expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, July 30, 2015

SMKAM Johan Petrosains 2015



Tahniah kepada pasukan SMKA Melor kerana telah menjuarai pertandingan Petrosains peringkat negeri Kelantan. Pasukan yang diwakili oleh Luqman Hakim dan Md Luqman Afif ini telah mengalahkan 9 pasukan yang lain. Lebih manis lagi kejayaan ini diraih di tempat sendiri kerana pertandingan Petrosains peringkat negeri Kelantan kali ini berlangsung di SMKA Melor.

Tuesday, July 28, 2015

Seperti ayam dan itik

Nurul Izzati 4 IS

Peribahasa kali ini, Seperti ayam dan itik. Membawa maksud dua orang yang mempunyai masalah komunikasi. Susah juga kalau nak berkomunikasi kalau saling tidak memahami. Hal ini lebih merujuk kepada masalah berbahasa. Lain yang diberitahu, lain pula yang difahami. 

Sunday, July 26, 2015

Giliran cikgu pula beraya


Tak habis lagi entri pasal raya. Harap jangan bosan lah yer. Raya Aidilfitri kan setahun sekali...hehe...
Kali ni saya paparkan edisi guru-guru pula beraya.
 Dahsyat juga cikgu beraya kan...haha...macam-macam gaya nak release tension kot. 
Warna-warni di hari raya menceriakan lagi suasana.

Saturday, July 25, 2015

Sesuatu yang memalukan di pantai Irama


Pantai Irama di Bachok Kelantan sudah lama terkenal dalam kalangan masyarakat setempat mahupun dari luar Kelantan. Petang semalam saya sempat berkunjung ke sana bersama keluarga. Ramai betul pengunjung pantai Irama, mungkin faktor cuti hujung minggu ditambah pula masih dalam suasana hari raya. Ekspo pantai yang sedang berlangsung juga menjadi tarikan sebahagian pengunjung ke sana. Pemandangan sewaktu matahari terbenam sangat cantik...Tetapi ada sesuatu yang mencacatkan pemandangan indah di pantai Irama...

Friday, July 24, 2015

Beraya sakan kat sekolah


Masih dalam mood raya? Jom saksikan koleksi foto semasa saya beraya dengan pelajar kat sekolah. Amboi...siapa yang beraya sakan ni, cikgu ker pelajar? Ekslusif dalam entri ni gambar bersama pelajar saja. Entri akan datang saya siarkan beraya bersama guru pula. Layan jer laaa....

Wednesday, July 22, 2015

Beraya di kampung halaman


Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Sibuk benar beraya, tak sempat nak update blog. Banyak yang nak dikongsikan dalam blog, tapi tak kesampaian...Kali ini saya gagahkan juga buat entri ini supaya kenangan hari raya baru-baru ni terpahat dalam blog kesayangan. Tahun 2015, tema baju raya kami purple..sedondon dengan sampul duit raya KM7. Bersemangat betul nak bagi duit raya tu..haha...

Monday, July 20, 2015

Siti Farhana & Ihsan 2015



Tahniah dan selamat pengantin baru kepada pasangan pengantin, Siti Farhana bt Mohd Yusof dan Ihsan b Ziad. Pengantin yang melangsungkan perkahwinan pada 3 Syawal ini cukup bertuah kerana majlis berlangsung dalam suasana sambutan Aidilfitri. Kehadiran sanak-saudara, kenalan dan sahabat handai turut menceriakan lagi suasana.

Tuesday, July 14, 2015

Kad raya pertama tahun ni


Tak lama dah nak raya....Tahun ni, inilah kad raya yang pertama saya terima huhu...Terima kasih kepada pelajar tingkatan 5 IH atas ingatan anda kepada saya. Comel jer kad raya buatan sendiri ni. Kreatif juga pelajar ni buat kad raya. Hmmm...saya akan simpan kad raya ni baik-baik...

Thursday, July 9, 2015

Menanam Tebu di bibir Mulut

Nur Fadhilah 4 IK

Selamat berpuasa. Tinggal beberapa hari lagi kita nak sambut hari raya. Bagi calon SPM, raya tu raya juga tapi jangan lupa Peperiksaan Percubaan SPM tak lama lagi tu. Jom tengok peribahasa yang disediakan oleh pelajar saya. peribahasa pertama, Ada batang adalah cendawan tumbuh. Peribahasa ini membawa maksud tidak kira di mana kita tinggal, di situ ada rezeki. Yer lah kan....rezeki ada di mana-mana. Yang penting berusaha. 

Monday, July 6, 2015

Martabak Maggie


Tercari-cari menu berbuka petang ni? Jom tengok murtabak maggie. Fuhhhh nampak sedap dan menyelerakan. Rasanya macam murtabak campur maggie. memanglah kan...dah namanya pun murtabak maggie.Hehe...

Saturday, July 4, 2015

Bonsai Latana terus berbunga


Pokok Lantana di halaman rumah sedang berkembang cantik. 
Saya bukanlah fanatik terhadap pokok-pokok bunga ni, cuma suka tengok bunga-bunga berkembang. Ditambah lagi dengan rama-rama berterbangan datang menghisap madu. 
Bonsai lantana pelbagai warna ini berbunga penuh kali kedua sejak ditanam hampir sebulan lalu.


Wednesday, July 1, 2015

Pelajar SPM cemerlang PPT 2015


Keputusan peperiksaan Pertengahan Tahun 2015 telahpun diumumkan baru-baru ini. Tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang. Pelajar terbaik SPM berdasarkan keputusan peperiksaan Pertengahan Tahun 2015 ialah Siti Nor Atikah bt Zakaria yang memperolehi 11A dengan 6A+,3A dan 2A-. Tahniah Atikah dan bapanya! Selain Atikah, 5 orang lagi calon SPM 2015 mendapat 11 A dalam peperiksaan Pertengahan Tahun. Mereka ialah.....