expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, November 30, 2015

Dulu hidup susah, kini bergelar doktor


Tahniah Nur Hasliza bt Che Hamid atas penerimaan Ijazah Perubatan MD USM sempena Upacara Konvokesyen USM ke 52 baru-baru ini. Bekas pelajar SMKA Melor ini mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di USM Kubang Kerian selama 5 tahun. Ada kisah menarik di sebalik kejayaan ini yang boleh dijadikan motivasi bagi pelajar.

Sunday, November 29, 2015

Laut Bergelora di pantai Irama Bachok


Secara langsung saya bawakan anda ke pantai Irama, Bachok, Kelantan. Musim tengkujuh sudah bermula. Tengok tu laut bergelora dengan ombak agak besar. Awan kelabu melitupi langit.. dengan hujan yang kadangkala lebat juga, disertai angin yang sedikit kuat. Huhu.. macam tak berapa puitis nak cipta sajak di musim tengkujuh ni!

Saturday, November 28, 2015

Tempahan dan Kelas Sulaman Manik


Jom cuci mata dengan sulaman manik-manik cantik pada baju. Kaum wanita memang sukalah ni kalau dapat pakai baju bersulam dan bertatahkan permata intan payung semua. Hehe...Ingat senang ker nak buat ni? Saya tengok pun dah tak larat nak susun atur dan jahit semua ni. Hanya orang yang mahir,  kreatif dan suka buat kerja-kerja ni saja yang boleh siapkannya. Kalau anda berminat untuk belajar menyulam, ada yang boleh mengajarnya. Kalau  nak buat tempahan pun boleh..

Jom ke Kampung Budaya Sarawak

Kampung Budaya Sarawak,Santubong

Entri imbas kembali ini saya akan paparkan koleksi foto semasa melawat Kampung Budaya, Santubong, Sarawak. Dah lama ni...jadi jangan terkejutlah kalau tengok tuan blog yang masih muda remaja...haha...Saya sempat ke sana semasa bertugas di Miri, Sarawak dulu. Perjalanan menggunakan jalan darat iaitu bas mengambil masa selama 13 jam dari Miri ke Kuching.Sungguh memenatkan semata-mata ingin berjumpa dengan Puteri Santubong.Akhirnya sampai juga ke Santubong,iaitu Kampung Budaya Sarawak.

Friday, November 27, 2015

Bilik menunggu di pusat servis PERODUA


Musim cuti sekolah bermula lagi. Tentu banyak rancangan nak ke mana-mana. Opss! sebelum memulakan perjalanan elok periksa kenderaan dulu yer. Yang belum servis kereta tu eloklah ke mana-mana pusat servis kenderaan berdekatan. Saya baru jer ke pusat servis Perodua di Chicha, Jalan Pasir Putih, Kelantan. Apa yang saya nak tonjolkan di sini ialah ruang menunggunya yang cantik kemas, bersih dan selesa.

Thursday, November 26, 2015

Labah-labah Membuat Sarang


Masa budak-budak dulu kalau jumpa sarang labah-labah mesti ada idea nak buat perangkap pepatung. Eh macamana tu? Ambil batang pokok ubi kayu yang panjang. Kat hujungnya letakkan lidi yang dibengkokkan berbentuk bulat. Maka pergilah ke sarang labah-labah untuk balut sarangnya pada lidi tadi. Lagi besar sarang labah-labah, lagi teballah balutan perangkap kita tu. Siap sudah perangkap pepatung. Bolehlah tangkap pepatung dari jarak jauh, sepanjang mana batang pokok ubi kayu tu. Huhu...

Wednesday, November 25, 2015

Baru nak guna Penapis Air Coway


Coway... orang lain dah lama pakai, kami baru jer guna. Sebelum ni kami pernah guna penapis air Swiss Pro dan  Bio Aura. Kiranya ini brand ketiga lah! Nama Coway memang sudah popular di negara kita, Design penapis air terbaru ni nampak cantik jer..Warnanya pun kena dengan citarasa kami. Hehe 

Tuesday, November 24, 2015

Rhinomec: Mesin Rumput Baharu!


Sekali tengok dah jatuh cinta! Itulah yang dikatakan jodoh. Alahai jatuh cinta dengan siapa pula ni? Tu kat atas... jatuh cinta dengan mesin rumput Rhinomec kuning yang cantik. Dah puas pakai mesin rumput galas, kita pakai yang jenis tolak pula. Kerja memotong rumput menjadi lebih mudah, pantas dan menyeronokkan dengan menggunakan mesin Rhinomec ini. Cewah..ada macam iklan berbayar tak? Hehe..

Monday, November 23, 2015

Potato Cheese Buatan Sendiri


Dah bosan makan nugget? Jom kita makan satu lagi makanan istimewa yang dibuat sendiri oleh puan isteri saya. Katanya resepi yang tak ada nama ni diolah semula daripada beberapa resepi cheezy ball oleh rakan-rakannya. Nama Potato Cheese tu saya yang tukang bagi nama..haha...tak dapat masak, dapat bagi nama pun jadilah! 

Selamat tinggal mak!


Hari terakhir Sadiq di rumah pengasuhnya. Lama juga dia kat sini, 3 tahun. Setiap pagi dia dihantar ke sini dan petang sekepas kami pulang dari tempat  kerja baru balik ke rumah. Tahun depan Sadiq akan mula masuk sekolah tadika. Mesti sedih juga kan nak berpisah dengan pengasuhnya yang dipanggil mak itu. Kami pernah tinggalkan Sadiq di sini selama 3 hari 2 malam, semasa kami ke Singapura dulu. Pendek kata, rumah pengasuhnya dah jadi rumah kedua Sadiq.

Saturday, November 21, 2015

Terima Kasih Prof Adi Fahrudin



Terharu betul baca status di FB daripada seorang kawan lama, sekarang sudah bergelar Prof. Beliau yang dimaksudkan ialah Prof Adi Fahhrudin dari Indonesia dan sekarang bertugas di sana. Prof Adi berada di USM Pulau Pinang sempena Upacara Konvokesyen USM. Semasa entri ini ditulis, saya percaya Prof Adi sudah kembali ke Indonesia. Maaf kerana tidak sempat bertemu.

Friday, November 20, 2015

Sedekah yang tidak Kesampaian


Semasa sedang menikmati makanan bersama keluarga di satu tempat makan terbuka, saya memerhatikan seorang peminta sedekah sedang bergerak dari meja ke meja. Peminta sedekah lelaki dalam usia 60 an itu membawa sebiji gelas bekas minuman. Ramai juga yang memasukkan wang ke dalam bekas tersebut. Saya nampak ada banyak juga wang kertas seringgit. Sungguh pemurah orang kita.

Nasi ayam dan Hot Wheels Car TESCO


Nasi ayam..nasi ayam... Hari ni kita makan nasi ayam kat TESCO Kota Bharu. Apa istimewa sangat nasi ayam ni? Istimewanya kena beratur dulu sebab setiap kali saya nak beli, mesti ramai orang..hehe.. Rasanya boleh tahan juga lah..cuma saya suka makan Lemon Chicken Rice. Harga sepinggan RM 5.30, Kalau tengah lapar tak digalakkan makan nasi ayam ni..sebab macam tak cukup jer sepinggan.

Anak dapat Hadiah, bapa belanja KFC


Berakhirnya sesi persekolahan bagi setiap tahun, banyak sekolah rendah mengadakan majlis penyampaian hadiah. Tahun ni juga saya berpeluang menghadiri Hari Ucapan dan Anugerah Cemerlang di SK Wakaf Stan. Alhamdulillah, Imdad menerima hadiah bagi pencapaian tempat pertama bagi keseluruhan kelas tahun 4, manakala Ardini mendapat hadiah terbaik bagi mata pelajaran sains bagi keseluruhan kelas tahun 1.

Wednesday, November 18, 2015

Konvokesyen USM 2015


Tahniah...tahniah..! kepada 2 orang anak sepupu saya, Shahida dan Farhana yang menerima ijazah sarjana muda Perubatan, USM. Upacara konvokesyen  ke-52 berlangsung di USM Pulau Pinang bermula 17 hingga 21 November 2015. Semua ahli keluarga mengucapkan tahniah dan berbangga atas kejayaan anda berdua. Sekarang dah bergelar doktor yer!

22 CPUV sedang on going



Lama tak buat entri pasal CPUV daripada Nuffnang di blog KM7 ni. Jom saya tayangkan CPUV yang tengah berjalan atau on going buat masa ini. Alhamdulillah ada  22 campaign yer. Terima kasih yang tak terhingga buat pihak Nuffnang dan pengiklan yang sudi memilih blog KM7 ini untuk mempromosikan produk mereka. 

Tuesday, November 17, 2015

Chicken Wraps menu malam ni


Dah makan ke belum? Jom tengok apa kami makan malam ni, disediakan sendiri oleh puan isteri. Hmm nampak sedap kan. Rasanya pun mestilah sedap juga. Apa ke nama menu ni saya pun tak tahu. Kita panggil Sweet sour chicken Wrap lah yer...haha Kalau  kat bungkusan tu ada disediakan menu Chicken Rendang Wrap. Kalau tak mahu bungkus ayam masak rendang, bungkus saja ayam masak apa-apa pun.

Anak siapa dapat 5A UPSR?


Tahniah! Tahniah!...Banyak betul ucapan tahniah hari ni...di mana-mana saja.. Itulah detik paling menggembirakan anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2015.  Bukan setakat anak-anak, ibu bapa , guru-guru dan orang kampung semua pun turut berbangga atas kejayaan anda. Berkat usaha dan kesungguhan selama ini telah mendapat hasilnya. Saya tumpang gembira saja sebab belum ada anak yang mengambil UPSR. Hehe...

Mini Zoo di rumah


Wah...bestnya kalau dapat buat mini zoo atau landskap taman macam ni kat rumah. Ada air mengalir, burung-burung dan rusa. Sungguh mendamaikan. Pagi-pagi sebelum ke tempat kerja boleh beri makan haiwan ni dulu..Realitinya, kena tengok bajet yer. Mesti banyak juga kos diperlukan. Satu lagi kena maintain penjagaan haiwan peliharaan. Kalau tak...mati kelaparanlah jawabnya..

Cukai Bandar MPKB RM 529.12


Alkisahnya saya terima surat merah ni. Bahaya ni...kalau dah warna pun merah. Hehe..Tengok pada kulit depan surat tu, dah dapat agak surat pasal apa. Kena bayar cukai bandar..huhu.. Rumah dalam kampung pun kena bayar cukai juga ker..Dahlah tak disediakan tong sampah kat dalam kampung ni....Nak buang sampah kena bawa sendiri ke jalan besar.. Lampu jalan pun saya bayar sendiri kepada TNB. 

Jumlah tertunggak tu sebanyak RM 529.12. Alahai...banyak juga tu nak kena bayar. Nak bayar ker tidak ni? Tengok dalam surat tu... BAYAR SEGERA, ELAKKAN HARTA ANDA DISITA.

Monday, November 16, 2015

Berapa kali mahu bilang sayang


"Sayang...saya sayang sayang.." Adoi....punyalah romantik habis ucapan begitu. Ada orang suka bagi ucapan begitu setiap hari mahupun setiap masa. Tak kurang juga ada yang geli telinga, sampai boleh membawa rasa loya. Hehe... Masing-masing ada keinginan berbeza. Kalau boleh, bukan sekadar ucapan dengan bibir mulut, nak juga ucapan melalui sms, whatsapp, twitter dan seangkatan dengannya. Dalam ruangan facebook pun ramai juga yang tujukan ucapan sebegitu kepada yang tersayang!

Antara Tok Janggut dan Power Rangers


Kalau sebut pasal Tok Janggut, berapa ramai yang betul-betul kenal dengan pejuang kemerdekaan ini? Ada yang kenal  mungkin hanya kenal pada nama saja.  Generasi baru lebih kenal Power Rangers, Doremon, Upin Ipin dan apa lagi...saya pun tak berapa tahu. Zaman saya dulu, Superman, Batman, dan Ultraman. Ultraman pun seorang saja. Sekarang dan berapa ramai geng ultraman tu! Hehe...

Siapa nak makan free?


Dah makan ker belum? Kalau belum...jom nak belanja makan! Wow...kalau hari-hari dengar macam tu kan best. Tapi macam tak logik jer kan. Mana ada orang nak belanja kita makan hari-hari. Kalau ada, maknanya orang tu tak berapa betul kot. Tapi manalah tahu....dunia hari ni macam-macam boleh berlaku kan.

Sunday, November 15, 2015

Batang Kelapa juga menjadi mangsa


Alahai sopan jer 2 beradik ni makan. Makan apa tu? Nampak macam sosej jer. Dahlah pakai baju sama, berbelang-belang. Imdad dan Sadiq, anak pertama dan ketiga saya. Eh mana yang seorang lagi tu? Tak join sekali ker? mana boleh tinggal, ada juga ni....

Saturday, November 14, 2015

Kenapa Saya Menangis


"Orang lelaki menangis? Ehhh...malu lah". Biasa kita dengar ungkapan tu kan! Kenapa yer...adakah menangis tu untuk orang perempuan saja? Saya rasa sesiapa pun boleh dan berhak menangis. Cuma situasi dan tempat mungkin berbeza.

Kejadian Tanah Runtuh: Salah Siapa?



Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Kilometer 52.4 Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak berhampiran Lentang memberi peringatan kepada semua perihal pentingnya mengambil kira isu alam sekitar. Ketika sibuk dengan urusan pembangunan dan kemajuan negara, alam sekitar tidak boleh dipandang mudah.

Friday, November 13, 2015

Amalan Membaca: Apa Peranan Ibu bapa?



Membaca bukanlah asing bagi kita semua. Sejak kecil lagi kita diajar supaya pandai membaca. Sungguh seronok apabila pandai membaca, dari buku cerita sehinggalah menelaah pelbagai buku untuk menghadapi peperiksaan. Tapi kenapa kebolehan membaca ini tidak  dijadikan sebagai hobi sebilangan besar remaja? Saya berani mengatakan kebanyakan remaja dan belia hari ini tidak gemar membaca buku terutamanya buku bercorak ilmiah. Mereka lebih suka menghabiskan sebahagian besar masa lapang  dengan gajet.

Kertok



Masa kecil-kecil dulu, saya kenal kertok hanya dipalu di madrasah kat kampung setiap kali masuk waktu solat. Nak palu kertok pun ada cara dan rentaknya supaya menghasilkan bunyi yang sedap didengar. Zaman sekarang rasanya kertok sudah tidak ada lagi di madrasah. Generasi whatsapp sekarang mana ada kenal dengan kertok ni!

Thursday, November 12, 2015

Jom berbuat Kebaikan


Berbuat baik berpada-pada, berbuat jahat jangan sekali. Kita digalakkan untuk melakukan kebaikan sesama makhluk, dan tidak sekali-kali cuba membuat kejahatan. Biarpun begitu saranannya, tidak semua orang mengambil pengajarannya kerana di sana-sini kejahatan semakin berleluasa seiring dengan kepesatan pembangunan negara.

Tuesday, November 10, 2015

Pisang Ajaib di Kelantan


Kekuasaan Allah...pokok pisang yang pernah ditebang sebelum berbuah, kini mengeluarkan tandan buah di batangnya. Ajaibnya, biarpun dah lama ditebang, tanpa berdaun masih boleh berbuah dan tandan buahnya menghala ke atas, ke arah batang yang ditebang (tangan saya dalam foto di atas).

Bunga raya 2 tingkat



Teruja betul tengok bunga raya kat laman rumah yang first time berbunga! Cantik... dengan 2 lapisan bunganya. Macam-macamlah bunga raya zaman sekarang. Kalau dulu setingkat jer bunganya. Masa saya beli pokok ni, tak tahu pula spesis bunganya  2 tingkat. Kira berbaloilah beli pokok bunga raya ni.. Pokok masih kecil dahpun berbunga. Dahlah bunganya 2 tingkat, warnanya pun cantik.

Orang Kita : Kalau bersedekah...



Orang kita kalau pasal bersedekah...

1. Mesti nampak wang, tak kiralah ringgit ker, rupiah ker, dollar ker.. Satu lagi nak bersedekah mesti kena ada banyak wang atau kaya. Sebab itulah bagi yang kurang berduit sering memberi alasan tak mampu untuk bersedekah. Padahal bersedekah ni bukan dalam bentuk wang saja. Tenaga, buah fikiran dan senyum juga satu sedekah!

Monday, November 9, 2015

Mangkuk Julie's edisi terhad


Mangkuk purple yang cantik ni menambahkan lagi koleksi free gift saya. Saya dapat mangkuk ni dengan membeli biskut Julie's dalam tin yang berharga RM 12.90. Beli biskut  sebab nak mangkuk! haha... Edisi terhad..sesiapa yang berminat untuk membuat koleksi...sila dapatkan segera sebelum kehabisan stok.

Sunday, November 8, 2015

Tok Janggut, Al-Fateh & Firaun di Muzium Kelantan



Satu pameran yang menggabungkan 3 watak penting buat julung kalinya diadakan di Muzium Negeri Kelantan tahun ini. Pengunjung berpeluang mengenali dengan lebih dekat lagi Tok Janggut, Sultan Muhammad Al-Fateh dan Firaun. Kepada warga Kelantan, juga anda dari luar Kelantan, jangan lepaskan peluang untuk datang ke pameran ini bermula 20 Oktober 2015 hingga 31 Januari 2016. Tiket masuk sebanyak RM 5 bagi dewasa, RM 3 bagi kanak-kanak dan RM 2 bagi pelajar/sahabat muzium. Waktu pameran dibuka, Ahad hingga Khamis jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang, manakala Jumaat dan Sabtu 8.30 pagi hingga 10.00 malam.

Friday, November 6, 2015

Gubahan Bunga untuk Meja Makan


Bunga hiasan penting juga untuk menceriakan ruang dalaman rumah. Kalau kena caranya, gubahan bunga akan nampak cantik. Sebaliknya kalau salah gubah, menyakitkan mata saja. Sebab itulah ramai yang memilih untuk membeli gubahan bunga yang dah siap. Pilih, bayar, bawa balik dan boleh diletakkan di tempat yang dikehendaki. Senang kan! Bagaimanapun kalau bunga tu digubah sendiri, kepuasannya lagi tinggi. Kita boleh gubah mengikut cita rasa, juga kesesuaian dengan dekorasi rumah sendiri. Entri kali ini saya kongsikan gubahan bunga yang dihasilkan oleh puan isteri saya.

Thursday, November 5, 2015

Redzwan's Beach Resort, Melawi


Redzwan's Beach Resort terletak di kampung Rekang, Melawi, Bachok Kelantan. Resort yang sesuai untuk percutian keluarga mahupun sebarang aktiviti yang melibatkan  ramai peserta seperti kem motivasi untuk pelajar sekolah. Selain bilik yang selesa, turut disediakan dewan yang boleh memuatkan lebih 100 peserta pada satu-satu masa.

Wednesday, November 4, 2015

Bazar Malaysia Riyadh


Berjauhan dengan tanah air, mengundang kerinduan terhadap keluarga, sahabat handai, juga makanan Malaysia! Jadi bagi mengubat kerinduan tersebut, warga Malaysia di Riyadh, Saudi Arabia telah menganjurkan Bazar Malaysia di Riyadh baru-baru ini. Aktiviti sebegini dapat mengeratkan hubungan semua rakyat Malaysia yang menetap di Arab Saudi. Juga memberi peluang untuk menikmati masakan Malaysia biarpun jauh dari bumi tercinta.

Monday, November 2, 2015

Hari Pertama SPM 2015


Hari ini secara rasminya bermulalah peperiksaan SPM. Pelbagai rasa pada hari pertama.... ada yang berdebar, gementar, dan sebagainya. Tabahkan hati, kuatkan semangat. Inilah masanya untuk membuktikan kepada semua...kejayaan pasti milik anda!