Tuesday, June 30, 2015

Kura-kura telentang, anai-anai makan kayu

Ainun Kalisah [4IK]

Bulan puasa ni ramai yang suka telentang jer...hehe..Peribahasa kali ini ialah seperti kura-kura telentang. Cantik kura-kura hijau tu telentang...nampak macam senyum jer. Maksud peribahasa seperti kura-kura telentang ialah orang sakit yang terbaring dengan tiada berdaya. Oh sungguh kesian....sakit tak boleh bangun la ni. Kalau setakat tidur telentang tu kira ok lagi....tapi kalau sakit terbaring dan tak berdaya ni memang seperti kura-kura telentang.

Monday, June 29, 2015

Amin dari Perancis


Selamat berpuasa kepada semua yang beragama Islam...Gambar kat atas ni dirakam bersama bekas pelajar saya, Amin yang sedang menuntut di Perancis. Sekarang tengah bercuti di Malaysia. Seronok dengar pengalaman pelajar yang menuntut di luar negara  ni. Banyak pengalaman berada di perantauan.

Sunday, June 28, 2015

Kemahhhhh cikgu Din


Syabas dan Tahniah buat rakan sekerja yang baru dinaikkan pangkat, cikgu Samsudin b Musa. Beliau kini bertugas di Jabatan Pendidikan Kelantan sebagai Penolong Pengarah Pengurusan Sekolah, Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Kelantan.

Saturday, June 27, 2015

Bulan puasa: kedai gunting tutup?


Saya yang rajin ker tukang gunting rambut yang malas?huhu....Hari ni pagi-pagi lagi dah keluar rumah untuk ke kedai gunting rambut. Pagi pun...dah pukul 10 pagi yer. Kiranya waktu yang logik dan awal untuk gunting rambut. Bulan puasa ni letih juga nak keluar tengah hari, tambahan pula cuaca panas terik ni. Tapi kan...sedih betul.....

Thursday, June 25, 2015

Johan Berzanji Marhaban



Tahniah kepada pasukan Berzanji Marhaban SMKAM kerana telah menjuarai pertandingan Berzanji Marhaban peringkat negeri Kelantan baru-baru ini. Hebat ni sebab dapat johan peringkat negeri...Nanti dapat wakili negeri Kelantan ke peringkat kebangsaan pula.

Thursday, June 18, 2015

Ramadan datang lagi



Alhamdulillah, kita dipertemukan semula Ramadan tahun ini. Selamat menyambut Ramadan, bulan penuh keberkatan. Hari pertama berpuasa, masing-masing ada cerita tersendiri. Apapun ceritanya, semoga kita manfaatkan sepenuhnya bulan Ramadan ini dengan amalan-amalan yang dituntut oleh agama. Utamakan pengisian amal ibadat, bukannya soal makan minum sewaktu berbuka. Elakkan pembaziran sewaktu membeli mahupun menyediakan juadah berbuka. Selamat berpuasa.!

Wednesday, June 17, 2015

ExSMKAM 2012 dan laksa Penang


Alhamdulillah, jamuan terakhir kat sekolah sebelum berpuasa esok. Hari ini bekas pelajar SMKAM SPM 2012 datang melawat sekolah, bertemu guru-guru. Mereka menyediakan menu laksa penang, dan kuih-muih sebagai buah tangan untuk warga sekolah. Terima kasih kepada bekas pelajar SPM 2012 atas kunjungan dan jamuan tadi.

Monday, June 15, 2015

Biarkan aku terbang bebas


Apa yang akan anda lakukan apabila terjumpa seekor burung cantik macam ni? Kisahnya semasa sedang potong rumput di halaman rumah, muncul seekor burung kuning, baru belajar terbang. Nasib baik tak terkena mata mesin rumput tu. Jadi saya pun ambil lah bawa ke rumah. Anak-anak apa lagi, sukalah mereka dapat pegang-pegang burung. Nampak jinak jer burung ni.

Saturday, June 13, 2015

Wau labah-labah pun ada


Sangat kreatif dan menarik. Itulah yang saya boleh katakan pada wau labah-labah ni. Kalau tengok dari jauh ingatkan tayar yang terbang. Bila tengok dari dekat rupa-rupanya labah-labah dan sarangnya terbang di udara. Wau ni dipamerkan semasa Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2015 yang berlangsung di Tumpat baru-baru ini. Dah banyak kali saya berkunjung ke pesta wau Kelantan. Rasanya inilah kali pertama saya tengok wau labah-labah.

Friday, June 12, 2015

Bonsai Lantana


Pokok bunga lantana, dahulu memang banyak dalam hutan kat kampung. Sekarang jadi trend pokok bunga klasik ini ditanam semula. Maka lantana ini telah dijadikan bonsai. Wah nampak cantik juga dengan susunan pelbagai warna bunga-bunga lantana yang sedang berkembang. Pokok lantana memang lasak, boleh ditanam di bawah panas terik, cuma kena pastikan disiram sekurang-kurangnya sekali sehari agar daun-daunnya tidak layu.

Saturday, June 6, 2015

Jumpa semula setelah 30 tahun


Pertemuan semula setelah 30 tahun memang sesuatu yang cukup sweet. Tambah-tambah lagi reunion ini diadakan di Sweet Beach Resort, Tok Bali, Kelantan. Dah lama bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan batch 1984 ini ingin mengadakan pertemuan. Alhamdulillah pada 5 hingga 6 Jun 2015 impian ini terlaksana meskipun masing-masing sibuk dengan pelbagai urusan. Demi kawan-kawan...kami sanggup luangkan masa. Bukan senang nak berkumpul serentak macam ni..... 

Monday, June 1, 2015

Air bocong: tarikan terbaru


Macam-macam cara nak tarik pelanggan. Sebelum ni kita biasa tengok atau makan aiskrim kelapa, aiskrim pasu dan sebagainya. Sekarang saya terjumpa satu lagi tarikan terbaru, bukan aiskrim tapi air biasa yang dijual bersama bekas air yang besar. Kami panggil air bocong. Di kelantan, bocong tu merujuk kepada bekas air. Air bocong ni dijual dengan harga RM6 satu bekas. Bocong comel tu boleh dibawa balik....oh idea ni nampak kreatif juga yer.