Thursday, January 7, 2016

Laman Buluh Kubu, Kota Bharu


Selamat datang ke kota Bharu. Saya nak tunjukkan satu lagi lokasi di sekitar bandar Kota Bharu ni, iaitu Laman Buluh Kubu. Lokasinya bersebelahan dengan Bazar Buluh Kubu. Merupakan laluan pejalan kaki antara medan letak kereta di pintu gerbang utama Kota Bharu (Masjid Muhammadi) ke Pasar Siti Khadijah. Laman ni dah lama dirasmikan iaitu 2008 lagi. Tapi saya jarang melaluinya, sebab sering berkereta. Rasanya pelancong dari luar Kelantan lebih kerap menggunakan laluan ini untuk ke pasar Siti Khadijah.



Banyak juga dijual cenderamata khususnya berkaitan dengan Kelantan sepanjang laluan ini. Kalau dulu nak cari cenderamata seperti t-shirt, keychain berkaitan Kelantan agak terhad, tapi dengan adanya laman atau laluan ini memudahkan pelancong untuk mendapatkan cenderamata tersebut.



Kat sini juga terdapat tandas awam dan surau untuk kemudahan semua. Cuma kebersihan dan keceriaan tu saya rasa boleh dipertingkatkan lagi. Tengoklah gambar tugu gasing kat atas tu, seluar jeans siapalah tayang kat situ. Nak bergambar kat situ pun mengganggu pemandangan. Macamlah tak ada tempat lain nak jemur seluar tu.



Inilah pemandangan Bazar Buluh Kubu. Pintu gerbang tu adalah laluan pejalan kaki atau Laman Buluh Kubu yang saya maksudkan. Gambar bawah tu laluan untuk ke pintu gerbang utama Kota Bharu. Hmmm kalau ada peluang bolehlah jalan-jalan kat sini. Bukan saja pelancong luar Kelantan, orang Kelantan sendiri pun mungkin ada yang tak perasan kewujudan Laman Buluh Kubu ni. Macam sayalah! Haha... Selamat Melancong.


3 comments:

Shaizhar said...

dah lama x pergi kota bharu kelate, last pergi 16.9.2014. Insya-Allah bukan depan ada jemputan kenduri di KB tak tahu lagi nak pergi ke tidak. cuti2 raya cina ni selalunya jalan sesak di sana sini. erm...

yaya cendana said...

Salam. done follow sini. jemput join ^_^

http://www.yayacendana.com/2016/01/segmen-blogwalking-yaya-cendana.html?m=0/

Diya Hanun said...

belum ade rezeki lagi nak smpai sana..