expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, August 31, 2015

7 Tips semasa Shopping

Foto hiasan, koleksi KM7

Membeli-belah atau shopping sudah menjadi kebiasaan atau kemestian bagi kebanyakan kita. Cuma sebanyak mana kita menghabiskan wang semasa membeli-belah itu bergantung kepada kemampuan masing-masing. Ada orang setiap hujung bulan banyaklah membeli-belah sebab ketika itu poket masih penuh. Kadang-kadang kita membeli sesuatu yang tidak diperlukan, cuma sekadar terpedaya dengan iklan jualan murah dan sebagainya. Berikut saya ingin berkongsi tips sebelum atau semasa kita membeli-belah supaya tidak terbeli sesuatu di luar perancangan.

Friday, August 28, 2015

Petempatan Kelantan di bukit Ajyad, Mecca



Menjejaki bumi Mekah (Mecca) menjadi impian bagi setiap muslim. Banyak peninggalan sejarah Islam di sana yang boleh diterokai bagi yang berkesempatan. Entri kali ini akan memaparkan salah satu tempat yang mungkin kurang diketahui oleh sesetengah orang yang berkunjung ke Mekah, iaitu puncak Bukit Ajyad.

Wednesday, August 26, 2015

Banyaknya Pepatung berterbangan


Fenomena apakah ini...banyak betul pepatung berterbangan tengahari tadi. Saya yang tak biasa tengok jumlah pepatung yang banyak berterbangan dalam satu-satu masa rasa teruja. Timbul persoalan, dari manakah datangnya pepatung ini? dan kenapa muncul dalam jumlah yang banyak? 
Mungkin ada kalangan pembaca yang tahu pasal ni, bolehlah berkongsi info yer.

Tuesday, August 25, 2015

Rumah di Malaysia mahal?

Sinar Harian 25/8/15

Meneliti beberapa laporan akhbar hari ini, saya tertarik dengan berita pasal harga kediaman di Malaysia yang dikatakan 'mahal' dan tidak mampu dimiliki. Macamanalah nasib generasi muda hari ini, tak mampu untuk memiliki kediaman sendiri. Sampai bila harus menyewa? Rumah atau kediaman sememangnya satu keperluan dalam hidup berkeluarga. Kalau tak mampu memiliki rumah sendiri, macam tak lengkaplah hidup berkeluarga.

Sunday, August 23, 2015

Akhirnya...Union Jack diturunkan



Mengimbau kembali detik bersejarah kemerdekaan tanahair tercinta. Saat bendera Union Jack diturunkan dan diganti dengan bendera Jalur Gemilang. Bersyukur kerana negara kita bebas daripada cengkaman penjajah. Segala penderitaan nenek moyang kita semasa dibelenggu penjajah kini telah berakhir.....

Saturday, August 22, 2015

Kenapa perlu tukar header blog?



Tukar header lagi? yer la kan....dah bosan dengan header lama, kita tukar yang baru pula. Bukan susah pun nak buat yang baru tu....sambil menonton tv jer pun. Harap pengunjung blog ini  sukalah yer. Hehe...tak suka pun kena sukalah sebab tuan blog dah tukar pun header lama. Mungkin ada yang tak perasan kot perubahan tu. Bagi yang biasa berkunjung ke blog KM7 ni, anda mesti perasan....

Friday, August 21, 2015

Dah 11 tahun perkahwinan kami



Selamat pengantin baru...eh...pengantin mana pula tu, macam kenal jer.Haha....Oppsss tersilap la pula. Ini bukan pengantin baru, tapi pengantin lama, dah basi pun. Tukar ucapanlah, Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 11 buat saya dan isteri. Huhu...terharunya, buat ucapan dalam entri blog sendiri! Dah 11 tahun kami kahwin, cepatnya masa berlalu. Jadi dalam entri ni saya kongsikan gambar-gambar lama semasa majlis perkahwinan kami.

Thursday, August 20, 2015

Bagai Bulan dipagari Bintang

Nur Atikah 5 IH

Beruntunglah orang yang cantik...sering mendapat perhatian orang ramai. Cantik ni sering dikaitkan dengan wanita. Lelaki....jangan pula nak guna perkataan cantik yer! Gadis yang cantik apabila dikelilingi gadis yang cantik juga boleh diumpamakan bagai bulan dipagari bintang. Wah....bayangkan model-model yang cantik di hadapan anda...

Wednesday, August 19, 2015

Mengajar anak-anak mencuri?

Keratan akhbar Berita Harian 19.8.15

Membaca satu berita dalam akhbar Berita Harian hari ini, saya rasa terpanggil untuk mengulas pasal kes kecurian ini. Kecurian wang yang berlaku di masjid bukanlah perkara baru. Tapi kejadian kali ini di Bachok , Kelantan wajar difikirkan bersama kerana bukan saja dilakukan oleh pasangan suami isteri, malah turut melibatkan anak-anak mereka sendiri.

Tuesday, August 18, 2015

Petua makan durian



Sekarang musim durian. Sedap betul makan durian...tambahan pula kalau dapat makan buah durian yang segar dari ladang. Ada kebun sendiri bolehlah  merasa keseronokan mengutip durian dan terus makan. Bagi yang tidak mempunyai kebun durian macam saya ni, kenalah beli....Masalah yang sering timbul apabila mengisi buah durian dalam kereta ialah baunya yang lambat hilang. Boleh pening dibuatnya...Saya ada penyelesaiannya....

Monday, August 17, 2015

Mahfuzah Hazirah & Fitrah Zulfikar 2015



Selamat pengantin baru buat Mahfuzah Hazirah dan pasangannya Fitrah Zulfikar. Alhamdulillah hujung minggu lepas saya sempat menghadiri majlis kenduri kesyukuran pasangan pengantin baru ini. Cepat betul masa berlalu, seorang lagi bekas pelajar saya telah selamat mendirikan rumahtangga. Mahfuzah Hazirah yang telah tamat pengajian dari salah sebuah universiti di Indonesia, telah bertemu jodoh dengan jejaka dari negara berkenaan. Masing-masing sudahpun berkerjaya.

Peperiksaan Percubaan SPM bermula



Demam peperiksaan bermula lagi. Ehhh...ada yang demam ker? Sekarang peperiksaan percubaan SPM bagi negeri Kelantan bermula dengan kertas pertamanya, Bahasa Melayu. Semoga semua calon dapat menjawab dengan baik. Peperiksaan percubaan ini penting untuk menilai sejauhmana persediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan sebenar SPM November nanti.

Wednesday, August 12, 2015

Mentaliti sampah orang kita


Cuba perhatikan gambar di atas. Situasi yang biasa kita lihat di mana-mana sahaja di negara kita. Secara peribadi, saya memang benci tengok bekas makanan atau minuman yang dibiarkan atau ditinggalkan merata-rata tempat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kalau guna bahasa kasar...tak ada otak ker,lepas makan tak tahu nak buang bekas tu ke dalam tong sampah? nanti ada yang marah....Tapi itulah hakikatnya orang kita.

Tuesday, August 11, 2015

Alim-alim Kucing

Nur Auni Syazalien bt Adlan 4 IS

Ada juga kucing yang alim. Hmmm..cuba tengok kucing anda kat rumah tu..tentu ada yang nampak alim.Hehe...Peribahasa kali ini, Alim-alim Kucing yang membawa maksud seorang yang berpura-pura baik. Situasi ini kita pernah jumpa kan! Kat depan kita punyalah baik, tapi di belakang kita....hmmmm perangai sangat teruk.

Sunday, August 9, 2015

Dah 10 tahun!


Selamat hari lahir Imdad. Dah masuk ulang tahun kelahiran ke 10. Sambutan yang kebetulannya dalam bulan Syawal, kira sambut raya sekalilah yer. Majlis  bulan Julai yang lepas, baru sempat nak buat entri ni... Kami berkongsi  bulan kelahiran yang sama, jadi kek pun kena kongsi juga. Haha..

Saturday, August 8, 2015

Johan Forum Remaja 2015


Tahniah kepada pasukan forum SMKAM kerana menjadi johan dalam pertandingan forum remaja 2015 peringkat QIT Ketereh. Mereka ialah Shakh, Syihan, Ali, Rasyad dan Syafiq. Turut membanggakan juga apabila Syihan telah terpilih sebagai pengerusi terbaik. Pasukan ini akan mewakili QIT Ketereh ke peringkat PPD Kota Bharu .

Monday, August 3, 2015

Kambing golek di asrama


Jamuan raya lagi...Best betul la kalau dapat makan free ni. Hari-hari pun boleh kan..Haha....Raya kan setahun sekali, jadi lama lah sikit tempoh masa, sebulan kita beraya. Kali ni beraya kat asrama sekolah. Menu utama, kambing golek...Tengoklah tu....tergolek jer kambing tu kat atas meja. Siapa cepat dia dapat kerana edisi terhad. 

Sunday, August 2, 2015

Johan Hiwar 2015


Tahniah kepada pasukan Hiwar dan peserta kuiz ilmu wahyu SMKAM kerana telah menjadi johan dalam pertandingan tersebut peringkat negeri Kelantan. Pertandingan Hiwar diwakili oleh Nasharudin, Irfan dan Fatah. Manakala kuiz ilmu wahyu pula diwakili oleh Uzaini. Mereka akan mewakili Kelantan ke peringkat kebangsaan di SMKA Al-Irshad, Pulau Pinang.