expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, January 1, 2016

Puding Roti 2016


Menu pertama untuk desert atau boleh juga untuk minum petang hari pertama 2016 ni ialah puding roti. Entri ni bukan nak kongsi resepi, cuma nak kongsi gambar jer. Hehe... Puding roti ni baru jer siap dan kami baru jer rasa. Hmmm sedap! Semestinya dibuat di rumah oleh puan isteri. Bahan utama mestilah roti, tepung kastard, kismis, susu segar, susu cair dan apa lagi yer...apa-apa jer lah janji puding tu menjadi.



Masukkan ke dalam oven...tadaaaa...cepat betul dah siap. Sedap dimakan panas-panas. Nak masukkan ke dalam peti ais dulu pun ok juga. Mana-manalah ikut suka...



Jangan lupa, puding tu kena potong dulu yer baru dicurahkan 'kuahnya' tu. Haha...kot-kot ada yang curahkan terus. Tapi kalau nak habiskan terus satu bekas tu ok juga.



Juri awam untuk merasa puding roti tu tak perlu import jauh. Baru masak terus datang nak merasa. Suka betul Imdad dan Sadiq makan puding roti tu, macam papa nya juga lah. Terima kasih kepada puan isteri yang menyiapkan puding ni. Lain kali buat lagi, atau boleh cuba puding lain pula yer! Ok... bagi anda yang nak cuba buat, silakan. Banyak resepi ni dalam google. Cari sendiri yer!


1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.