Sunday, July 31, 2016

Serba Oren sempena Majlis Sanjungan Budi Sejambak Kasih


Bertemakan serba oren, hari ini kami meraikan persaraan Pn Hjh Siti Rubiah bt Yaacob. Guru Biologi ini telah menabur bakti  selama lebih 14 tahun di SMKAM. Banyak kenangan suka duka sepanjang menjadi guru dan rakan sekerja di SMKAM. Jalinan kemesraan dan kekeluargaan warga SMKAM pasti menjadi kenangan abadi buat beliau. Semoga puan Siti Rubiah sentiasa sihat dan gembira melalui hari-hari persaraan. Saksikan sebahagian koleksi foto semasa Majlis Sanjungan Budi Sejambak Kasih bagi meraikan persaraan puan Siti Rubiah.

Monday, July 25, 2016

11 Tahun Imdad sempena Aidilfitri


Sibuk beraya dan tugasan seharian, entri ini pun baru sempat disiapkan. Sambutan birthday anak sulung saya, Imdad pada 16 Julai yang lepas. Kebetulan birthday Imdad masih dalam bulan Syawal, maka boleh buat majlis dua dalam satu iaitu sambutan hari raya dan birthday. Jemputan hanya keluarga terdekat memandangkan pada hari raya ketiga kami sudah pun membuat rumah terbuka. Apapun, selamat hari lahir Imdad untuk kali ke-11 pada tahun ini. 

Thursday, July 21, 2016

Kejutan daripada Pelajar Sempena Hari Lahir Saya


Baru saja memulakan kelas dalam beberapa minit, seorang pelajar lelaki meminta kebenaran untuk ke tandas. Sampai di muka pintu kelas, tiba-tiba 'buppp' dia terjatuh ke lantai. Seluruh kelas terkejut termasuk saya. Eh! pengsan kah pelajar ini? Saya bergegas mengangkatnya dengan bantuan beberapa orang pelajar lain. Dalam keadaan cemas, tiba-tiba.... dari belakang kelas beberapa orang pelajar membawa sebiji kek yang cantik dan menyanyikan " Selamat hari jadi....selamat hari jadi... selamat hari jadi cikgu Ghazali... selamat hari jadi..." Ah... lakonan rupanya pengsan tadi! Satu kejutan daripada pelajar 5 IK sempena hari lahir saya pada hari ini. Terima kasih kepada semua pelajar 5 IK 2016 atas ingatan sempena hari jadi saya. Sungguh terharu!

Tuesday, July 19, 2016

Cebisan Kenangan Bersama Keluarga di Aidilfitri 2016


Sebelum Syawal melabuhkan tirainya, izinkan saya berkongsi  potret sambutan raya tahun ini bersama ahli keluarga terdekat. Biarpun disambut serba sederhana, kegembiraan Aidilfitri lebih bermakna apabila diraikan bersama seisi keluarga. Paparan koleksi sebahagian foto bersama keluarga ini diharapkan bisa membangkitkan kenangan buat kita semua. Semoga kebahagiaan Aidilfitri 2016 akan berulang lagi pada tahun-tahun mendatang.

Monday, July 18, 2016

Rehat Minda di Kem Sri Chap, Bachok


Ingin tenangkan fikiran dan rehatkan minda? Saya bawakan satu lagi tempat yang sesuai untuk aktiviti santai bersama keluarga mahupun anak-anak pelajar. Tentu saja boleh menikmati panorama indah di tepi pantai  dengan ditemani deruan ombak. Kem Sri Chap di Bachok Kelantan adalah tempatnya. Kami sempat ke sana baru-baru ini untuk satu program bersama pelajar tingkatan 5 IS dengan nama programnya, Rehlah Ibnu Sinarians Est (RISE). Pelbagai aktiviti rehat minda bermula dari pagi sehingga petang. 

Thursday, July 14, 2016

Kereta Kuda Mengiringi Persaraan


Pelbagai cara untuk mencari kelainan semasa hari persaraan. Hari ini SMKAM melakar sejarah tersendiri apabila majlis persaraan pengetua diserikan dengan penggunaan kereta kuda. Majlis yang cukup bermakna ini sebagai menzahirkan setinggi penghargaan buat pengetua, Pn Hjh Wan Mahiran bt Salleh atas curahan bakti selama berkhidmat di SMKAM. Saksikan koleksi potret sepanjang perjalanan majlis  ini. Semoga menjadi kenangan abadi, tersimpan kukuh dalam ingatan, selagi hayat dikandung badan.

Wednesday, July 13, 2016

Raikan Aidilfitri di Sekolah pula


Masih dalam suasana hari raya, jom kita raikan Aidilfitri di sekolah pula. Sambutan bagi edisi 2016 ini  sederhana tetapi meriah dan penuh berwarna-warni. Paling penting, semua gembira dan sama-sama meraikannya dengan penuh kesyukuran. Lupakan seketika tugasan yang tak pernah selesai, jom kita meriahkan sambutan Aidilfitri. Saksikan sebahagian potret kenangan yang sempat saya rakam dan abadikan di sini buat tatapan dan mungkin akan meninggalkan nostalgia suatu masa nanti.

Saturday, July 9, 2016

Pagi Raya di Kampung Halaman


Sibuk betul berhari raya, raya keempat baru sempat upload gambar pagi raya pertama. Maklum sajalah aktiviti penuh ke sana sini, dengan kebanyakan jalan sudah jem! Berbalik kepada gambar pagi raya pertama, tak banyak pun gambar, sebab masing-masing ada hal tersendiri. Kebanyakan gambar tak cukup 'korum'. Cukuplah seadanya,hehe..

Monday, July 4, 2016

Gene Martino: Pilihan Baju Raya 2016


Sana-sini sibuk membuat persiapan akhir untuk menyambut Aidilfitri yang cuma tinggal beberapa hari saja lagi. Masing-masing dengan 'mood' raya. Untuk memeriahkan lagi suasana, saya buat entri khas pasal baju raya kami tahun 2016 ini. Sekali lagi kami memilih jenama Gene Martino. Sebelum ini saya dan anak lelaki sahaja memakai jenama Gene Martino, tapi untuk tahun 2016 ini kami sekeluarga memakai jenama yang sama. Dengan kata lain, sedondon satu keluarga dari segi warna, kain dan corak. Bak kata Gene Martino, Keluarga Sedondon, Keluarga Bahagia!

Friday, July 1, 2016

Jom Kumpul Sampul Duit Raya


Beberapa hari saja lagi Aidilfitri bakal disambut. Untuk menghangatkan lagi suasana, jom kita cerita pasal sampul duit raya. Saya menjadi pengumpul Sampul Duit Raya (SDR) ini secara tidak sengaja. Bermula dengan tertarik dengan pelbagai corak dan warna SDR, maka saya menyimpannya sedikit demi sedikit. Lama-lama banyaklah juga, hasil pemberian duit raya saudara mara dan rakan-rakan kepada anak-anak, juga daripada pemberian pelajar-pelajar saya! Ada juga yang dikirimkan oleh rakan-rakan yang memiliki hobi yang sama. Cuma setahun dua ini sibuk, maka saya tak sempat untuk bertukar-tukar SDR melalui pos. Jom saya kongsikan sebahagian koleksi SDR saya.