expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, December 7, 2016

Gigih Memotong Rumput agar Halaman Nampak Kemas


Setelah berpenat lelah selama 2 hari inilah hasilnya! Gigih saya usahakan memotong rumput dalam cuaca yang tidak menentu, sekejap hujan, mendung dan adakalanya panas terik. Semata-mata ingin melihat halaman yang kemas, akhirnya berbaloi juga. Kalau sebelum ini, padang depan rumah tu tak sempat nak tengok keseluruhannya kemas. Maklumlah, satu kawasan berumput pendek, kawasan lain panjang pula! Oh ya, kenapa ambil masa lama sangat potong rumput? memang lambat sebab saya guna tenaga empat kerat seorang diri untuk keseluruhan kawasan. 


Segala penat akan hilang apabila melihat halaman rumah kemas dengan usaha sendiri. Aktiviti ini bolehlah mengisi masa lapang cuti sekolah. Selain itu dapat juga keluarkan peluh dengan senaman menolak mesin rumput dan  membersihkan rumput-rumput yang siap dipotong. Paling penting, jimatlah RM200 kalau upah orang membuat kerja-kerja tersebut.



amacam! ada gaya tukang kebun?



Inilah mesin rumput yang telah banyak berjasa





Kawasan tepi pagar tu masih berumput panjang.
Yang ni kena guna mesin galas pula.





Paling depan dalam gambar kanan, pintu pagar utama.
Panjang lagi rumput di situ, nanti kalau cuaca mengizinkan, saya akan bersihkan.





2 minggu nanti kena potong lagi, adoi....hehe






2 comments:

  1. Wah besarnya halaman rumah!

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  2. luas dan cantik halaman rumahnya... tapi bab mengemas mmg confirm penatlah sebab kawasannya luas :-)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.