expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, March 28, 2016

1001 Kisah di Dataran Merdeka


Bagi warga Kuala Lumpur, Dataran Merdeka merupakan tempat yang tidak asing lagi. Tapi bagi warga asing khususnya pelancong luar negara, Dataran Merdeka merupakan mercu tanda Malaysia yang mesti dikunjungi dalam kalender pelancongan mereka. Rakyat Malaysia sendiri yang berkesempatan ke Kuala Lumpur, eloklah singgah di Dataran Merdeka. Di padang inilah bendera Malaysia dikibarkan buat pertama kalinya menggantikan bendera Union Jack pada pukul 12.01 malam 31 Ogos 1957 menandakan tamatnya kuasa Inggeris di Tanah Melayu.




Setiap kali sambutan ulang tahun kemerdekaan negara, Dataran Merdeka menjadi lokasi utama sambutan. Bagi yang tidak berkesempatan ke sana, Dataran Merdeka tidak asing lagi di kaca televisyen mereka apabila tibanya tarikh keramat 31 Ogos. Jadi bawalah anak-anak ke sana untuk melihat dengan lebih dekat lagi tempat yang penuh bersejarah ini. Tiang bendera setinggi 95 meter di sini merupakan antara yang tertinggi di dunia.











Semoga warisan sejarah ini akan terus terpelihara untuk dihayati oleh generasi akan datang. Sekalung penghargaan buat pejuang kemerdekaan negara. Kepada generasi muda, bersyukurlah dengan keamanan dan kemakmuran negara yang dikecapi hingga kini. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung!


2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.