Tuesday, March 31, 2015

Telur menetas sebelum GST


Beberapa jam saja lagi (semasa entri ditulis) akan bermula GST. Ehhh...nak kaitkan juga dengan GST sebab semua orang bercerita pasal GST. Hehe...Cerita pasal anak burung ni..Beberapa hari lepas saya dah perasan ada 2 biji telur burung dalam sarang kat atas pokok puding dalam kawasan rumah saya. Petang tadi...dah menetas pun 2 biji telur tu...Kiranya anak burung tu lahir sehari sebelum GST dilaksanakan. Hehe...Macam tak percaya jer tengok anak burung tu besar juga berbanding telur. Opss lupa nak ambil gambar telurnya.

Shoutul Haq Juara lagi


Tahniah kepada kumpulan nasyid Shoutul Haq, SMKA Melor kerana menjuarai Festival Nasyid QIT Ketereh 2015. Festival yang berlangsung pada hari ini di SMKA Melor telah disertai oleh 10 kumpulan. Turut membanggakan juga, Mohd Anas dari kumpulan Shoutul Haq juga telah dipilih sebagai solo terbaik dalam festival ini.

Basikal baru sebelum GST


Inilah 2 buah basikal yang baru dibeli. Biru untuk Imdad, dan Oren untuk Ardini. Beli basikal ni takde kaitannya dengan GST. Tapi kan...tuan kedai tu beritahu stok basikal kat kedainya tak banyak sebab pembekal tak mahu jual dalam kuantiti yang banyak. Nak tunggu April ni baru banyak stok. Hmmmm dah faham kan apa maksudnya.. Puan isteri yang beria-ia nak belikan 2 buah basikal ni kepada Imdad dan Ardini...tak tahu lah sempena apa..rahsia!

Monday, March 30, 2015

Pagar rumah saya terbakar!


Bukan saja sebahagian pagar bahagian hadapan rumah saya hangus terbakar, tapi rumput, daun-daun kering dan ranting pokok juga terbakar...seperti dalam gambar tu. Kejadian berlaku pada waktu petang sewaktu ketiadaan kami di rumah. Macamana boleh terbakar? Jiran baru kami yang tanahnya depan rumah saya yang melakukan pembakaran tersebut. Kononnya dia nak bakar longgokan batang pokok,ranting pokok dan daunan kering yang telah dibersihkan hampir 2 minggu tu.

Saturday, March 28, 2015

Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2015


Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2015 sedang berlangsung di RTC Kota Bharu Kelantan. Karnival kali ke-11 ini diadakan pada 28 dan 29 Mac 2015. Dibuka pada jam 9 pagi hingga 6 petang sahaja, dan masuk adalah percuma. Saya sempat ke sana petang tadi, dan saya rasa karnival ini sangat bermanfaat kepada pelajar, khususnya calon SPM dan STPM. Ibu bapa juga tidak terkecuali untuk sama-sama mendapatkan info tentang pusat pengajian tinggi untuk anak-anak mereka.

Friday, March 27, 2015

Beli minyak enjin dapat free gift


Kepada pengumpul barangan free gift, ini satu lagi barangan yang comel dan ekslusif. Set cawan dan piring 6 biji pemberian Petronas. Nak dapat benda ni kenalah beli minyak enjin SYN800 yer. Saya dapat free gift ni pun masa servis kereta baru-baru ni. Harga minyak enjin SYN800 ni RM 118. Tak tahu la pula free gift ni sama ada semua dapat atau edisi terhad. Macam payung petronas hari tu...penat jer saya kumpul cop tapi tak dapat walaupun satu payung.

Thursday, March 26, 2015

Menang kalah adat pertandingan


Berakhir sudah satu perjuangan...Pasukan kami bukan kalah, cuma tak menang jer. Biasalah adat perlawanan, ada kalah ada menang. Paling penting, semangat kesukanan perlu ada. Sebagai guru penasihat pasukan bola tampar sekolah, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan 18L kerana telah berusaha bersungguh-sungguh sepanjang latihan dan perlawanan. Biarpun banyak kekangan terpaksa dihadapi sepanjang menjalani latihan, kita telah cuba sedaya upaya. 

Wednesday, March 25, 2015

Nak tayang cpuv juga


Alhamdulillah, banyak juga cpuv yang tengah on going dalam blog KM7 ni..Dah lama tak buat entri pasal cpuv ni. Jadi kali ni saya nak tayangkan semua cpuv yang tengah on going. Bukan tujuan nak menunjuk-nunjuk, sekadar ingin berkongsi kegembiraan atas kepercayaan nuffnang dan penaja-penaja yang sudi beriklan di blog KM7. Juga sebagai tanda penghargaan kepada semua penaja yer...

Monday, March 23, 2015

Dari Kuching ke Melor


Dari jauh mereka datang, naik belon lagi tu! Rombongan dari SMKA Matang 2, Kuching, Sarawak ke SMKAM pagi tadi. Terima kasih kerana memilih sekolah kami untuk dikunjungi. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada kedua-dua sekolah.

Majalah TAQWA 2014 dah siap


Memperkenalkan majalah TAQWA, iaitu majalah rasmi SMKAM bagi edisi 2014 telah pun diedarkan kepada semua pelajar bermula hari ini. Gambar kat atas tu pandangan muka depan dan belakang majalah tersebut. Kepada pelajar SPM 2014, bolehlah datang ke sekolah untuk mengambil majalah masing-masing.

Sunday, March 22, 2015

Berbaloi kah basuh kereta?


Cuaca panas dan kering, rasa malaslah pula nak basuh kereta. Hari ni basuh, esok dah berdebu balik. Lainlah kalau kereta tu tak digunakan, lepas basuh simpan bawah garaj. Kalau kereta digunakan sepanjang masa, boleh tahan penatlah nak basuh hari-hari. Nasiblah...kereta hitam senang nampak debu dan kotoran. Sekali-sekala boleh ajak anak-anak basuh kereta. Bukan nak basuh  sangat pun, yang lebihnya nak main air.

Saturday, March 21, 2015

Datang Mesyuarat, dapat basikal


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu... Kesabaran menunggu sehingga ke akhir agenda mesyuarat Agung PIBG telah memberi sesuatu yang istimewa kepada 2 orang wanita ini. Masing-masing telah mendapat sebuah basikal dalam cabutan bertuah petang tadi. Puan Faridah Ibrahim iaitu ibu kepada Amirah, 4 IS dari Padang Kala ini, tidak menyangka kedatangannya ke mesyuarat Agung PIBG SMKAM kali ini dapat membawa pulang sebuah basikal. Itulah yang dikatakan rezeki..

Friday, March 20, 2015

Tak tulis nama Guru


Bukan perkara baru ni...pelajar sering lupa menulis nama guru yang mengajar bagi subjek tersebut pada buku jawapan kertas peperiksaan mereka. Maklumat lain seperti nama, no kad pengenalan, tingkatan dan subjek diisi lengkap. Ruangan nama guru mengajar tu dibiarkan kosong....nak suruh cikgu isi sendiri kot. Ish...terasa juga sedikit kecewa apabila anak murid tak ingat nama gurunya. 

Jom tukar Link


Apo ko bondo ni jang...haha..Lama tak buat segmen...memang tak pernah buat pun. Kali ni pun takde segmen la sangat, cuma nak kemaskini bloglist kat blog KM7 ni jer. Bloglist kat blog KM7 ni dikenali sebagai Blogger Link Exchange. Kat sebelah kanan blog ni jer...cer tengok sekejap...Apa syarat-syarat nak join ni?

Tuesday, March 17, 2015

Hotel Permai Kuala Terengganu


Kalau berkunjung ke Terengganu, jangan risau pasal penginapan. Kat sini ada banyak hotel. Boleh menginap kat mana-mana hotel mengikut kemampuan masing-masing. Kali ni saya ke Kuala Terengganu atas urusan kerja, dan menginap di hotel Permai, Kuala Terengganu. Ini adalah kali kedua saya menginap di sini. Biliknya bersih, kemas dan cantik. Harga...lupa pula nak tanya pasal kami tak perlu bayar pun.Hehe..

Monday, March 16, 2015

Dah jumpa ular tu!


Ingatkan dah keluar dari rumah, rupanya masih berada dalam rumah. Ular dalam gambar kat atas tu lah yang menjadi misteri selama ini. Entri sebelum ini [KLIK SINI] pasal terjumpa sarung ular tu. Lama juga kami menyelongkar rumah untuk mencari ular tersebut tapi tak jumpa-jumpa. Kiranya lima hari selepas terjumpa sarung ular tu barulah muncul ular tersebut di tingkap rumah, tempat sarungnya ditemui sebelum ini.

Sunday, March 15, 2015

Cubaan curi kereta di rumah


Ramai betul orang jahat sekarang ni. Harta benda, bahkan nyawa sendiri pun tak berapa nak selamat kalau tak berhati-hati. Cubaan mencuri kereta adik saya ni berlaku jam 4.30 pagi tadi. Kejadian berlaku di rumahnya sendiri di Bachok, Kelantan dan disedari apabila mendengar bunyi yang mencurigakan di luar rumah.

Nur Ain & Nizam 2015


Siapakah gerangan pengantin kita kali ini? Semestinya bekas pelajar saya juga, Nur Ain dan pasangannya Nizam. Bekas anak murid pun dah jadi cikgu...dah berkahwin pun....maknanya saya makin tua lah yer.huhu.. Majlis Penyatuan Dua Hati ini berlangsung pada 17 Februari yang lalu di rumah pengantin perempuan di Jalan Ketereh, Kedai Melor dan 19 Februari di pihak lelaki di Kampung Paloh, Peringat. Selamat pengantin baru buat Ain dan Nizam.

Saturday, March 14, 2015

Pantai Batu Burok, Terengganu


Ada orang sanggup habis beribu-ribu ringgit untuk ke luar negara untuk menikmati panorama indah. Bagi yang kurang mampu macam saya ni, dapat melancong dalam negara pun dah kira ok. Tu pun tak sempat nak pergi...sibuk dengan kerja mengalahkan menteri.Hehe..Entri ni saya nak kongsi panorama waktu petang di pantai Batu Burok, Kuala Terengganu. Cantik pemandangannya, pantai yang luas terbentang dan bersihlah juga...

Kenapa bunga kat nursery cantik?


Cantik tak? Ini bunga ros yang betul tau! Original bukan plastik...Entri ni kasi segar mata...tengok bunga-bunga yang sedang mekar berkembang. Sebetulnya bunga ni bukan kat rumah saya...huhu...Saya rakam gambar ni masa singgah kat satu nursery baru-baru ni. Berkenan tengok bunga ni..tapi rasanya susah juga kalau nak tanam spesis ni kat rumah dengan cuaca panas macam sekarang.

Thursday, March 12, 2015

Ular dalam rumah


Balik rumah tadi masa nak buka tingkap kat bilik tidur anak, terkejut betul saya apabila tengok sarung ular berjuntai macam dalam gambar kat atas tu. Saiznya besar juga la. Panjangnya pun boleh tahan juga. Ishhh seram betul...Saya tak pasti spesis apa. Bila dan bagaimana ular ni masuk rumah pun tak tahu.

Jalan baru dah siap


Projek siapkan jalan baru depan rumah bermula. Dalam entri sebelum ini saya dah paparkan longgokan tanah yang dibeli untuk satu projek. Inilah projeknya. Buat jalan jer...bukan nak bina apa-apa. Jalan yang sedia ada tu kami nak tanam pokok bucida. Dalam gambar tu jengkaut sedang menggali lubang untuk ditanam pokok. Ada 7 lubang sepanjang jalan..maknanya kena ada 7 batang pokok bucida. Sebatang pokok tu yang masih kecil dalam polibeg berharga RM 40...tu harga sebelum GST. Hehe...

Tuesday, March 10, 2015

Nur Hidayat & Kazimi 2015


Masih belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat pengantin baru buat bekas pelajar saya, Nur Hidayat dan pasangannya Kazimi. Majlis yang berlangsung pada 23 Februari 2015 lalu di rumah pengantin perempuan sempat juga saya hadiri. Terima kasih kerana mengundang saya ke majlis tersebut. Ada beberapa orang lagi bekas pelajar saya yang turut melangsungkan perkahwinan pada minggu tersebut, maaf kerana saya tak dapat hadir atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Monday, March 9, 2015

Bazar Warisan Kuala Terengganu


Terengganu bukan saja terkenal dengan keindahan pantainya, tapi juga terkenal dengan seni warisan ukiran yang cantik. Saya tertarik dengan rekabentuk dan ukiran yang terdapat pada Bazar Warisan yang terletak berhampiran dengan Pasar Payang, Kuala Terengganu.

Kat sini ada menjual pelbagai jenis kain batik, songket dan hasil kraf. Kedudukannya berhampiran Pasar Payang dan Bukit Puteri, menjadikannya strategik untuk dikunjungi. Apatah lagi dengan reka bentuk yang unik ini.

Thursday, March 5, 2015

Hotdog Special


Dah makan ke belum? Mestilah sudah kan...dah lewat ni...Tapi rasa laparlah pula. Jom makan hotdog double cheese special...Buat sendiri kat rumah, bolehlah ikut citarasa sendiri. Ini menu dinner kami...dibuat dengan penuh kasih sayang oleh puan isteri.Hahaha...Malam-malam kami jarang makan nasi. Macam ni bolehlah jimat beras kan.....Makan hotdog ni bersama air durian belanda yang diproses sendiri. Hmmm sedap.....

Wednesday, March 4, 2015

Kereta kena langgar


Malang tak berbau...Kalau dah tersurat nak kena langgar hari ni maka terjadilah...huhu... Kalau kita berhati-hati pandu kereta, belum tentu orang lain pun berhati-hati juga. Inilah terjadi kepada saya petang tadi. Belakang kereta saya telah dilanggar oleh motosikal. Masa melalui jalan kat kampung untuk pulang ke rumah, ada sebuah motor mengekori kereta saya. Lama jugalah...dia ikut, tak mahu memotong lah tu..kalau nak potong boleh saja sebab saya pun bawa perlahan jer.

Nak masuk simpang ke rumah, saya bagi signal belok kiri dari jauh lagi supaya motor tu boleh memotong. Tiba-tiba...dushhhh! dilanggarnya bumper belakang kereta. Masa tu saya tak belok kiri lagi...terus bergerak ke depan melepasi simpang yang nak masuk tadi. Bayangkan kalau saya terus masuk atau berhenti...lagi teruk kereta...huhu...

Tuesday, March 3, 2015

SPM: 3 orang 11A


Debaran sudah berakhir....keputusan SPM 2014 sudahpun diumumkan hari ni. Ada yang gembira, ada yang tak berapa ceria. Terimalah keputusan dengan hati terbuka. Bagi calon SPM 2014 SMKAM, seramai 3 orang calon telah berjaya mencapai 11A, 9 orang calon mendapat 10A dan 4 orang calon mendapat 9A. Berikut, 3 orang pelajar yang mendapat 11A...

Sunday, March 1, 2015

Projek baharu depan rumah


Ini projek terbaru kami tahun ni.Hehe..projek la sangat, macam besar jer bunyinya..Tambun tanah sikit kat depan rumah untuk naik taraf jalan dari pintu pagar ke hadapan tangga rumah. Tak banyak pun oder tanah, cuma 7 lori jer. Sekarang harga tanah RM 120 selori. Masih harga asal macam tahun lepas.