Friday, February 19, 2016

Pantai Senok,Bachok ada tarikan tersendiri


Inilah Pantai Senok, terletak di Tawang, Bachok, Kelantan, tempat yang menjadi viral  buat masa ini. Ramai yang mengaitkan panorama indah ini seakan-akan di Nami Island, Korea. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk melihat dengan lebih dekat lagi keunikan landskap yang menjadi tarikan banyak pihak terutama yang menggemari bidang fotografi. Tidak kurang juga, menggamit sesiapa sahaja yang ingin mengabadikan potret bersama deretan pokok rhu ini.



Memang cantik kalau kena cara dan gaya. Gambar-gambar dalam entri ini saya rakam cuma menggunakan handphone. Tentu tidak setanding dengan kamera profesional. Modelnya pun kaku macam batang rhu kat belakang tu...haha.. Nasib baik Sadiq tu sporting jer apabila disuruh posing.



Nak pergi Nami Island, Korea entah bila. Jadi dapat bergambar kat sini pun kira oklah buat masa ni. Masa kami ke sana tu ramai juga yang tengah bergambar. Macam-macam gaya ada. Lokasi ini menjadi pilihan pasangan pengantin baru untuk mengabadikan potret perkahwinan mereka. Pengantin lama pun boleh juga...bawa anak-anak sekali yer!



Sesuatu yang mencacatkan pandangan. Saya nak tunjukkan juga kat sini, banyak longgokan sampah sana-sini. Lebih teruk lagi pinggan dan cawan polisterin ini bertaburan apabila ditiup angin. Tong sampah nampak macam ada, tapi kosong jer. Kepada pengunjung yang datang ke sini untuk makan-makan, tolong jaga kebersihan. Sayang betul... tempat dah cantik dan menjadi tarikan pengunjung, tetapi sampah bertaburan. Sungguh memalukan!





Bagi mereka yang berkunjung ke Kelantan, bolehlah meluangkan masa untuk ke Pantai Senok, Bachok ini. Anda boleh mengalami sendiri panorama indah yang sudah menjadi buah mulut masyarakat setempat dan warga media sosial.  Mana tahu suatu hari nanti lokasi ini akan menjadi pilihan untuk penggambaran filem pula. Sama-samalah kita nantikan.


3 comments:

aizamia3 said...

Pengunjung jangan hanya mengharapkan tukang sapu yang kutip sampah. Biarlah sama-sama menjaga kebersihan, barulah indah dan cantik..

Fairuz Aqilah said...

Owhhh pokok rhu. Ingatkan pokok gaharu. Selalu tengok wedding photoshoot berlatarkan kawasan ni. Kat kelantan rupanya. Cantik ye! :D

Amin Squirel said...

Haha, ni pokok rhu laut. Jauh berbeza dengan pokok gaharu