Friday, November 4, 2016

Kota Bharu Street Art


Satu lagi tarikan di bandar kota Bharu yang tidak wajar dilepaskan peluang oleh pelancong luar Kelantan ialah Kota Bharu Street Art. Mungkin ada dalam kalangan warga Kelantan sendiri yang belum menjejakkan kaki ke sini. Saya sendiri pun baru hari ini berkesempatan melihat hasil seni yang kreatif dan penuh makna tersirat ini. Lokasi Kota Bharu Street Art ini ialah di Medan Ilmu, berhampiran bulatan besar di bandar Kota Bharu. 



Kebanyakan mural di sini berkisar tentang peperangan dan penderitaan rakyat Palestin. Sesuai sebagai medium untuk memberi kesedaran kepada netizen tentang isu Palestin. Tidak ketinggalan juga terdapat mural kebudayaan dan kesenian negara timur tengah. Termasuklah unta, pokok tamar, permaidani dan sebagainya. Ada paparan karya yang sangat halus, seni dan kreatif ditonjolkan di sepanjang lorong belakang bangunan kedai ini. Tidak hairanlah, tempat ini menjadi kunjungan peminat seni yang ingin mengabadikan foto mereka di sini.

















Kepada yang berkunjung ke Kota Bharu, bolehlah singgah bergambar di sini



Tahniah kepada pihak yang mewujudkan street art ini. Cuma secara peribadi, saya sangat berharap kalau ada lagi street art di Kota Bharu, cuba tonjolkan kebudayaan rakyat Kelantan dalam bentuk lukisan mural ini. Pasti akan menarik perhatian para pengunjung dari luar Kelantan untuk mengenali sosiobudaya rakyat Kelantan melalui hasil seni street art. Semoga menjadi kenyataan!


2 comments:

shameel Iskandar said...

Assalamualaikum KM7. Selalu juga saya lalu kat sini tapi tak sempat lagi bergambar.

Normi Nieza said...

baru thu..:)