Selamat bersara buat 2 orang rakan setugas, iaitu cikgu Zawawi dan ustaz Zainudin. Jasa dan pengorbanan selama di SMKAM tetap dikenang warga SMKAM selamanya. Majlis persaraan ini turut berkongsi pentas dengan guru dan staf yang bertukar tempat kerja. Semua kenangan semasa sama-sama menjalankan tugas di sini menjadi memori indah untuk dikenang. Masa terus berlalu, segalanya tidak mungkin berulang kembali seperti yang pernah dirasai suatu ketika dulu.
Saturday, May 30, 2015
Wednesday, May 27, 2015
Menara Kiblat Ibnu Qurrah
Tahniah kepada PERTIMA 2014 SMKAM kerana berjaya merealisasikan Menara Kiblat Ibnu Qurrah di SMKAM. Perasmian menara ini disempurnakan oleh Pengetua pagi tadi. Sumbangan Menara Kiblat oleh PERTIMA 2014 sebagai tanda terima kasih kepada pihak sekolah yang telah menjadikan mereka insan berjaya di dunia dan akhirat.
Tuesday, May 26, 2015
Rumah warisan Melayu Perak
Kalau berkunjung ke Perak, jangan lupa melihat rumah warisan masyarakat Melayu di sana. Cantik dan penuh dengan kesenian. Entri kali ini saya kongsikan gambar rumah Melayu Perak. Rumah-rumah ini terdapat di taman rekreasi Gunung Lang, Ipoh Perak.
Monday, May 25, 2015
Jom ke Bukit Bendera
Teruja betul dapat melawat Bukit Bendera, Pulau Pinang. Dah lama tak ke sini. Masa belajar kat Pulau Pinang dulu, selalu juga naik ke Bukit Bendera untuk minum ABC Special. Hehe.. Sekarang dah banyak berubah. Train pun dah baru, dan banyak tempat untuk dilawati kat atas sana, selain melihat panorama indah.
Wednesday, May 20, 2015
Berendam di Bukit Merah

Cuaca panas sekarang ni sedap jer kalau dapat berendam dalam air. Jom main air kat Bukit Merah Laketown Waterpark, Perak. Tempat ni ramai yang dah tahu. Kami ke sana pun dah kali kedua. Bawa anak-anak main air kat tempat macam ni memang mereka suka. Kita pun tumpang main juga la apa yang patut. Hmm sebagai perkongsian, beberapa keping foto yang sempat dirakam. Tak sempat nak ambil gambar banyak-banyak sebab sibuk nak main air.Hehe...
Tuesday, May 19, 2015
Jus Eppis yang sedap
Jus Eppis? bukan main glamer lagi nama..haha...Gabungan epal dan pisang maka jadilah Eppis. Nama yang saya bagi sendiri kepada minuman yang dibuat sendiri (opss...puan isteri yang buat ni!). Macam mana dapat idea nak buat ni? Buah pisang tu adalah buah pisang sulung yang saya tanam.Huhu...terharunya...pokok pisang yang ditanam sudah berbuah dan masak..Buahnya masak serentak, maka diproses jadi jus Eppis setelah dicampur dengan epal hijau. Hmmm buah epal tu tanam kat kedai.
Pocong muncul semasa hari guru di SMKAM
Ada pocong semasa sambutan hari guru? Haha....pocong hidup ni berkeliaran semasa sambutan hari guru semalam di SMKAM. Jangan takut...pocong ni muncul dalam salah satu acara menghias pocong dalam kalangan guru-guru mengikut kreativiti kumpulan dalam jangka masa yang ditetapkan. Berani lah tu pegang-pegang pocong. Kalau pocong tu benar-benar muncul depan mata...haha...ada yang akan lari tak cukup tanah....
Saturday, May 16, 2015
Terima kasih cikgu!
Selamat hari guru! Itulah ucapan yang menghiasi laman sosial hari ini 16 Mei 2015. Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyampaikan ucapan selamat hari guru kepada saya, sama ada melalui laman FB, Instagram, twitter, whatsapp, dan sebagainya. Sebenarnya saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada guru-guru saya dahulu. Mungkin ramai yang sudah meninggal...jasa dan budi baik kalian tetap dalam ingatan. Al Fatihah buat guru-guru saya yang telah pergi buat selamanya...
Wednesday, May 13, 2015
Jom kitar semula
Ramai yang makan gula-gula kemudian pembalutnya dibuang merata-rata. Sebilangan kecil saja yang memasukkan kulit pembalut gula-gula tu ke dalam tong sampah. Hmmm... perlu ada kesedaran untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Satu cara...macam dalam gambar tu...kitar semula kulit gula-gula tu untuk dijadikan bunga hiasan. Selain dapat mengurangkan sampah buangan, hiasan ini boleh diletakkan di atas meja.
Tuesday, May 12, 2015
Zoo Taiping & Night Safari
Zoo Taiping...kami datang! Kunjungan ke Zoo Taiping & Night Safari ini merupakan kunjungan kali kedua kami. Sebelum ini kami ke sana pada waktu malam untuk melihat sendiri night safari. Macam tak best jer datang waktu malam sebab tak dapat melihat dengan lebih dekat penghuni zoo. Ada yang dah tidur pun! Kali ni datang waktu siang...dapatlah tengok dengan jelas.
Monday, May 11, 2015
Sukimi Racing Festival
Pada hari Jumaat dan Sabtu lepas ada Festival kenderaan di Kota Bharu. Sukimi Racing Festival berlangsung dekat dengan Tesco Kota Bharu. Macam-macam motosikal klasik ada..Kereta-kereta milik persendirian juga banyak dipamerkan. Pengunjung juga boleh membeli-belah di gerai-gerai jualan. Masa saya ke sana pada petang Jumaat tu, ada sesi beramah mesra dengan Neelofa.
Sunday, May 10, 2015
Pelajar SMKAM 'mengerjakan haji' beramai-ramai
Semangat betul budak-budak ni 'mengerjakan haji'. Maklumlah...buat haji kat sekolah jer.Hehe... Sebenarnya ini hanyalah simulasi haji untuk pelajar tingkatan 4 dan 5. Tujuannya untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang ibadat haji. Saksikan....
Saturday, May 9, 2015
Nasi Ayam Kampung Wakaf Che Yeh
Bagi yang biasa melalui jalan di Wakaf Che Yeh, kedai ini mungkin biasa bagi anda. Saya pun kerap juga melalui jalan ini, tapi hari ini baru perasan ada kedai Nasi Ayam Kampung Wakaf Che Yeh. Terletak di tepi jalan utama memudahkan pelanggan singgah. Kat kedai ni ada banyak menu...bukan ayam kampung saja. Tengok ni...
Friday, May 8, 2015
Muzium Burung Hantu
Siapa sangka burung hantu yang menjadi ketakutan kanak-kanak ini telah menjadi koleksi istimewa di muzium ini. The Owl Museum di Bukit Bendera, Pulau Pinang menghimpunkan barangan seni dan kraf berasaskan burung hantu. Pada mulanya saya ingatkan ada burung-burung hantu hidup kat sini, rupa-rupanya semua replika dan kraf. Nama lagi muzium...bukannya zoo.hehe...Bayaran masuk RM 12 untuk dewasa. Pelajar sekolah RM 6. Kanak-kanak (tak pasti pula had umur) boleh masuk percuma. Jom tengok sebahagian koleksi gambar yang saya rakam..
Thursday, May 7, 2015
Superman ker Zorro yang berbaris?
Pada mulanya ingatkan pasukan superman sebab ada 'S' kat kain di belakang tu. Hehe...rupanya kontinjen rumah sukan Shafei. Lama betul nak siarkan entri ni...tapi kena siarkan jugalah sebab kontinjen rumah Shafei ini telah menjuarai dalam pertandingan perbarisan sempena olahraga baru-baru ini. Tahniah kepada pasukan Shafei kerana telah memenangi hati juri untuk dinobatkan sebagai juara perbarisan.
Tuesday, May 5, 2015
Seperti Kaca terhempas ke Batu
Tn Nur Fathiah Tn Ab Rahman 4IK |
Sedih...sangat sedih! Banyak perkara boleh membuatkan kita sedih. Kalau melibatkan soal hati...macam-macam boleh jadi..Hati yang hancur kerana amat sedih ini boleh dikaitkan dengan peribahasa seperti kaca terhempas ke batu. Tengoklah gambar kat atas tu, pecah berderai kaca tu apabila jatuh terhempas ke batu. Begitulah gambaran hati yang hancur.
Monday, May 4, 2015
SK Wakaf Stan 1984
Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk berjumpa dengan rakan-rakan satu sekolah semasa bersekolah rendah dahulu. Pertemuan bekas pelajar SK Wakaf Stan 1984 ini cukup bermakna. Biarpun sibuk dengan kerjaya masing-masing, kami sempat meluangkan sedikit waktu untuk bersua muka pada 3 Mei 2015 bertempat di New Horizon Garden, Kota Bharu. Beberapa orang rakan lama yang tidak dapat bersama-sama kerana urusan kerja dan berada di luar Kelantan, diharapkan kita dapat bersua dalam perjumpaan yang akan datang.
Bersantai di Gunung Lang
Berkunjung ke Taman Rekreasi Gunung Lang pasti memberikan satu ketenangan. Sekali tengok dan dengar nama Lang tu...ingatkan kat Langkawi. Tapi rupa-rupanya Gunung Lang ini terletak di Ipoh, Perak. Saya sekeluarga berpeluang ke sana minggu lepas. Menyaksikan ketenangan panorama di sini dapat merehatkan minda seketika. Saksikan foto-foto yang sempat dirakam....
Subscribe to:
Posts (Atom)