Sebelum berakhir tahun 2016, sempatlah juga kami pergi bercuti. Bukan jauh pun, cuma di Cherating, Pahang. Dalam cuaca yang tidak menentu, hujan sana sini, akhirnya sampai juga ke sini buat pertama kalinya. Resort penginapan kami ialah Sanctuary Resort Cherating. Resort berkonsepkan apartmen ini cukup selesa untuk percutian bersama keluarga. Tidak hairanlah resort ini juga turut menjadi pilihan untuk pelbagai aktiviti secara berkumpulan seperti hari keluarga, kem motivasi, juga sebarang kursus.
Tuesday, December 27, 2016
Tuesday, December 20, 2016
Padel Boat @ Pusat Rekreasi Pantai Sri 7
Sekian lama tidak ke Pantai Sri Tujuh, kali ini saya ke sana, bawa anak-anak. Pada awalnya kami hanya ingin meninjau keadaan pantai, dengan kata lain, jalan-jalan tengok pantai. Maklumlah keadaan cuaca tidak menentu, sekejap hujan sekejap panas. Nampak padel boat dekat Pusat Rekreasi Pantai Sri 7, anak-anak apalagi... nak naik benda tu! Kebetulan cuaca pada masa tersebut mendung saja, jadi kami pun mencuba padel boat ini.
Saturday, December 17, 2016
Western Food di Bro Din Station, Ketereh
Seminggu dua ini viral juga di FB pasal pembukaan restoran baharu, Bro Din Station di Ketereh, Kelantan. Biarpun jarak dari rumah saya untuk ke sana mengambil masa setengah jam juga, tapi keinginan untuk mencuba, telah membawa kami ke sini. Alhamdulillah, sampai juga kami ke Bro Din Station, Ketereh. Restoran merah berkonsep terbuka ini terletak di sebelah kanan jalan, kalau anda dari Melor menghala ke Ketereh, (sebelum lampu isyarat pekan Ketereh). Dibuka bermula jam 5 petang hingga 1 pagi, menawarkan pelbagai menu, western dan masakan tempatan. Harga yang ditawarkan memang berpatutan dan semestinya sedap!
Wednesday, December 14, 2016
Hari Keluarga di Pantai Bukit Keluang, Terengganu
Bukan senang untuk berkumpul semua ahli keluarga pada satu-satu masa. Alhamdulillah kami dapat berkumpul lengkap satu keluarga baru-baru ini di Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Aktiviti santai seperti makan-makan, mandi-manda dan main-main bermula dari pagi hingga petang. Seronok juga dapat melupakan sejenak masalah dunia dengan bersantai bersama keluarga di samping melihat keindahan pantai Bukit Keluang. Pemandangan di sini sangat cantik, sesuai bagi mereka yang ingin menghayati kecantikan alam, mahupun mengabadikannya dalam kamera dan telefon pintar masing-masing. Entri ini saya kongsikan sebahagian foto untuk kenangan kami sekeluarga.
Monday, December 12, 2016
Beli Pasir untuk Tandas Kucing
Ada yang bertanya saya nak buat apa beli pasir selori?(opsss bukan selori yang besar tu, cuma anak lori saja). Serba salah juga nak beritahu. Maklumlah, bukan ada projek renovation rumah pun. Sebenarnya pasir itu untuk dijadikan tandas bagi 2 ekor kucing peliharaan kami, Haha... Sebelum ini kami gunakan pasir khas sebagai tandas kucing. Sekarang kucing-kucing itu semakin besar. Jadi eloklah disediakan tandas terbuka untuknya. Sekurang-kurangnya saya tak perlu lagi membersihkan najis kucing setiap pagi dan petang dalam pasir khas sebelum ini.
'Bekwoh' Shikin & Fazlan
Setiap kali cuti sekolah, mesti ramai yang melangsungkan perkahwinan. Senanglah saudara mara jauh dekat untuk datang berkunjung. Entri kali ini saya paparkan satu lagi majlis kesyukuran perkahwinan anak saudara kami, Shikin dengan pasangannya Fazlan. Majlis di Melor, Kelantan ini berlangsung dengan meriah dengan kehadiran keluarga terdekat dan para jemputan. Selamat Pengantin baru buat Shikin dan Fazlan. Semoga berbahagia selamanya.
Wednesday, December 7, 2016
Gigih Memotong Rumput agar Halaman Nampak Kemas
Setelah berpenat lelah selama 2 hari inilah hasilnya! Gigih saya usahakan memotong rumput dalam cuaca yang tidak menentu, sekejap hujan, mendung dan adakalanya panas terik. Semata-mata ingin melihat halaman yang kemas, akhirnya berbaloi juga. Kalau sebelum ini, padang depan rumah tu tak sempat nak tengok keseluruhannya kemas. Maklumlah, satu kawasan berumput pendek, kawasan lain panjang pula! Oh ya, kenapa ambil masa lama sangat potong rumput? memang lambat sebab saya guna tenaga empat kerat seorang diri untuk keseluruhan kawasan.
Tuesday, November 29, 2016
Wajah Ceria Selesai Menduduki SPM 2016
Kegembiraan dan keceriaan jelas tergambar pada wajah setiap calon SPM 2016 yang telah selesai menduduki kertas terakhir bagi SPM tahun ini. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Pengorbanan, usaha dan penat lelah hampir 2 tahun persediaan menghadapi SPM akhirnya tiba pada noktahnya. Saya sempat berkongsi kegembiraan berakhirnya peperiksaan SPM bersama calon SPM 2016 ini melalui paparan foto-foto berikut. Biarlah gambar yang menceritakan segalanya....
Monday, November 28, 2016
2 Beradik Merindui Ibunya
Sejak dilahirkan 3 bulan yang lepas, kami tidak kenal pun siapa bapa kami. Apapun, kami cukup bertuah kerana mempunyai ibu yang sangat penyayang. Sentiasa membelai, menjaga dan menyusukan kami seadanya. Sejak berpindah tuan dan rumah sebulan yang lepas, ibu turut dibawa bersama. Nasib kami memang baik kerana tidak dipisahkan. Tapi hari ini, segalanya berubah, ibu telah pergi buat selamanya...
Thursday, November 24, 2016
Trend Menu Jamuan Akhir Tahun Sekolah Sekarang
Masa saya jadi budak sekolah tahun 80an dan 90an dulu, kalau jamuan akhir tahun mesti ada mee atau bihun goreng. Ditambah dengan agar-agar kosong warna merah, hijau dan kuning. Air pula, sirap atau oren sahaja. Tapi budak-budak sekolah sekarang, jamuan akhir tahun mereka siap dengan kek, pizza, sate dan chicken chop. Air pula pelbagai perisa bersama puding dan cocktail. Hmmm berbeza sungguh. Apapun terima kasih kepada kelas 4 IR 2016 yang menjemput saya ke jamuan akhir tahun kelas mereka. Semua menu yang disediakan itu sedap belaka! Tahniah kepada semua yang berjaya mengadakan jamuan ini.
Wednesday, November 23, 2016
Selamat Bersara Tuan PKP SMKAM
Selamat bersara buat Tuan PKP SMKAM, Tn Hj Ibrahim b Draman. Majlis Sulaman Kasih Sanjungan Budi yang berlangsung hari ini biarpun sederhana tetapi meriah. Hampir 5 tahun di SMKAM, banyak jasa dan sumbangan PKP terhadap sekolah ini. Semoga tuan PKP sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga. Sebagai titipan kenangan sepanjang majlis, saya selitkan gambar-gambar koleksi peribadi yang sempat dirakam tadi.
Tuesday, November 22, 2016
Jamuan Kelas 4 Perakaunan 2016
Sesi persekolahan 2016 sudah hampir ke penghujungnya. Maka banyaklah jamuan diadakan sebagai jamuan akhir tahun kelas. Hari ini saya sempat menghadiri jamuan akhir tahun bagi tingkatan 4 Perakaunan. Terima kasih atas jemputan! Banyak menu yang disediakan seperti nasi ayam, pizza, kek dan sebagainya, tak perlu rasanya saya catat semuanya di sini. Haha... Jom tengok gambar kenangan..
Monday, November 7, 2016
Debaran SPM 2016 baru bermula
Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Penuh debaran dan persoalan menduduki peperiksaan SPM pada hari pertama. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan teratur. Semoga apa yang telah diusahakan hampir dua tahun ini akan membuahkan hasil yang diharap-harapkan. Segala penat lelah usaha semua pihak tidak kira siang dan malam diterjemahkan dalam dewan Al Ghazali yang menjadi saksi kejayaan cemerlang anak-anak SMKAM saban tahun.
Friday, November 4, 2016
Kota Bharu Street Art
Satu lagi tarikan di bandar kota Bharu yang tidak wajar dilepaskan peluang oleh pelancong luar Kelantan ialah Kota Bharu Street Art. Mungkin ada dalam kalangan warga Kelantan sendiri yang belum menjejakkan kaki ke sini. Saya sendiri pun baru hari ini berkesempatan melihat hasil seni yang kreatif dan penuh makna tersirat ini. Lokasi Kota Bharu Street Art ini ialah di Medan Ilmu, berhampiran bulatan besar di bandar Kota Bharu.
Monday, October 31, 2016
Let's Go With Me 2016 di Kota Bharu
Pengalaman berjalan bersama sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V adalah sesuatu yang istimewa dan tidak wajar dilepaskan peluang. Justeru, saya turut serta dalam acara Let's Go With Me edisi 2016 yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan. Berjalan beramai-ramai pada waktu malam sejauh 7 km bersama-sama 21 000 orang peserta memang menyeronokkan dan hampir tidak terasa kepenatannya. Tidak dinafikan, acara sebegini dapat mengeratkan hubungan antara semua peserta dari pelbagai jabatan, agensi mahupun orang perseorangan. Berikut koleksi foto kenangan sepanjang acara berlangsung.
Saturday, October 29, 2016
Abadikan Kenangan di Delldash Booth
Foto kenangan kami sekeluarga ketika berkunjung ke Festival Industri Kreatif Kelantan di Dataran Astaka, Stadium Sultan Muhammad IV. Dengan hanya membayar RM3 untuk sekeping gambar di DellDash booth, itulah hasilnya. Seronok bergambar bersama keluarga dengan mengenakan prop yang disediakan. Ada 2 pilihan gambar dengan harga yang sama, iaitu 2X6 inci dan 4X6 inci(4R). Saya rasa harga RM3 sekeping itu memang berpatutan. DellDash booth ini pakar dalam menyediakan perkhidmatan photobooth. Macam-macam acara boleh menggunakan perkhidmatan ini, seperti perkahwinan, majlis hari jadi, reunion sekolah atau kolej, dan banyak lagi.
Friday, October 28, 2016
Makan Sampai Kenyang @ Hotel Perdana Kota Bharu
Alhamdulillah, kenyang makan malam ini. hehe. Konsep makan sampai kenyang memang menarik bagi mereka yang dapat menghabiskan sejumlah makanan dalam satu-satu masa. Bagi yang diet atau memilih makanan tertentu sahaja, tengok sajalah yer menu yang pelbagai ini. Malam tadi saya sempat menghadiri jamuan akhir tahun, Majlis Jalinan Kasih, Kelab Guru dan Staf 2016 di Hotel Perdana, Kota Bharu. Kelainan tahun ini, makan malam secara buffet. Pilih sahaja menu yang digemari. Bermula dengan nasi dengan pelbagai lauk, sehinggalah pencuci mulut dengan pelbagai rasa juga!
Monday, October 24, 2016
Jom Main Air di Marina Water Park, Kelantan
Satu lagi tarikan di Kota Bharu Kelantan ialah Marina Water Park. Lokasinya yang strategik terletak di tepi jalan utama dari bandar Kota Bharu ke Wakaf Che Yeh, memudahkan pengunjung untuk ke sini. Biarpun tidak setanding Gambang Water Park, Bukit Merah Water Park dan lain-lain Water Park di negara kita, ia cukup bermakna terutamanya bagi kanak-kanak yang ingin bermain air di sekitar Kota Bharu ini. Jadi ibu bapa tidak perlu menghabiskan masa untuk perjalanan jauh ke tempat-tempat lain kalau sekadar ingin bermain air.
Saturday, October 22, 2016
Akok Padang Enggang dibakar Menggunakan Arang
Suka makan akok? Tak perlu tunggu bulan puasa untuk menikmati akok. Kalau di Kelantan, akok boleh didapati bila-bila masa sahaja. Jom saya perkenalkan akok istimewa dan popular di Kota Bharu, Akok Padang Enggang, sempena nama tempat iaitu Padang Enggang. Istimewanya akok ini, dibakar menggunakan arang sepenuhnya. Selain rasanya yang sedap, akok ini juga bersaiz besar dan tebal. Harganya cuma RM 1 bagi dua biji. Kerap juga saya membeli akok Padang Enggang ini. Memang puas hati dapat makan akok panas-panas.
Thursday, October 20, 2016
Berskuter Kayu di Banaue Philippines
Jom berkongsi rancangan tv kegemaran saya, GO ASEAN di channel 737 Astro iaitu rancangan Go Fast or Go Home. Kali ini kita saksikan skuter daripada kayu di Banaue, Filipina. Sungguh kreatif mereka mencipta skuter yang boleh dipandu tanpa menggunakan petrol. Skuter yang dicipta terdiri daripada pelbagai model haiwan seperti singa, harimau, buaya dan lain-lain. Kegunaan skuter ini lebih kepada aktiviti tarikan pelancong, bukannya untuk kegunaan untuk ke tempat kerja. Jom saksikan foto yang sempat dirakam melalui kaca tv di rumah!
Wednesday, October 19, 2016
Nasi Netup Kak Ku memang Meletup
Pertama kali tengok nama kedai ini, sudah ada kelainannya. Terbaca publisiti tentangnya dalam FB, maka saya telah ke sana untuk melihat dengan lebih dekat kedai ini, seterusnya merasa sendiri menu nasi berlauk yang diviralkan itu. "Netup" dalam loghat Kelantan yang sama maksudnya dengan meletup atau meletop! Dengan kata lain, nasi yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan penggemar nasi berlauk. Di Kelantan, nasi berlauk seolah-olah menjadi menu wajib setiap pagi untuk bersarapan. Jom kita tinjau kedai nasi Netup Kak Ku ini.
Friday, October 14, 2016
Baik Buruk Penggunaan Internet
Memiliki telefon pintar dengan kemudahan internet seolah-olah menjadi keperluan dalam dunia hari ini. Perhatikan di mana-mana dan bila-bila masa sahaja masyarakat kita akan membelek-belek telefon bimbit mereka sekalipun berada di tempat awam mahupun sedang makan bersama keluarga di restoran! Apakah kemudahan internet ini bakal melahirkan satu generasi yang hanya pandai berinteraksi secara maya tanpa mengendahkan persekitaran realiti mereka? Sebagai generasi yang pernah berada dalam dua zaman berbeza ini, saya terpanggil untuk melontarkan sedikit idea sekadar renungan bersama.
Bunga Raya dan Taman Mini di Rumah
Masa beli pokok bunga raya ini saya tak tahu pun warna dan bentuk bunganya. Sajalah tak mahu tahu sebab nak buat kejutan untuk diri sendiri. Haha.... Tunggu punya tunggu akhirnya berputik dan mengeluarkan bunga sulung seperti dalam gambar. Boleh tahan juga, saya suka! Spesis bunga raya memang ekslusif sebab kuntuman yang mekar hanya kekal untuk sehari sahaja. Esok dan hari seterusnya kena tunggu kuntuman baru pula. Apapun pokok bunga raya ini turut menghiasi taman mini di rumah kami. Huhu... tamanlah sangat! Jom tengok...
Tuesday, October 11, 2016
Ikan Keli dalam Sangkar di Rumah
Menternak ikan keli dalam sangkar bukan lagi sebagai hobi. Sebaliknya boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan jika kena caranya. Baru-baru ini saya dan keluarga sempat berkunjung ke rumah Puan Rubaidah di Pasir Putih, Kelantan untuk melihat dengan lebih dekat ternakan ikan keli dalam sangkar. Begitu seronok anak-anak dapat melihat dan memberi makan ikan-ikan keli dengan lebih dekat. Kalau dipandang dari jauh mungkin kita tidak menyangka di dalam sangkar-sangkar tersebut terdapat beribu-ribu ekor ikan keli pelbagai saiz. Tuan rumah sering menerima banyak tempahan ikan keli sama ada dari kedai-kedai makan berdekatan mahupun orang perseorangan.
Monday, October 10, 2016
Ini Rupanya Buah Bidara
Teruja juga tengok pokok bidara yang ditanam di tepi rumah sudah berbuah. Saiz buahnya lebih besar berbanding dengan bidara jeruk yang dibeli di pasaran. Sekali pandang nampak macam buah epal hijau. Cuma saiznya kecil sedikit berbanding epal hijau. Hari ini kami sempat merasa buah bidara sulung. Sedap juga rasanya, rangup macam epal! Biarpun cuma sepohon, Alhamdulillah dapat juga melihat dan merasa hasilnya.
Thursday, October 6, 2016
Selamat Berpisah Papa Lie
Akhirnya berpisah jua.... demi tugas! Selama hampir 11 tahun menjadi rakan sekerja, bukan sedikit kenangan yang kita bina bersama. Suka duka mendidik anak bangsa demi sebuah kejayaan yang didambakan, akhirnya terhenti di sini. Apapun ini bukan pengakhiran sebuah cerita selagi masih bergelar pendidik. Mulakan perjuangan di tempat baharu dengan situasi yang berbeza. Tahniah buat bekas rakan sekerja, Tn Hj Ghazali, atau lebih mesra dalam kalangan pelajar dengan gelaran papa atas kenaikan pangkat sebagai Guru Kanan Bahasa. Semoga bintang ini terus bersinar di sekolah baharu.
Monday, October 3, 2016
Mufti Kerajaan Kelantan dan Solat Hajat di SMKAM
Solat hajat di padang sekolah dengan diimamkan oleh Dato' Mufti Negeri Kelantan, semestinya akan terpahat di ingatan oleh calon-calon PT3 dan SPM 2016 SMKAM. Kehadiran ibu bapa pelajar PT3 dan SPM, juga semua guru, staf dan pelajar sekolah dalam program ini memberi impak yang besar terhadap motivasi kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Majlis Solat Hajat Perdana PT3 dan SPM 2016 ini sangat istimewa dengan kehadiran Dato' Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan.
Sunday, October 2, 2016
Durian Monthong di Halaman Rumah
Durian Monthong, sangat popular akhir-akhir ini. Keunikan dan keistimewaannya menjadi trending dalam kalangan masyarakat kita untuk menanamnya. Harganya pun tidaklah semahal di awal kemunculannya dulu. Ramai juga yang mengambil kesempatan membuat bisnes jualan pokok ini. Sempena 1 Muharram 1438H ini, saya juga mengambil kesempatan untuk menanam 2 batang pokok durian Monthong. Tanam depan rumah lagi ni. Hehe... Sila abaikan hutan rimba di sekitar tempat penanaman pokok itu. Haha...
Friday, September 30, 2016
Pemilihan Jenama Produk yang Meminggirkan Bahasa Melayu
Pelbagai jenama kosmetik, tudung, makanan atau minuman kesihatan dan sebagainya muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan di negara kita. Kebaikannya, pengguna mempunyai banyak pilihan. Dalam entri ini saya cuba menyentuh tentang pemilihan sesuatu jenama untuk menarik perhatian pengguna. Semestinya setiap pemilik jenama inginkan kelainan dari segi nama produk mereka. Jadi tidak hairanlah muncul nama-nama produk yang seakan-akan diambil dan diubahsuai daripada perkataan tertentu yang sedia ada.
Wednesday, September 28, 2016
Burung Hantu dan Seni Felt
Comel dan ada gaya tarikan tersendiri seni felt ini. Apatah lagi kalau kraf yang dihasilkan itu ada kelainannya. Burung hantu pun nampak cantik kalau kena caranya. Entri ini saya paparkan antara koleksi seni felt hasil kerja tangan warga tempatan Kelantan, Ummi Felt & Craft Supplies. Jom cuci mata tengok antara hasil kreativiti mereka.
Tuesday, September 27, 2016
Kenapa dipotong Bucida ini?
Amboi... nak tunjuk rajin ker tu? Haha.. takde lah rajin sangat, sekadar nak bagi nampak cantik sikit pokok kat depan rumah ni. kalau berserabut, nanti fikiran kita juga turut berserabut. Alkisahnya, pokok bucida atau pokok doa di halaman rumah kami semakin membesar dan daunnya semakin merimbun. Jadi dahan yang dirasakan tidak perlu itu saya potong saja!
Monday, September 26, 2016
Lawak lagikah Majalah Ujang?
Lama betul tak membaca majalah Ujang. Masa sekolah dulu-dulu ada juga saya membeli majalah Ujang ini. Zaman itu mana ada whatsapp dan segala media sosial macam sekarang. Majalah inilah yang menjadi penghibur pada era 80an dan 90an dulu. Sampai sekarang majalah Ujang masih wujud, cuma ada cerita-cerita tertentu sudah ditamatkan episodnya. Saya rasa tahap 'kelawakan' majalah Ujang sekarang tidak dapat menandingi 'kelawakan' majalah Ujang dulu-dulu. Mungkin faktor umur saya yang semakin meningkat kot. hehe... Apapun semasa Pesta Buku di Kota Bharu baru-baru ini saya sempat membeli beberapa koleksi Majalah Ujang dengan harga istimewa.
Friday, September 23, 2016
Kempen Makan Buah-buahan Tempatan : Ada Pengunjung Kecewa
Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan di RTC Kota Bharu hari ini sangat bagus dan wajar diadakan. Saya yang tak pernah menyertai kempen makan buah secara sedemikian pun turut serta dalam kempen ini, untuk mengalami sendiri pengalaman makan beramai-ramai buah-buahan tempatan. Peserta dewasa perlu membayar RM5 seorang dan kanak-kanak di bawah 17 tahun masuk percuma. Memang berbaloi bagi mereka yang membawa anak-anak yang ramai! Banyak juga kedengaran rasa tidak puas hati dalam kalangan pengunjung. Kenapa?
Wednesday, September 21, 2016
Pokok ini Berharga RM500
Pertama kali tengok sudah berkenan. Adakah ini cinta pandang pertama? Haha...sila jangan gelakkan saya. Sebetulnya pokok dalam gambar di atas itu memang cantik. Teringin juga nak beli tapi macam tak mampu saja. Harganya cuma RM500 sepokok! Ada yang berani beli? Bukan apa, bimbang juga nak beli, takut pokok itu tak panjang umur apabila berada di rumah saya Kalau orang lain mungkin boleh kot. Pokok cantik ini ada di kedai pokok bunga hiasan yang saya selalu kunjungi iaitu Kedai Bunga Kak Ma, di Peringat, daerah Kota Bharu ini juga. Jom cuci mata tengok pokok-pokok lain di kedai tersebut.
Monday, September 19, 2016
Sup Perut Lembu dan Aidiladha
Sup perut lembu? Menu biasa yang menjadi kegemaran sesetengah orang. Setiap kali tibanya hari raya Aidiladha, menu ini pasti tidak dilupakan. Bagi yang tidak berkesempatan merasai sup perut lembu muda sepanjang sambutan Aidiladha, kempunanlah agaknya! hehe... Biasanya perut lembu ini dimasak sebagai sup mahupun untuk dimakan atau dicicah dengan air asam. Biarpun apa jenis masakan berasaskan perut lembu, sedap dan menyelerakan, tapi saya masih tak boleh makan perut lembu. Hehe... Jom saksikan koleksi gambar ibadah korban di pagi Aidiladha baru-baru ini.
Wednesday, September 14, 2016
Promosi Harga Runtuh Cadar Patchwork
Bosan tengok cadar lama? Jom tukar yang baharu. Sekarang ada promosi cadar patchwork di kedai Kak Ha, Kg Padang Salim, Peringat, Kelantan. Saya baru saja ke sana tadi, boleh pilih mana yang berkenan dan bawa pulang! Entri pasal cadar patchwork ini sekadar berkongsi makluman tentang promosi harga runtuh selama 3 hari sahaja iaitu 14, 15 dan 16 September 2016. Harga satu set cadar biasa (3 pcs) cuma RM85. (Saya pernah beli cadar yang sama sebelum ini dengan harga RM 120 - RM 130). Jadi memang tak lepaskan peluang ini!
Saturday, September 10, 2016
Kenangan Semalam di Restoran Syam
Jamuan PERTIMA edisi 2016 telah diadakan di Restoran Syam, Kota Bharu. Majlis yang melibatkan semua pelajar tingkatan 5 tahun 2016, para pentadbir dan guru-guru SMKAM, berlangsung dengan meriah dan penuh nostalgia. Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak terutamanya PERTIMA 16 yang berjaya merealisasikan majlis bermakna ini. Simpanlah segala suka duka memori bersama selama 5 tahun di bumi SMKAM. Patah tumbuh hilang berganti, namun yang berganti itu tidak mungkin menyamai yang telah pergi.
Saturday, September 3, 2016
Euro Fun Park kini di Kota Bharu
Kini warga Kelantan khasnya di Kota Bharu berpeluang merasai peluang bergembira bersama keluarga di Euro Fun Park. Bertempat di RTC Kelantan di Kota Bharu, pelbagai permainan menyeronokkan disediakan. Dibuka bermula jam 7 petang hingga 12 tengah malam dengan bayaran tiket masuk sebanyak RM 4 bagi dewasa dan RM 2 bagi kanak-kanak. Untuk menyertai setiap permainan yang disediakan, kita perlu membeli token di kaunter token. Satu token bernilai RM 2. Kebanyakan permainan memerlukan sebanyak 3 hingga 4 token setiap orang. Yang paling mahal kalau tak silap saya, 8 token seorang!. Maaf, saya tidak pasti tarikh akhir ia akan beroperasi di sini. Dalam entri ini saya paparkan beberapa foto yang sempat dirakam.
Wednesday, August 31, 2016
Sehati Sejiwa Mengisi Kemerdekaan
Salam Kemerdekaan, Sehati Sejiwa sempena sambutan hari kebangsaan bagi tahun 2016. Sedar atau tidak, sudah 59 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Satu jangkamasa yang saya kira tidaklah terlalu lama berbanding dengan tempoh masa negara kita dijajah dahulu. Ayuh generasi muda, kuatkan semangat, sematkan tekad bahawa andalah pewaris dan penentu hala tuju negara. Sambutan pelancaran Bulan Kebangsaan di semua sekolah diharapkan dapat membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan semua warga sekolah, khasnya pelajar. Bersama-sama kita kenangkan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan negara dan jerit-perih nenek moyang kita dahulu berhadapan dengan bangsa penjajah.
Wednesday, August 24, 2016
Kerusi Urut OGAWA untuk Melegakan Belakang dan Leher
Rasa lenguh-lenguh badan? Sekarang ada kerusi urut yang boleh memberi urutan belakang, bahu dan leher pada satu masa. Ciptaan terbaharu OGAWA ini telah menarik perhatian saya untuk membelinya. Cara penggunaannya pun senang, selain mudah alih untuk diletakkan di mana-mana sahaja untuk keselesaan pengguna. Mobile Seat NE ini didatangkan dengan beberapa fungsi urutan, seolah-olah belakang sedang diurut oleh tukang urut. Paling saya suka, fungsi urutan pada bahagian leher. Terasa kelegaan dan kesegaran badan setelah membuat beberapa sesi urutan.
Saturday, August 20, 2016
Zoo Mini di rumah Kediaman
Berkunjung ke rumah seorang rakan sekerja baru-baru ini telah memberi satu gambaran tentang hobi memelihara binatang ternakan. Berada di kawasan kediamannya seolah-olah berada di sebuah zoo mini. Pelbagai spesis burung, ayam, itik, serati, angsa, kambing hinggalah kepada monyet. Wah! meriah betul. Inilah yang dikatakan minat atau hobi memelihara binatang. Meluangkan masa bersama binatang ternakan seolah-olah satu terapi, boleh melupakan sejenak permasalahan kerja. Nampak mudah tapi hobi ini memerlukan komitmen yang tinggi khususnya dalam aspek penjagaan makanan, minuman dan kesihatan binatang ternakan. Bukan semua orang boleh melakukannya. Kalau ada minat sekadar hangat-hangat tahi ayam, baik fikirkan semula hobi ini. Jom tengok beberapa koleksi foto yang sempat saya rakam.
Wednesday, August 17, 2016
Pasar Sampul Raya
Setiap orang memiliki hobi tersendiri. Hobi mengumpul Sampul Duit Raya (SDR) semakin berkembang dan diminati. Saya sendiri pun sudah mula meminati hobi mengumpul SDR ini. Bagi penggemar SDR, salah satu group popular yang menjadi tumpuan ialah Public Group dalam facebook dengan nama Pasar Sampul Raya. Di sini terdapat aktiviti jual beli SDR. Aktiviti secara atas talian ini memang seronok. Kita boleh memilih SDR yang dikehendaki, kemudian membuat pembayaran secara atas talian dengan transfer sejumlah harga yang dipersetujui ke akaun penjual. Mereka akan poskan SDR tersebut sama ada menggunakan pos berdaftar mahupun pos biasa. Sebagai contoh, gambar-gambar berikut saya ambil daripada group tersebut.
Tuesday, August 9, 2016
Damai Menyegarkan di Cameron Valley Tea
Lokasi ini wajib dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang berkunjung ke Cameron Highlands. Cameron Valley Tea House, membolehkan setiap pengunjung menikmati kehijauan ladang teh sambil menghirup teh segar dari ladang. Kita juga bukan sahaja dapat melihat pokok teh dengan lebih dekat, malah dapat merasai sendiri keseronokan berjalan-jalan di ladang teh yang terkenal di Malaysia ini. Sesuai juga membawa anak-anak ke sini untuk menimba pengalaman berguna di ladang teh.
Sunday, August 7, 2016
Iska Coffee & Cakes House, Kubang Kerian
Inginkan tempat makan yang ada kelainan? Jom saya tunjukkan satu lagi Coffe House, iaitu Iska Coffee House atau juga dikenali sebagai Iska Cakes House. Apa yang lainnya? Hiasan dalamannya yang berkonsepkan Vespa telah menarik minat saya untuk singgah di sini. Lokasinya senang saja, di Kubang Kerian, bersebelahan dengan istana negeri. Ada banyak western food, di samping kek yang sedap-sedap. Harga pun berpatutan. Pastinya setiap pengunjung tidak akan melepaskan peluang untuk merakam gambar dalam coffee house ini.
Sunday, July 31, 2016
Serba Oren sempena Majlis Sanjungan Budi Sejambak Kasih
Bertemakan serba oren, hari ini kami meraikan persaraan Pn Hjh Siti Rubiah bt Yaacob. Guru Biologi ini telah menabur bakti selama lebih 14 tahun di SMKAM. Banyak kenangan suka duka sepanjang menjadi guru dan rakan sekerja di SMKAM. Jalinan kemesraan dan kekeluargaan warga SMKAM pasti menjadi kenangan abadi buat beliau. Semoga puan Siti Rubiah sentiasa sihat dan gembira melalui hari-hari persaraan. Saksikan sebahagian koleksi foto semasa Majlis Sanjungan Budi Sejambak Kasih bagi meraikan persaraan puan Siti Rubiah.
Monday, July 25, 2016
11 Tahun Imdad sempena Aidilfitri
Sibuk beraya dan tugasan seharian, entri ini pun baru sempat disiapkan. Sambutan birthday anak sulung saya, Imdad pada 16 Julai yang lepas. Kebetulan birthday Imdad masih dalam bulan Syawal, maka boleh buat majlis dua dalam satu iaitu sambutan hari raya dan birthday. Jemputan hanya keluarga terdekat memandangkan pada hari raya ketiga kami sudah pun membuat rumah terbuka. Apapun, selamat hari lahir Imdad untuk kali ke-11 pada tahun ini.
Thursday, July 21, 2016
Kejutan daripada Pelajar Sempena Hari Lahir Saya
Baru saja memulakan kelas dalam beberapa minit, seorang pelajar lelaki meminta kebenaran untuk ke tandas. Sampai di muka pintu kelas, tiba-tiba 'buppp' dia terjatuh ke lantai. Seluruh kelas terkejut termasuk saya. Eh! pengsan kah pelajar ini? Saya bergegas mengangkatnya dengan bantuan beberapa orang pelajar lain. Dalam keadaan cemas, tiba-tiba.... dari belakang kelas beberapa orang pelajar membawa sebiji kek yang cantik dan menyanyikan " Selamat hari jadi....selamat hari jadi... selamat hari jadi cikgu Ghazali... selamat hari jadi..." Ah... lakonan rupanya pengsan tadi! Satu kejutan daripada pelajar 5 IK sempena hari lahir saya pada hari ini. Terima kasih kepada semua pelajar 5 IK 2016 atas ingatan sempena hari jadi saya. Sungguh terharu!
Tuesday, July 19, 2016
Cebisan Kenangan Bersama Keluarga di Aidilfitri 2016
Sebelum Syawal melabuhkan tirainya, izinkan saya berkongsi potret sambutan raya tahun ini bersama ahli keluarga terdekat. Biarpun disambut serba sederhana, kegembiraan Aidilfitri lebih bermakna apabila diraikan bersama seisi keluarga. Paparan koleksi sebahagian foto bersama keluarga ini diharapkan bisa membangkitkan kenangan buat kita semua. Semoga kebahagiaan Aidilfitri 2016 akan berulang lagi pada tahun-tahun mendatang.
Monday, July 18, 2016
Rehat Minda di Kem Sri Chap, Bachok
Ingin tenangkan fikiran dan rehatkan minda? Saya bawakan satu lagi tempat yang sesuai untuk aktiviti santai bersama keluarga mahupun anak-anak pelajar. Tentu saja boleh menikmati panorama indah di tepi pantai dengan ditemani deruan ombak. Kem Sri Chap di Bachok Kelantan adalah tempatnya. Kami sempat ke sana baru-baru ini untuk satu program bersama pelajar tingkatan 5 IS dengan nama programnya, Rehlah Ibnu Sinarians Est (RISE). Pelbagai aktiviti rehat minda bermula dari pagi sehingga petang.
Thursday, July 14, 2016
Kereta Kuda Mengiringi Persaraan
Pelbagai cara untuk mencari kelainan semasa hari persaraan. Hari ini SMKAM melakar sejarah tersendiri apabila majlis persaraan pengetua diserikan dengan penggunaan kereta kuda. Majlis yang cukup bermakna ini sebagai menzahirkan setinggi penghargaan buat pengetua, Pn Hjh Wan Mahiran bt Salleh atas curahan bakti selama berkhidmat di SMKAM. Saksikan koleksi potret sepanjang perjalanan majlis ini. Semoga menjadi kenangan abadi, tersimpan kukuh dalam ingatan, selagi hayat dikandung badan.
Subscribe to:
Posts (Atom)