Wednesday, September 21, 2016

Pokok ini Berharga RM500


Pertama kali tengok sudah berkenan. Adakah ini cinta pandang pertama? Haha...sila jangan gelakkan saya. Sebetulnya pokok dalam gambar di atas itu memang cantik. Teringin juga nak beli tapi macam tak mampu saja. Harganya cuma RM500 sepokok! Ada yang berani beli? Bukan apa, bimbang juga nak beli, takut pokok itu tak panjang umur apabila berada di rumah saya Kalau orang lain mungkin boleh kot. Pokok cantik ini ada di kedai pokok bunga hiasan yang saya selalu kunjungi iaitu Kedai Bunga Kak Ma, di Peringat, daerah Kota Bharu ini juga. Jom cuci mata tengok pokok-pokok lain di kedai tersebut.

























Kami selalu juga ke kedai bunga Kak Ma di Peringat ini. Banyak pilihan pokok-pokok yang cantik, harganya pun mampu beli.(kecuali dalam gambar pertama tadi...mampu tengok jer...haha) Paling tidak pun, kami ke sini untuk cuci mata melihat pokok-pokok segar dalam suasana kampung yang nyaman.


4 comments:

Murni Alysa said...

cantik2 & segar2 belaka..blk kg nanti boleh terjah ni..kalau bawa mil saya mesti penuh bonet dia borong..hahha

Azwar Syuhada said...

Awat mahal sangat yang first tu, apa nama pokok tu?

Muhammad Khairuddin Lim said...

bunga-bunga cantik belaka.

lokman amirul said...

mahal sungguh