Thursday, April 28, 2016

AEON MALL Kota Bharu, tarikan terbaharu di Kelantan


Bertuah orang Kota Bharu, hari ini 28 April 2016 satu lagi pusat beli belah baharu dibuka iaitu AEON Mall Kota Bharu. Saya pun teruja juga nak melihat dengan lebih dekat pada hari pertama pembukaannya. Petang tadi sempat ke sana sekejap. Bagi yang belum pernah ke sana, lokasi AEON Mall ini berdekatan dengan Tesco Kota Bharu. Tempat parking luas dan mesra pengunjung. 

Wednesday, April 27, 2016

Gulai Kawah 'awesome' di SMKAM hari ini


Hari ni ada acara masak-masak dan makan-makan kat sekolah. Bunyi macam sedap kan. Mestilah... Majlis istimewa ini sempena Majlis Kesyukuran atas pencapaian cemerlang SMKAM dalam PT3 dan SPM 2015. Guru-guru dan staf saling bekerjasama menyiapkan masakan, untuk menjamu semua warga sekolah dan jemputan. Kehadiran bekas pelajar SMKAM  SPM 2015 memeriahkan lagi majlis. Berikut panorama sepanjang majlis berlangsung.

Monday, April 25, 2016

Japanese Village, Bukit Tinggi


Inilah tempat yang dinamakan Japanese Village tu! Nak pergi ke Jepun tak tahu bila lagi, Singgah sini dulu untuk melihat suasana perkampungan Jepun. Memang cantik tempat ni. Terletak di Bukit Tinggi, Pahang. Sesuai untuk merakam foto sendiri atau bersama keluarga. Pengunjung juga boleh mengenakan pakaian Jepun dengan bayaran tertentu. Kehijauan pokok dengan aliran sungai kecil di celah-celah batuan,bersama ikan-ikan turut menambah seri perkampungan Jepun ini.

Tuesday, April 19, 2016

Tok Mat Western,Grill


Satu lagi tempat makan best, Tok Mat Western,Grill terletak di Peringat, Kelantan. Ada banyak pilihan daging kambing, lembu, ayam dan pelbagai hidangan sampingan. Ketika kami ke sana tempohari, ada promosi buffet BBQ. Hanya RM 25 seorang bagi dewasa dan RM 15 seorang bagi kanak-kanak 5-12 tahun. Boleh makan sepuas hati! Tapi malam tu kami makan chicken chop grill sahaja. Harga makanan kat sini kira standard la kan... Sesuai juga kalau bawa keluarga atau rakan-rakan untuk menikmati makan malam.

5 Kunci Kebahagiaan


Kebahagiaan, menjadi idaman semua orang. Apalah erti hidup seandainya tiada sinar kebahagiaan biarpun seketika. Persoalannya, adakah kita perlu mencari kebahagiaan itu? atau kebahagiaan itu akan datang sendiri apabila tiba masanya. Biar apapun persoalannya, mari kita singkap kunci ke arah kebahagiaan, khususnya kebahagiaan dalam sesebuah keluarga atau rumahtangga. Ada banyak rupanya kunci kebahagiaan, tapi saya ingin merungkaikan 5 sahaja mengikut kaca mata sendiri.

Sunday, April 17, 2016

Jom Belajar Peribahasa


Macam-macam cara boleh digunakan untuk mengajar peribahasa. Salah satu cara yang saya gunakan ialah melibatkan pelajar dalam proses mencari peribahasa, melukis lakaran, seterusnya membuat pembentangan. Dalam entri ini saya kongsikan aktiviti yang dijalankan dalam kelas tingkatan 4. Pelajar diberi masa selama 15 minit sahaja untuk mencari peribahasa dan membuat lakaran. Bersemangat mereka melukis walaupun tidak mengambil subjek pendidikan seni. Kali ini tidak dijalankan aktiviti berkumpulan. Setiap pelajar mesti ada peribahasa sendiri.

Saturday, April 16, 2016

Alat untuk menghilangkan Stres


Pertama kali tengok benda ni, ingatkan pemukul telur atau alatan membuat kuih. Rupanya sangkaan saya meleset. Kisahnya bermula apabila saya pergi ke pasar malam, nampak deretan barang ni di atas sebuah meja. Kemudian peniaga itu datang menghampiri saya, terus meletakkan benda ni di atas kepala saya dan menggosok-gosokkannya. Alamak...apa ke benda ni? Rupanya itu satu alat yang dicipta untuk mengalirkan darah di bahagian kepala untuk melegakan sakit kepala. stres mahupun sekadar untuk menyegarkan kepala. Selain kepala, benda ni juga boleh digosokkan di bahagian lain badan seperti bahu, siku, lutut dan lain-lain mengikut keperluan.

Wednesday, April 13, 2016

Pengakap Johan Kawad Kaki 2016


Tahniah kepada pasukan Pengakap SMKAM 2016 kerana menjuarai pertandingan kawad kaki 2016. Kedua-dua pasukan Pengakap lelaki dan Perempuan juga telah menjuarai kategori masing-masing. Naib Johan kategori lelaki, KRS, tempat ketiga PBSM dan saguhati Kadet Bomba. Manakala Naib Johan kategori perempuan,KRS, tempat ketiga PBSM, saguhati kadet Bomba dan PPIM. Komandan terbaik lelaki, Ahmed Razeq Daniel (Pengakap) dan komandan terbaik perempuan, Nur Alia Nadia (Pengakap).

Monday, April 11, 2016

Pelbagai Kaedah Pengkebumian Mayat


Setiap yang hidup pasti akan mati apabila tiba waktunya. Pelbagai cara dilakukan dalam konteks pengkebumian mengikut agama, budaya dan adat sesuatu bangsa itu. Di sini saya akan kongsikan beberapa cara pengkebumian khususnya dalam masyarakat di negara kita pada masa dahulu. 

Gambar di atas ialah pengkebumian keranda kayu balak di Sabah. Gua-gua digunakan sebagai tempat pengkebumian keranda kayu balak ini. Keranda ini mempunyai ukiran yang cantik dan unik seperti ukiran kepala seladang, buaya, ular, cicak, burung dan sebagainya terutama di bahagian penutup keranda. Saiz ukuran keranda dewasa di antara 7 hingga 12 kaki manakala bagi kanak-kanak di antara 4 hingga 6 kaki. Pengkebumian ini biasanya disertakan dengan barang-barang  kiriman keperluan harian seperti alat-alat senjata, makanan dan perhiasan.

Friday, April 8, 2016

Taman Esplanade Kuantan


Berkunjung ke Kuantan tidak lengkap rasanya kalau tidak singgah di Taman Esplanade yang terletak di tebing sungai Kuantan. Taman yang dilengkapi dengan taman permainan kanak-kanak dan kerusi rehat ini sesuai untuk bersantai sambil menunggu anak-anak bermain. Paling saya suka, kawasannya sangat bersih kerana tidak terdapat bekas-bekas makanan dan minuman di merata tempat seperti di kebanyakan tempat yang menjadi kunjungan ramai. Tahniah buat warga Kuantan yang sama-sama menjaga kebersihan di tempat awam.

Wednesday, April 6, 2016

Selipar Sekarang kurang Berkualiti


Bayangkan selipar yang dipakai tiba-tiba terputus atau rosak semasa berada di khalayak ramai. Ahh.. mesti kelam-kabut dibuatnya. Lebih malang apabila kedai menjual selipar tidak terdapat di sekitar lokasi tadi. Ataupun kedai selipar ada tapi duit pula tak ada. Huhu... Saya ingin berkongsi rasa tidak puas hati dengan kualiti selipar yang dibeli kepada 2 anak lelaki saya tempohari. Kedua-dua selipar tersebut dibeli di sebuah pasaraya terkemuka di bandar Kota Bharu. Harganya pun boleh tahan juga, RM 15 sepasang. Ingatkan selipar yang dibeli di pasaraya ni tahan lama, tapi sehari jer pakai dah putus!

Monday, April 4, 2016

Colmar Tropicale, Berjaya Hills Pahang



Sebelum ini kami hanya mendengar nama Colmar Tropicale, dan melihat keunikan senibinanya melalui perkongsian foto-foto di blog-blog mereka yang pernah ke sana. Kali ini kami berpeluang ke sana dan melihat sendiri Colmar Tropicale. Macam tak percaya pula, kali pertama saya memandu sendiri dari Kuala Lumpur ke Bukit Tinggi. Jarak dari Kuala Lumpur ke sini cuma 48 km atau 45 minit dari Karak Highway. Alhamdulillah, selamat sampai setelah menempuh jalan-jalan berliku menuju ke puncak Bukit Tinggi dengan ketinggian 2600 kaki (790m).