expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, March 28, 2016

1001 Kisah di Dataran Merdeka


Bagi warga Kuala Lumpur, Dataran Merdeka merupakan tempat yang tidak asing lagi. Tapi bagi warga asing khususnya pelancong luar negara, Dataran Merdeka merupakan mercu tanda Malaysia yang mesti dikunjungi dalam kalender pelancongan mereka. Rakyat Malaysia sendiri yang berkesempatan ke Kuala Lumpur, eloklah singgah di Dataran Merdeka. Di padang inilah bendera Malaysia dikibarkan buat pertama kalinya menggantikan bendera Union Jack pada pukul 12.01 malam 31 Ogos 1957 menandakan tamatnya kuasa Inggeris di Tanah Melayu.

Sunday, March 27, 2016

Pak Lah Rojak & Nasi Ayam popular di Kuantan


Bagi warga Kuantan, Pahang, rojak dan nasi ayam Pak Lah di Taman Gelora memang sudah popular dan dikenali ramai. Kali pertama kami ke sana, melihatkan ramai pengunjung memang terbukti kedai makan Pak Lah sangat popular. Maklumlah, Pak Lah menggunakan resepi original sejak tahun 1970 lagi. Kalau dah ramai pelanggan, masa menunggu pun jadi lama. Ditambah pula cuaca agak panas, sedikit kurang selesa. Tapi nak cuba juga rojak yang popular ni, maka kami tunggu juga!

Friday, March 25, 2016

Pesta Orkid dan Flora 2016



Kepada peminat orkid, jangan lepaskan peluang berkunjung ke RTC Kelantan, di Kota Bharu bermula 24 Mac hingga 2 April 2016. Sedang berlangsung sekarang Pesta Orkid dan Flora 2016. Dibuka bermula 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Masuk percuma! Teruja betul tengok macam-macam spesis orkid, daripada spesis orkid hutan hinggalah pelbagai kacukan terkini. Orang yang minat jer tahu pasal ni. Saya minat ambil gambar jer, tanam orkid tak berapa rajin!

Tuesday, March 22, 2016

Aquaria KLCC Kuala Lumpur



Berkunjung ke Kuala Lumpur tidak lengkap rasanya kalau tak singgah di Aquaria KLCC. Apatah lagi kalau bersama anak-anak dan keluarga. Tentunya anak-anak akan teruja melihat sekecil-kecil ikan hinggalah sebesar-besar Jerung di depan mata! Pengalaman melalui terowong bawah laut terpanjang di Malaysia, dengan jarak 90 meter ini tidak harus dilepaskan begitu saja. Begitu juga menyaksikan ikan-ikan Piranha dan pelbagai spesis hidupan laut yang lain. Kami sempat berkunjung ke sana baru-baru ini untuk merasai sendiri pengalaman melihat hidupan laut dari jarak dekat.

Saturday, March 19, 2016

Menteri Pendidikan Malaysia di SMKA Melor


Hari yang cukup bertuah dan bersejarah buat warga SMKA Melor, menerima kunjungan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid sempena perasmian mesyuarat agung PIBG 2016. YB Menteri Pendidikan Malaysia juga turut menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Akademik PT3, SPM dan Anugerah Tokoh Pelajar.

Wednesday, March 9, 2016

Restoran Terapung Ikan Bakar BB Joran


Inginkan kelainan sewaktu menjamu selera? Jom saya bawakan anda satu tempat istimewa, Restoran Terapung Ikan Bakar BB Joran. Letaknya di Bukit Bidang, Selising, Pasir Putih, Kelantan. Saya sendiri pun baru pertama kali ke sini setelah terbaca mengenainya melalui FB. Menikmati ikan bakar Portugis di restoran atas air ini dengan dikelilingi ikan-ikan di bawah restoran adalah sesuatu yang menarik. Sambil makan, pengunjung boleh melihat ikan-ikan bebas berenang di dalam kolam tersebut. Nak beri ikan-ikan makan pun boleh, makanan ikan disediakan dengan harga RM1 atau RM2 sahaja. Nak memancing pun boleh juga tau!

Friday, March 4, 2016

Pasangan Kembar mendapat 10A


Pengumuman rasmi keputusan SPM 2015 di SMKA Melor ada keistimewaan tersendiri. 2 orang calonnya, merupakan pasangan kembar telah mendapat keputusan yang sama iaitu 10A. Tahniah kepada Amirul Isyraf dan Amirul Isyraq. Kejayaan anda bukan sahaja menjadi kebanggaan keluarga, malah turut mengharumkan nama sekolah. Keputusan SPM 2015 bagi SMKAM, GPS 2.76 (2014 3.44), seramai 10 orang calon mendapat 11 A, 11 orang calon 10 A dan 10 orang calon 9A.