expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, February 29, 2016

Pusat Pendaratan Tanjung Kuala, Pantai Sabak


Kali pertama berkunjung ke Pusat Pendaratan Tanjung Kuala di Pantai Sabak, Kelantan hati telah terpaut dengan keindahan landskap bot-bot nelayan dengan pelbagai ukiran, corak dan warna. Saya ke sini tanpa dirancang. Tak tahu pun tentang kewujudan pusat pendaratan hasil laut di sini. Pada masa tersebut kelihatan banyak bot nelayan di jeti-jeti sepanjang Tanjung Kuala. Kalau ke sana sewaktu nelayan membawa pulang hasil tangkapan laut, tentu keadaan lebih meriah. Saya berharap akan berkesempatan lagi ke sana suatu hari nanti.

Saturday, February 27, 2016

Majlis Graduasi SMKA Melor 2016


Hari yang paling bersejarah dan bermakna bagi warga SMKA Melor. Majlis Graduasi 2016 untuk calon SPM 2015 telah berlangsung dengan penuh meriah di dewan Al Ghazali, SMKAM. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Amat Berusaha Tuan Wan Ramdzan bin Wan Mamat, Pengarah Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Saksikan paparan potret yang sempat dirakam sepanjang Majlis Graduasi berkenaan.

Tuesday, February 23, 2016

Nasi Ayam Kampung Madu Telipot


Sedang mencari tempat makan untuk breakfast? Jom saya perkenalkan kedai makan Nasi Ayam Kampung Madu Telipot. Bagi anda yang tinggal sekitar Kota Bharu  rasanya memang dah biasa dengan tempat makan ni. Lokasinya senang jer, terletak di lorong antara pasaraya Billion dengan SMK Sultan Ismail. Saya pun baru pertama kali makan kat sini. Hehe.. Biasa lalu kat sini tapi tak perasan pula ada kedai makan nasi ayam kampung.

Friday, February 19, 2016

Pantai Senok,Bachok ada tarikan tersendiri


Inilah Pantai Senok, terletak di Tawang, Bachok, Kelantan, tempat yang menjadi viral  buat masa ini. Ramai yang mengaitkan panorama indah ini seakan-akan di Nami Island, Korea. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk melihat dengan lebih dekat lagi keunikan landskap yang menjadi tarikan banyak pihak terutama yang menggemari bidang fotografi. Tidak kurang juga, menggamit sesiapa sahaja yang ingin mengabadikan potret bersama deretan pokok rhu ini.

Tuesday, February 16, 2016

Sambut Birthday di Restoran Mustaqim Melor


Sambutan birthday anak saudara, Marsha Sofea di Restoran Mustaqim Seafood Melor. Majlis dihadiri keluarga terdekat, menikmati makan malam di restoran yang baharu saja dibuka di Melor, Kelantan. "Happy Birthday Marsha, terima kasih kerana menjemput kami bersama-sama meraikan ulangtahun hari kelahiran". Restoran ni memang cantik. Penuh dengan ukiran,  perabot  juga serba baharu. Sesuai untuk makan bersama keluarga, mahupun untuk penganjuran majlis-majlis tertentu.

Sunday, February 14, 2016

Cendawan Mekah Banyak Khasiatnya


Pernah dengar pasal cendawan mekah? Saya baru jer tahu pasal cendawan  ni. Beberapa hari lepas saya dapat lihat sendiri cendawan mekah yang dikatakan mempunyai banyak khasiat. Rupa-rupanya cendawan ni ditapai selama sebulan dalam air sejuk, ataupun air tea o. Caranya, campurkan 7 gelas air sejuk dan 7 sudu gula kemudian kacau sehingga manis. Masukkan cendawan mekah ini dan tapaikan selama sebulan. Jangan gunakan bahan logam untuk menyentuhnya.

Wednesday, February 10, 2016

Batu Caves ada tarikan Tersendiri


Batu Caves, satu tempat yang tak perlu diperkenalkan lagi. Ramai yang dah tahu kewujudan tempat ini sama ada dalam kalangan pelancong dalam mahupun luar negara. Selain menjadi tempat ibadat bagi penganut Hindu, Batu Caves ada tarikannya yang tersendiri. Saya sempat ke sana untuk kali kedua baru-baru ini. Kali pertama berkunjung ke sini bersama rombongan sekolah semasa zaman persekolahan dulu. Habis anak tangga Batu Caves tu kami panjat, dan berjaya masuk ke dalam gua. Kunjungan kali kedua ni bersama puan isteri, cuma sempat panjat beberapa anak tangga saja. Hehe...

Thursday, February 4, 2016

Pokok Bidara pun kami Tanam kat rumah


Pokok bidara ini ditanam tak sampai  setahun dah berbuah. Paling best pokok ni ditanam dekat jer dengan dapur rumah, senang boleh tengok hari-hari pembesarannya. Sekali tengok macam mini epal hijau. Hehe... Buah bidara ini dah boleh dipetik. Hmmm sedap rasanya. Fresh... segar dari ladang!