expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, October 30, 2015

Jamuan Akhir Tahun... Nasi Beriani


Merah membara....semangat waja.. Wah bersemangat betul tema jamuan akhir tahun 2015 sekolah kita yer. Maklumlah menu kali ini sedikit berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Menunya, nasi beriani lauk kambing dan ayam. Lokasi jamuan ialah di Puncak Mutiara Kristal, Kota Bharu. Saksikan foto-foto yang sempat dirakam sepanjang majlis.

Wednesday, October 28, 2015

Lukisan Mural Pra Taqwa SK Kadok



Cantik...kan lukisan mural kat atas tu? Nampak ceria dan segar. Lukisan mural ini di Pra Taqwa, pra sekolah di SK Kadok, Kota Bharu, Kelantan. Pertama kali tengok pun rasa dah terpikat, apatah lagi kanak-kanak pra sekolah di sini, mesti seronok tengok dinding bangunan kelas mereka dipenuhi lukisan yang hebat.

Monday, October 26, 2015

Selamat Berpisah 5 IS 2015


Tinggal beberapa hari saja lagi SPM akan bermula. Maknanya sesi persekolahan dan gelaran sebagai pelajar sekolah akan berakhir buat pelajar tingkatan 5. Satu jamuan perpisahan telah diadakan oleh pelajar tingkatan 5IS 2015 buat rakan sekelas dan guru-guru yang mengajar kelas mereka. Terima kasih kerana telah menjemput saya!

Sunday, October 25, 2015

Biskut Oat Krunch


Memperkenalkan biskut yang sedap dan berkhasiat..........Oat Krunch dengan tambahan Strawberry dan Blackcurrant.  Saya suka makan biskut ni..hehe.. siap promosi lagi kat sini. Suka betul ker atau sebab nak kan hadiah atau free gift? Hmm.... kira dua dalam satu lah...Suka makan biskut ni, kemudian kebetulannya dapat hadiah percuma.... 1 bekas biskut dengan setiap pembelian satu paket besar Oat Krunch yang mengandungi 16 paket kecil di dalamnya.

Friday, October 23, 2015

Bunga Ros Jepun yang Cantik


Bosan melihat jerebu di luar rumah atau pejabat? jom kita segarkan mata dengan melihat bunga ros Jepun yang cantik. Pokok bunga ros Jepun ni mungkin menjadi 'kegilaan' sesetengah orang untuk menanamnya sebagai koleksi. Masa saya kecil dulu, dah ada spesis pokok bunga ni...cuma bunganya biasa-biasa saja...tapi sekaramg makin banyak spesis yang cantik-cantik mula ditanam di halaman rumah, pejabat, sekolah dan sebagainya. Lebih hebat lagi, siap ada 'group' khusus untuk peminat ros Jepun ni!

Wednesday, October 21, 2015

Pantai Melawi, Bachok Kelantan


Berjalan di sepanjang pantai sama ada pada awal pagi mahupun waktu senja, cukup mendamaikan. Deruan ombak dan hembusan bayu mencipta satu ketenangan buat pencinta kedamaian. Saya sajikan panorama indah pada waktu senja di pantai Melawi, Bachok, Kelantan. Tanah sepanjang pantai di Melawi ini kebanyakannya dimiliki secara persendirian. Justeru terdapat banyak resort, chalet mahupun homestay di sini. Tidak hairanlah keadaan pantainya bersih dan terurus. 

Monday, October 19, 2015

Dekorasi kelas abad ke-21



Sekarang kat semua sekolah telah diperkenalkan kelas abad ke-21. Susun atur dalam kelas ternyata berbeza dengan  kelas yang biasa kita duduki masa belajar dulu-dulu. Kedudukan pelajar dalam kelas adalah secara berkumpulan, memudahkan aktiviti pembelajaran dan perbincangan dalam kumpulan. Dekorasi kelas, mengikut kreativiti guru dan pelajar kelas masing-masing. Dekorasi salah satu kelas abad ke-21 di sekolah saya...

Sunday, October 18, 2015

Jamuan akhir tahun di Sri Pantai Chalet



Biasa buat jamuan akhir tahun kat restoran, hotel mahupun tempat-tempat makan yang lain. Kali ni Pengawas Pusat Sumber Sekolah mengadakan jamuan akhir tahun kat sebuah chalet di Bachok, iaitu Sri Pantai Chalet, Melawi, Bachok. Terima kasih jemput saya....kami satu keluarga ke sana dari pagi sampai petang. Menu utama, ayam BBQ, nasi goreng dan bihun goreng. Sambil menyediakan ayam BBQ...bolehlah beramah mesra.

Tuesday, October 13, 2015

Aksi Senamrobik di Sekolah



Jom bersenamrobik kat sekolah. Sesekali mengeluarkan peluh dengan aksi aerobik ni seronok jugakan! Aktiviti ini berlangsung semasa sambutan Hari Sukan Negara baru-baru ini. Kami buat senaman aerobik hampir satu jam. Banyak jugalah peluh yang tumpah ke bumi pada hari tersebut.

Monday, October 12, 2015

Kadar tol naik lagi 15 Oktober

Petikan akhbar online

Wah...bikin panas lagi bagi warga kota...Kuala Lumpur. Bersedialah dengan cabaran kenaikan kadar tol...yang akan menaikkan lagi bajet bulanan anda. Saya yang tak terlibat dengan tol secara langsung ini tumpang bersimpati juga.

Saturday, October 10, 2015

Annual Dinner PERTIMA 2015



Jamuan makan lagi....kali ni giliran PERTIMA iaitu pelajar tingkatan 5 bagi tahun 2015 menganjurkan Annual Dinner PERTIMA 1115. Majlis berlangsung di dewan sekolah pada sebelah malam. Semuanya diuruskan sendiri oleh pelajar tingkatan 5. Tahniah atas usaha anda meraikan guru-guru SMKAM.  Suasana dalam dewan telah bertukar rupa, seolah-olah kat hotel. Selain makan-makan, majlis turut diserikan dengan beberapa persembahan pelajar. 

Friday, October 9, 2015

Min House Camp, Kubang Kerian



Saya berpeluang mengunjungi Min House Camp (MHC) di Kubang Kerian, Kelantan baru-baru ini. Jom review camp yang terletak di tengah-tengah kampung, 6 km dari Kota Bharu. Persekitarannya memang segar, dikelilingi tumbuhan hijau dan berhampiran dengan sungai. Sangat sesuai untuk aktiviti perkhemahan kerana tersedia tapak perkhemahan. Juga untuk menjalankan sebarang kursus kerana terdapat penginapan gaya asrama dan dewan yang boleh memuatkan 100 orang pada satu-satu masa.

Wednesday, October 7, 2015

Pemanis Stevia RCC



Entri kali ni saya nak review sikit pasal Stevia sweetener. Saya bukan stokis, ejen mahupun ahli Stevia, cuma baru saja menggunakan Stevia ni. Itupun setelah diperkenalkan oleh saudara-mara yang dah lama menggunakannya. Peringkat awal tu rasa semacam jer sebab tak semanis gula. Tapi setelah beberapa hari menggunakannya, kita boleh menyesuaikan diri dengan pemanis semulajadi ni. Apa kebaikan pemanis Stevia ni?

Kotak Ajaib hasil rekaan pelajar


Sekali tengok tiada apa yang istimewanya 3 benda kat atas tu. Tapi cuba teliti betul-betul , rupanya ada sesuatu yang tersembunyi dalam ketiga-tiga benda tu. Betullah kata orang...jangan menilai sesuatu daripada luarannya. Itulah kreativiti mencipta sesuatu yang mungkin nampak biasa tetapi ada tarikan tersendiri. Jom kita tengok hasil kreativiti kerja tangan Atikah, pelajar yang akan menduduki SPM November nanti mencipta sesuatu kelainan kerja kraftangan sekadar menghilangkan stres mengulangkaji pelajaran.

Monday, October 5, 2015

Penggambaran serba merah 2015


Ini bukan pasukan sorak mahupun penyokong TRW....tapi pasukan sekolah untuk penggambaran majalah sekolah. Pagi tadi ada penggambaran untuk guru, staf dan pemimpin pelajar. Kali ni serba merah pula. Nampak terang dalam cuaca berjerebu sekarang ni. Terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama dalam melancarkan proses penggambaran kali ni. Nantikan foto-foto menarik dalam majalah Taqwa edisi terbaru nanti. Sebelum tu, jom tengok foto candid tadi!

Sunday, October 4, 2015

Taman mini di rumah



Entri ni ekslusif memaparkan taman mini kat rumah kami. Cewah....taman la sangat tu...hehe...Nak buat taman yang grand macam tak cukup bajet, maka buatlah sendiri sikit-sikit ikut apa yang terlintas di fikiran. Tak tahulah bila boleh siap sepenuhnya taman khayalan kami ni! Tapi yang bestnya, pokok lantana tu tengah berbunga cantik. Ada 6 pokok kesemuanya. 4 sedang berbunga penuh manakala 2 lagi segan pula nak berbunga kali ni. 

Saturday, October 3, 2015

Ekslusif hanya di instagram



Ramai dah ada akaun instagram sendiri kan! Saya pun dah aktif semula upload gambar dalam instagram. Ada sesetengah foto itu saya hanya masukkan dalam instagram sahaja. Tidak 'link' kan ke facebook atau blog. Kiranya macam ekslusif juga lah kan.Hehe...Hanya followers saja yang dapat tengok foto terbaru atau aktiviti terkini saya. Haha...ada nampak macam selebriti ker? Ingat artis saja ker aktif instagram...kita pun boleh juga tau!

Friday, October 2, 2015

Bunga raya kuning dah berkembang!



Melihat kelopak bunga berkembang memberikan satu ketenangan seolah-olah terapi minda. Apatah lagi kalau bunga-bunga yang berkembang itu terdapat di halaman sendiri, ditanam sendiri. Bunga raya kuning dalam foto di atas baru saja berkembang biarpun pokoknya masih kecil dan renek.