Saturday, January 30, 2016

Dayang Cafe, Nikmati Makan Malam dalam Taman


Mencari kelainan di tempat makan? Kami baru jer pergi ke satu tempat makan ala-ala dalam taman. Cantik dengan hiasan taman dengan sinaran lampu-lampu. Saya suka tengok koleksi payung putih sebagai peneduh dan ruang makan berpagar putih dihiasi lampu cantik! Nama restoran ni Dayang Cafe. Terletak berhampiran simpang trafic light Pasir Hor, Kota Bharu, Kelantan.

Hambali Johan Merentas Desa 2016


Tahniah pasukan Hambali kerana menjuarai acara merentas desa bagi tahun 2016. Cuaca redup di sebelah bagi menjadikan larian kali ini tidaklah memenatkan sangat. Semangat sungguh pelajar menghabiskan larian mereka hingga ke garisan penamat. Tiba di garisan penamat, boleh main air pula. Hehe...padang berair sebab sehari sebelum acara merentas desa, hujan lebat telah turun. Naib Johan rumah Maliki, Ketiga Shafie dan keempat Hanafi. Jom tengok beberapa keping gambar yang sempat dirakam...

Friday, January 29, 2016

Jom cuba WowApp, Memang Berbaloi


Pernah dengar pasal WowApp? Sesuatu yang agak baru bagi sesetengah orang. Saya pun baru jer join aplikasi ni. Pada mulanya agak ragu-ragu juga nak cuba apabila menerima whatsapp pasal risiko menggunakan WowApp ni. Tapi setelah meneliti kandungan dan cara WowApp ni beroperasi, saya yakin aplikasi ni banyak kebaikannya, Maka tanpa membuang masa saya terus join.

Wednesday, January 27, 2016

Halaman Rumah nampak Kemas apabila rumput dipotong


Setiap kali selepas aktiviti memotong rumput di halaman selesai, sejuk mata memandang. Hehe..tentulah kan.. dapat tengok padang dengan rumput yang pendek. Budak-budak pun suka bermain-main kat halaman rumah apabila rumput pendek. Nak siapkan memesin rumput menggunakan mesin rumput jenis yang ditolak ni mengambil masa 3 jam juga. Huhu.... Semua buat sendiri, selain dapat mengeluarkan peluh dapat juga menjimatkan kos.

Friday, January 22, 2016

Hilangnya Sebatang Pen UNIC


Entri ini ditulis  dengan penuh kesedihan (cewah!) Harap-harap sesiapa yang membacanya juga dapat menyelami kesedihan ini. Amboi...teruk betul bunyinya! Baca tajuk entri tu pun dah tahu pasal apa kan. Ringkas cerita nak beritahu pen kesayangan saya dah hilang hari ni! Huhu.. Biarpun harganya cuma puluhan ringgit, tapi nilai sentimentalnya sangat tinggi. Alkisahnya begini...

Thursday, January 21, 2016

Kenapa Perpustakaan Mesti Ceria?


Selangkah ke perpustakaan, macam-macam ilmu kita boleh dapat. Cantik tak perpustakaan dalam gambar kat atas tu? Perpustakaan kat sekolah saya bertugas ni. Dalam proses hias-menghias, tak siap lagi tu! Tak sabar-sabar nak ambil gambar dan kongsi dalam blog. Hehe.. Jangan marah yer..bagi semangat sikit... tahniah kepada guru penasihat dan pengawas PSS yang bertungkus-lumus menceriakan perpustakaan. 

Monday, January 18, 2016

Jangan Kedekut Memberi Pujian kepada Pelajar


"Papa, kat sekolah tadi cikgu kata kakak pandai lukis buah" dengan bersungguh Ardini beritahu saya sekembalinya dari sekolah petang tadi. "Yer ker? Baguslah!" Respon saya kepada kata-kata anak perempuan saya yang baru masuk tahun dua tu. Tak habis dengan saya, dia turut beritahu mummynya pula. Malam tadi dia ada tunjukkan lukisan tu kepada kami sekeluarga. 

Giliran Pokok Belimbing Mengeluarkan Buah


Tetiba jer rasa nak tunjuk buah belimbing madu (betul ker madu? macam-macam pokok madu sekarang!). Inilah hasil terbaru pokok yang ditanam di halaman rumah. Pokok belimbing ni ditanam hampir 6 bulan. Macam tak percaya dah berbuah! Itupun baru perasan apabila tengok dekat. Maklum sajalah, buah dan daun nampak macam sama jer dari jauh.

Wednesday, January 13, 2016

Anak Tekak tak boleh terima DimSum Janimaru


DimSum JaniMaru sudah popular di negara kita. Tidak terkecuali di Kelantan terdapat beberapa restoran sudah menyajikan makanan ini. Orang lain mungkin menyukai DimSum JaniMaru ini, tapi anak tekak saya macam tak boleh terima! tapi habis juga yang dioder tu! haha... citarasa memang tak sama. Sekali cuba, lepas ni tidak lagi. Oh ya, kami makan DimSum di Warung Haji Loh. Nama saja warung tapi restoran ni memang kemas dan selesa. Terletak berhampiran Ridel Hotel, Kota Bharu. 

Tuesday, January 12, 2016

Trend Terkini : Main Kasut Roda di Kota Bharu


Lama tak keluar bersiar-siar pada waktu malam di bandar Kota Bharu. Satu malam tu kami keluar jalan-jalan sekitar Kota Bharu berhampiran tebing sungai Kelantan, ternampak aktiviti bermain kasut roda atau roller blade ni. Amboi meriah juga... ramai kanak-kanak dan remaja sedang bermain kasut roda. Hmm.. anak saya yang tak pernah main roller blade ni pun nak cuba juga.

Monday, January 11, 2016

Free Gift daripada ASTRO dah sampai


Barang free gift daripada ASTRO dah pun sampai. Ingatkan besar sangat, rupanya sebesar kotak pensil jer. Hehe... Apapun terima kasihlah.. besar kecil bukan ukuran, tapi tanda ingatan tu penting. Siap hantar guna GDeX lagi tu! Hadiah tu sempena mata terkumpul dalam Astro Circle hujung tahun lepas. Ada banyak hadiah tapi itu jer yang sempat saya pilih dengan jumlah point yang saya dapat.

Sunday, January 10, 2016

Beli Ikan Laga untuk Hiasan


Tiba-tiba saja minat nak beli ikan laga ni. Haha...sebelum ni kalau ke pasar tani selalu jer tengok budak-budak beli ikan laga. Kita hanya tengok dari jauh. Macam tak minatlah kononnya! Tapi hari ni ketika jalan-jalan kat RTC Tunjung Kota Bharu, puan isteri dan anak-anak teruja pula nak bela ikan ni. Hmmm macam-macam warna dan harga. Ada yang berharga RM3, RM5 dan RM8 seekor. Bergantung kepada kecantikannya kot!

Thursday, January 7, 2016

Laman Buluh Kubu, Kota Bharu


Selamat datang ke kota Bharu. Saya nak tunjukkan satu lagi lokasi di sekitar bandar Kota Bharu ni, iaitu Laman Buluh Kubu. Lokasinya bersebelahan dengan Bazar Buluh Kubu. Merupakan laluan pejalan kaki antara medan letak kereta di pintu gerbang utama Kota Bharu (Masjid Muhammadi) ke Pasar Siti Khadijah. Laman ni dah lama dirasmikan iaitu 2008 lagi. Tapi saya jarang melaluinya, sebab sering berkereta. Rasanya pelancong dari luar Kelantan lebih kerap menggunakan laluan ini untuk ke pasar Siti Khadijah.

Wednesday, January 6, 2016

Mengapa pilih Seterika Philips Powerful Steam?


Aktiviti menggosok baju menjadi lebih seronok dengan seterika baru. Cewah! nak tayang seterika baru jenama Philips ni. Beli tahun lepas tapi tahun ni baru guna. Nampak macam lama sangat simpan.Hehe..padahal beli pun dah hujung tahun 2015. Harga seterika dalam lingkungan RM1300 (termasuk GST) dengan harga ahli, (AMWAY). Designnya pun nampak comel jer kan dengan tapak purple tu.

Monday, January 4, 2016

Kain Pasang dan Patung Berpisah Tiada


Kalau anda melalui deretan kedai yang menjual kain pasang, apakah yang menarik perhatian mata anda? Adakah timbunan kain, gantungan kain, mahupun kain yang dipakaikan pada patung? Harap tak adalah jawapan tertarik kepada penjual kain pula yer. Sebab kebanyakan yang nak beli kain pasang ni wanita, dan penjualnya pula kebanyakannya wanita. Hehe.. Saya percaya jawapan utama, mata kita akan lebih tertarik pada kain yang dipakaikan pada patung tu dulu berbanding dengan kain yang dipamerkan dengan cara lain. Kenapa yer?

Saturday, January 2, 2016

Tersuka Tanpa Sengaja Beli Beg Sedondon


Masa pergi window shopping hari tu kami terbeli beg. Amboi..terbeli tu! Macam tu kot yang dikatakan tersuka tanpa sengaja. Bukan apa, tengok beg macam berkenan pula. Bolehlah bawa ke sekolah nanti. Anak-anak dah beli beg sekolah, kini giliran ibu bapa nya pula. Tak sangka beg pilihan kami tu sama jenama iaitu John Langford dan sama colour

Friday, January 1, 2016

Puding Roti 2016


Menu pertama untuk desert atau boleh juga untuk minum petang hari pertama 2016 ni ialah puding roti. Entri ni bukan nak kongsi resepi, cuma nak kongsi gambar jer. Hehe... Puding roti ni baru jer siap dan kami baru jer rasa. Hmmm sedap! Semestinya dibuat di rumah oleh puan isteri. Bahan utama mestilah roti, tepung kastard, kismis, susu segar, susu cair dan apa lagi yer...apa-apa jer lah janji puding tu menjadi.