expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, June 29, 2016

Cemerlang Peperiksaan Pertengahan Tahun (SPM)


Tahniah kepada pelajar tingkatan 5, calon SPM 2016 yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016 baru-baru ini. Penyerahan sijil dan hadiah kecemerlangan disempurnakan oleh pengerusi PIBG sekolah dalam Program Runding Cara Guru dengan Ibu bapa Pelajar PT3 dan SPM. Senarai pelajar cemerlang, (gambar di atas)

1. Nur Aina Izzatie bt Abd Aziz (11A: 8A+, 3A)
2. Nur Iman Haikal b Mohd Yusof (11A: 6A+, 5A)

Sunday, June 26, 2016

Ayam Pusing Istimewa di bulan Ramadan


Sudah ada menu untuk berbuka petang ini? Mohon jangan menitis air liur melihat gambar di atas. Huhu... Itu namanya ayam pusing, atau boleh saja dinamakan ayam golek. Memang sedap kalau cukup syaratnya. Apa syaratnya? Paling penting rempah ratus yang cukup untuk memerap ayam tersebut, begitu juga api yang digunakan untuk membakarnya biarlah sesuai agar ayam pusing tu masak serata. Sebab dinamakan ayam pusing, ayam ini dimasak dengan memusing-musingkannya di atas bara api. Tidak perlu guna tangan, ada generator yang akan menggerakkan besi-besi tersebut.

Saturday, June 25, 2016

Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands


Kalau berkunjung ke Cameron Highlands, saya cadangkan berkunjunglah ke Taman Agroteknologi MARDI. Selain lokasi yang cantik, banyak informasi yang berguna boleh didapati di sini. Kita boleh melihat dengan lebih dekat kecantikan bunga-bungaan yang sedang berkembang, dan pelbagai jenis pokok buah-buahan. Terdapat satu galeri kilang teh yang memberi peluang kepada pengunjung melihat mesin-mesin memproses teh satu ketika dahulu. Bayaran masuk ke Taman Agroteknologi MARDI ini ialah RM 5 bagi dewasa dan RM 3 bagi kanak-kanak. 

Wednesday, June 22, 2016

Karya Kufi @ Kufi Store Kota Bharu


Saya pernah melihat corak khat tersebut, cuma tidak mengetahui yang seni khat ini namanya Kufi. Kali ini saya berpeluang melihat dengan lebih dekat lagi karya kufi di Kufi Store Kota Bharu yang baru dibuka pada Januari 2016. Pelbagai karya yang cantik dan sesuai untuk hiasan dinding rumah, pejabat, masjid, restoran mahupun hotel. Boleh juga dijadikan hadiah ulang tahun, persaraan, perkahwinan, pertunangan dan cenderahati bagi sesuatu majlis rasmi. Kufi Store Kota Bharu ini terletak bersebelahan dengan Tesco Kota Bharu.

Sunday, June 19, 2016

Cameron Lavender, Cameron Highlands


Cameron Lavender, satu lagi tarikan yang terdapat di Cameron Highlands. Taman yang terletak di Tringkap, Cameron Highlands ini semestinya dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang berkunjung ke Cameron Highlands untuk melengkapkan jadual percutian mereka. Saya sendiri pun teruja dengan kecantikan taman lavender ini. Mungkin ini satu-satunya taman Lavender di Malaysia.

Thursday, June 16, 2016

Kempen Kesedaran Isu Palestin


Kempen Kesedaran Isu Palestin sangat bermanfaat untuk semua, apatah lagi dalam kalangan generasi muda khususnya para pelajar. Penderitaan dan kesengsaraan di bumi Palestin wajar diketengahkan untuk memberi kesedaran kepada netizen, bahawa sokongan dalam bentuk kewangan, moral dan sebagainya sangat bermakna. Justeru, Majlis Amal Palestin di SMKAM telah berjaya membuka minda warga sekolah tentang isu Palestin ini. Sempena Ramadan ini, ramai yang menghulurkan sumbangan untuk disalurkan bagi pembangunan rakyat palestin secara kolektif dan berterusan.

Monday, June 13, 2016

Syawal Menyatukan Kami di Rumah Usang


Rumah usang ini mengembalikan nostalgia
aku, kau atau sesiapa sahaja yang ada kenangan tentangnya.
Dahulu, rumah ini menjadi saksi
cerita suka duka kita sekeluarga.
Ayah,  jerit perihmu membanting tulang
dengan kudrat tua untuk menyekolahkan kita
Ibu, melayan penuh kasih sayang kerenah kita
adik-beradik dengan pelbagai ragam.

Thursday, June 9, 2016

Jus Kurma SMS


Jus Kurma segar dari ladang! Akhirnya dapat juga merasa jus kurma yang segar dan sedap ini. Sebelum ni saya hanya membaca mengenainya dalam FB saja. Maklumlah nak beli jauh... kedainya nun di Paka, Terengganu. Saya namakan Jus Kurma SMS sebab pemilik kedainya ialah Siti Maisarah Saifuddin, bukan orang lain pun, bekas pelajar saya juga dulu. Tahniah Sarah kerana dah jadi usahawan berjaya. Kebetulan Sarah buat road tour Jus Kurma dari Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis, sempat juga singgah hadiahkan jus kurma kepada saya. Terima Kasih!

Sunday, June 5, 2016

Big Red Strawberry Farm, Cameron Highlands


Kalau ke Cameron Highlands, Big Red Strawberry Farm adalah tempat yang mesti ada dalam atur cara kunjungan. Apa yang menariknya tempat yang terletak di Berinchang ini? Macam-macamlah, tapi saya sukakan Strawberry Sundae dan Waffle Strawberry. Wah... sedapnya makan! Masa ke sana baru-baru ini, dahlah cuaca sejuk, hujan pula tu, tapi kami makan juga! sebab dah lama mengidam nak makan 2 makanan tu!