banyak kerosakan harta benda selain tidak kurang juga yang kehilangan tempat tinggal. Segalanya tinggal dalam lipatan kenangan dan menjadi sejarah yang tidak akan dilupakan. Hidup perlu diteruskan!
Tuesday, January 13, 2015
Gambar selepas banjir di Guchil, Kuala Krai
Salam sejahtera. Lama betul tak update blog. Selepas banjir melanda...dan kami sekeluarga juga menjadi mangsa banjir, mood untuk berblog hilang seketika. Tambahan pula kesibukan mengemas rumah selepas banjir, persiapan anak-anak untuk sesi baru persekolahan dan sebagainya, menyebabkan banyak entri tertangguh. Kali ini saya paparkan gambar-gambar yang saya rakam sendiri beberapa hari selepas banjir surut di Guchil, Kuala Krai, Kelantan.
Subscribe to:
Posts (Atom)