expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, April 29, 2015

Da'i Farhan @ SMKAM


Hari ini warga SMKAM cukup bertuah kerana berpeluang mengikuti sesi motivasi oleh Da'i Farhan. Sesi motivasi selama 2 jam ini cukup berkesan dan menyentuh perasaan. Motivasi oleh Da'i Farhan ini merupakan satu medan menambah motivasi diri terutamanya kepada semua pelajar dalam menempuh cabaran pembelajaran semasa. Saksikan rakaman foto yang sempat dirakam sepanjang program tadi.

Hambali Kedua Perbarisan


Inilah kontinjen rumah Hambali atau rumah Kuning yang mendapat tempat kedua dalam acara perbarisan sempena Kejohanan Olahraga SMKAM baru-baru ini. Tahniah! Jom kita saksikan....

Tuesday, April 28, 2015

Pungguk Rindukan Bulan

Azahira 5 IH

Pungguk dan bulan tak dapat dipisahkan dalam peribahasa Melayu. Bagai (seperti) pungguk rindukan bulan membawa maksud berharap pada sesuatu yang tidak pasti akan dimiliki. Ada juga yang mengaitkan pungguk rindukan bulan ini dengan merindukan seseorang yang tidak mungkin dapat dimilikinya. Peribahasa ini memang sesuai bagi pasangan yang bercinta tetapi terputus di tengah jalan akibat halangan tertentu. 

Pilihan hati yang telah menjadi milik orang lain, atau perbezaan darjat memisahkan mereka, menyebabkan seseorang itu terus merindui kekasih hatinya. Secara rasionalnya, usahlah dikenang kepada yang bukan lagi menjadi milik kita atau yang memang mustahil untuk dimiliki. Berpijaklah di bumi yang nyata. Jangan jadi seperti pungguk merindukan bulan.

Kepada yang tak kenal burung pungguk, jom tengok sini...

Monday, April 27, 2015

Maliki berpurdah semasa perbarisan


Kontinjen rumah Maliki tampil serba merah. Kelainan tahun ni, siap pakai purdah lagi tu.hehe...Perbarisan tahun ni rumah Maliki berjaya menang tempat ketiga. Tahniah kepada semua...Jom saksikan...

Sunday, April 26, 2015

Perbarisan rumah Hanafi


Segak bergaya...perbarisan daripada rumah sukan Hanafi SMKAM sempena olahraga minggu lepas. Kontinjen ini telah mendapat tempat keempat dalam pertandingan perbarisan ini. Saksikan kehebatannya....


Thursday, April 23, 2015

Hambali Juara Khemah Tercantik


Keputusan khemah rumah sukan tercantik telah diumumkan hari ini. Mungkin dah ramai yang tahu, tapi takpelah saya nak beritahu juga kat sini. Menepati ramalan, khemah rumah Hambali telah menjuarai khemah rumah sukan tercantik tahun ni...Tahniah Hambali. Segala usaha anda telah terbalas dengan dinobatkan sebagai juara khemah tercantik.

Maliki Juara Keseluruhan


Alhamdulillah selesai sudah Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-11 2015 peringkat SMKAM. Acara yang berlangsung bermula 21 hingga 23 April 2015 melabuhkan tirainya dengan Johan keseluruhan dimenangi oleh rumah Maliki dengan 272 mata.

Wednesday, April 22, 2015

Kreativiti Khemah Hambali 2015


Kombinasi warna kuning putih memang menyerlah. Ditambah pula dengan sentuhan kreativiti yang hebat menjadikan khemah Hambali 2015 ini ada tarikan tersendiri. Secara peribadi saya rasa khemah ini ada peluang untuk menjuarai khemah tercantik tahun ini. Opsss...keputusan rasmi belum tahu lagi ni... (sehingga entri ini ditulis). Anda boleh nilai sendiri dengan melihat gambar-gambar yang sempat dirakam....

Semangat Maliki 2015 terus Membara


Merah membara semangat waja...Maliki tampil dengan khemah serba merah. Semangat betul semua ahli menyiapkan khemah. Ada gazebo buluh, motosikal, orang-orang moden dan lain-lain hiasan. Tak ketinggalan tangan-tangan merah melambai-lambai pengunjung ke khemah Maliki. Jom saksikan kreativiti rumah sukan Maliki 2015 merealisasikan impian mereka.

Khemah Rumah Shafie 2015


Bukan senang nak buat pemilihan khemah mana yang paling cantik dan kreatif. Maklumlah setiap rumah sukan tu ada kelebihan masing-masing. Entri kali ni kita tengok pula kreativiti rumah sukan Shafei. Tahniah atas kerjasama anda menyiapkan hiasan khemah secara berpasukan. Shafei dekat di hati saya kerana lama juga menjadi guru penasihat rumah ni dulu.Hehe..Jom saksikan...

Khemah Rumah Hanafi 2015


Rumah Hanafi 2015. Inilah sebahagian ahli rumah Hanafi dan guru penasihat di samping khemah mereka tahun 2015. Pertandingan khemah tercantik diadakan sempena olahraga 2015. Sehingga entri ini ditulis, keputusan belum lagi diumumkan khemah rumah mana yang tercantik. Kreativiti guru dan pelajar menyiapkan dekorasi setiap khemah patut dipuji. Jom saksikan khemah Hanafi 2015..

Tuesday, April 21, 2015

Gerai jualan sempena olahraga


Meriah dan sambutan menggalakkan...Gerai-gerai jualan yang dikendalikan oleh persatuan pelajar sempena kejohanan olahraga kat sekolah hari ini. Macam-macam ada..makanan, minuman dan kraftangan. Sambil menyertai atau menyaksikan olahraga, bolehlah membeli belah kat gerai. Jom saksikan sebahagian gerai yang ada...

Monday, April 20, 2015

Bagai Mencurah Air ke Daun Keladi

Mohamad Hazir 4IS

Entri kali ni bukan pasal aktiviti menanam pokok lagi. Tapi ada kaitannya juga dengan pokok. Nampak daun keladi tu? Yang biru tu pula air yang sedang menitis. Kalau pelajar sekolah mesti dapat teka peribahasa yang saya maksudkan...Bagai mencurah air ke daun keladi. Maksud peribahasa ini ialah nasihat yang sia-sia. Nasihat memang perlu dalam kehidupan untuk kesejahteraan bersama. Tapi bukan semua orang pandai memberi nasihat, juga bukan semua orang boleh terima nasihat. Nasihat atau teguran yang tidak diendahkan ini boleh disamakan dengan bagai mencurah air ke daun keladi.

Sunday, April 19, 2015

Belajar kat dewan?


Belajar tak semestinya dalam kelas. 
Kat mana-mana pun boleh. 
Yang penting, ilmu yang disampaikan itu menepati sasaran 
dan mencapai objektif. 
Hari ni 5 IH kita belajar sajak kat dewan jer...
Cikgu pakai baju merah lagi tu...harap takde yang tidur.Hehe...


Pesta Kaul di Mukah, Sarawak


Sarawak terkenal dengan keunikan budaya yang menjadi tarikan pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara. Empat tahun bertugas di Sarawak dahulu menjadikan saya mengetahui serba sedikit adat dan budaya masyarakat di sana. Entri kali ini akan memaparkan pesta Kaul yang menjadi tradisi masyarakat Melanau Mukah.

Saturday, April 18, 2015

Ros kuning sedang berkembang


Sejak bilalah pula minat tanam bunga ros ni? haha...sejak dua menjak ni lah. Dah lama minat dengan bunga ros ni, cuma takut jer nak tanam. Bimbang pokok tu tak nak hidup, pembesaran terbantut atau tak mahu mengeluarkan bunga. Saya selalu bayangkan ros ni sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi macam Cameron Highlands jer. Masa pergi ke kedai bunga semalam, terlihatlah ros kuning yang comel. Maka apa lagi...beli terus! Sukanya...tanam pokok yang dah berbunga ni..

Thursday, April 16, 2015

Anas & Liyana 2015


Tiada apa yang lebih membahagiakan dalam sesebuah perhubungan melainkan setelah sah bergelar suami isteri. Tahniah dan selamat pengantin baru buat Anas dan pasangannya Liyana. Penyatuan dua hati pada 12 Mac 2015 ini telah membuka lembaran baru dalam hidup berkeluarga. Anas merupakan bekas pelajar SMKAM SPM 2007. Berikut adalah paparan visual untuk tatapan rakan dan kenalan.

Ixora menghiasi taman


Biarpun musim kemarau, ixora ini sedang berkembang mekar. Sungguh cantik dan ceria dengan warna kemerahan, apatah lagi apabila bunga-bunga ini berkembang serata. Fenomena ini menjadikan taman penuh seri dan segar. Ixora sesuai di tanam bukan sahaja di tepi jalan, malahan kalau kena caranya, boleh menghiasi landskap taman-taman sama ada di rumah, sekolah mahupun pejabat. Jom saksikan sebahagian koleksi foto ixora yang sempat dirakam.

Tuesday, April 14, 2015

Robot Kuih Raya

Keratan Utusan Malaysia 13 April 2015

Saya memang gemar mengikuti hasil ciptaan usahawan inovasi iaitu Zull Design Autotronic (ZDA). Beliau seorang yang hebat kerana sering menghasilkan ciptaan dan inovasi yang berguna kepada masyarakat. Dalam kolum inovasi edisi 13 April 2015 Utusan Malaysia, beliau memperkenalkan satu lagi ciptaan terbaharu iaitu Robot kuih raya. Wah...nama mesin tu pun dah menarik kan! Semestinya sesuai untuk menghasilkan kuih raya dalam kuantiti yang banyak.

Monday, April 13, 2015

Semalu Berduri


Semalu
biarpun pemalu
disentuh layu
tapi awas
durimu bisa melukakan
sang jejari halus
yang cuba memetik
kuntuman lembut bungamu.

Nostalgia SMKAM 2006


Mengembalikan semula nostalgia tahun 2006, penggambaran majalah Taqwa. Wajah-wajah krew Taqwa 2006 ni...rasanya sekarang masing-masing dah bekerja. Begitu cepat masa berlalu. Dalam entri ini saya sisipkan sebahagian koleksi gambar kelas yang belum diedit, kiranya gambar yang asli lah ...jom saksikan...

Segalanya Nanas


Tiba-tiba jer saya suka makan produk yang dihasilkan daripada nanas. Hmmm sedapnya! Minum jus nanas pada hari panas boleh menghilangkan dahaga. Rasanya memang lazat. Tengoklah timbunan buah nanas kat atas tu. Kalau dapat nanas yang manis, boleh dimakan begitu saja. Bagi yang kreatif memasak, boleh cipta pelbagai resepi berasaskan nanas.

Friday, April 10, 2015

Pokok pisang dah berbuah


Ehhh macamana tak perasan ni....Pisang yang kutanam dah berbuah rupanya. Teruk betul kan...boleh tak perasan pisang dah berbuah. Hehe.. Kiranya ini adalah buah sulung. Pokok pisang lemak manis ni ditanam di belakang rumah. Lupa pula bila tarikh tanamnya. Tapi pokok ni tak mati walaupun ditenggelami air masa banjir baru-baru ni. Kalau diperhatikan betul-betul..masih terdapat kesan lumpur paras air masa banjir hari tu pada dinding rumah. Alhamdulillah, kalau ada rezeki boleh tengok buah pisang ni masak dan boleh dimakan nanti, in sha Allah.

Wednesday, April 8, 2015

Pesta Bunga @ Arab Saudi


Jom saksikan pesta bunga-bungaan. Kali ini saya bawakan gambar-gambar Pesta flora dari luar negara...Arab Saudi. Jarang-jarang juga dapat lihat pesta seumpamanya dari negara Arab. Foto ini dikirimkan oleh sahabat saya, Linda yang sudah beberapa tahun menetap di Arab Saudi. Saksikan...

Tuesday, April 7, 2015

Tilam dan bantal sumbangan UMNO


Sudah 4 bulan banjir besar berlalu, bantuan daripada pelbagai pihak terus diterima. Penduduk yang terjejas banjir di kampung saya di parlimen Kubang Kerian baru saja menerima bantuan bencana alam sumbangan Kelab Putera 1 Malaysia. Sumbangan berupa tilam dan bantal bagi setiap keluarga itu dapat meringankan sedikit beban keluarga untuk menggantikan tilam dan bantal yang rosak semasa banjir baru-baru ini. 

Monday, April 6, 2015

Dah bayar cukai ker belum?

 

Alhamdulillah...lega rasanya apabila selesai mengemukakan atau menghantar borang cukai ke LHDN. Biarpun e-Filing ini dibuka sejak 1 Mac lagi, tapi malam ni baru berkesempatan menyelesaikannnya. Sungguh mudah dan cepat mengisi borang cukai e-Filing ini.

Orkid purlpe memang cantik


Entri kali ni penuh dengan bunga-bunga orkid. Bagi segar mata sambil memulakan tugasan hari ini...Cantik sungguh orkid purple...tapi bukan mudah untuk menjaganya. Ramai yang minat tanam orkid, tapi belum tentu orkid yang ditanam tu berbunga cantik seperti yang diidamkan. Mungkin pokoknya mati sebelum sempat berbunga.hehe...Kena ada ilmu juga nak tanam orkid ni!

Sunday, April 5, 2015

Group Whatsapp untuk blogger


Sekarang ada banyak aplikasi yang dapat menyalurkan berita atau info dengan cepat. Bagi blogger, semestinya kita mahukan entri blog masing-masing dapat diakses dengan cepat. Saya terfikir, kenapa tidak diwujudkan satu group Whatsapp khas untuk blogger promosikan entri masing-masing? Ada banyak kelebihannya...

Saturday, April 4, 2015

Jubli Emas SMK Kubang Kerian


Teruja betul saya tengok iklan kat atas ni. Apa tidaknya...Sekolah ini adalah tempat saya menuntut ilmu suatu masa dahulu. Bukan sekejap tapi 7 tahun kat sana! Dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 6 Atas. Wah...terlalu banyak nostalgia sepanjang bergelar seorang pelajar di sekolah tersebut. Tahniah kepada SMK Kubang Kerian (sekarang dikenali dengan SMK Kubang Kerian 1) atas sambutan Jubli Emas yang akan diadakan pada 28 & 29 April 2015. Kepada bekas pelajar sekolah ni...jangan lepaskan peluang untuk sama-sama menghadiri sambutan Jubli Emas nanti.

Friday, April 3, 2015

Kenapa pergi Funfair?


Funfair dulu dan sekarang dah banyak berubah dari segi permainan yang disediakan. Sekarang ada banyak pilihan nak main apa...Penting juga, setiap permainan tu dihias cantik dengan pelbagai warna, lampu dan ada bunyi atau muzik iringan. Selain untuk bisnes, funfair ni juga beri peluang untuk anak-anak berhibur bersama keluarga. Sekarang ni satu token dah mencecah RM4. Bayangkan kalau ada 10 permainan dan anak-anak pula ramai.Huhu...

Tembikai yang sedap dan cantik


Sekarang musim tembikai...nampak banyak jer dijual di tepi-tepi jalan. Harga pun murah, sekitar RM 1 sekilo..Tak kena GST ker?hehe... Musim panas ni memang sedap makan tembikai. Entri kali ni saya nak tunjukkan gubahan buah tembikai.Cewah...dah puas makan, buat gubahan pula yer. Hanya orang-orang yang kreatif, sabar dan tekun jer boleh menyiapkan gubahan ini. Kalau anda dan saya yang tak kreatif ni...boleh tengok jer la..Kalau cuba kan...jadi benda lain pula.

Thursday, April 2, 2015

Rakaman foto Kelab Fotografi


Sesekali bawa pelajar keluar dari kawasan sekolah melihat keindahan alam, ada baiknya juga kan! Kelab Fotografi SMKAM telah membuat rakaman foto di suatu kawasan yang letaknya tidak jauh dari sekolah. Selain dapat mengeratkan hubungan sesama ahli kelab, aktiviti ini juga dapat merehatkan minda dengan melihat keindahan alam. Paling penting, memberi peluang kepada ahli kelab untuk merakam seberapa banyak gambar mengikut kreativiti masing-masing dengan tema alam semulajadi. Sekadar berkongsi beberapa keping foto....