expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, September 30, 2016

Pemilihan Jenama Produk yang Meminggirkan Bahasa Melayu


Pelbagai jenama kosmetik, tudung, makanan atau minuman kesihatan dan sebagainya muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan di negara kita. Kebaikannya, pengguna mempunyai banyak pilihan. Dalam entri ini saya cuba menyentuh tentang pemilihan sesuatu jenama untuk menarik perhatian pengguna. Semestinya setiap pemilik jenama inginkan kelainan dari segi nama produk mereka. Jadi tidak hairanlah muncul nama-nama produk yang seakan-akan diambil dan diubahsuai daripada perkataan tertentu yang sedia ada.

Wednesday, September 28, 2016

Burung Hantu dan Seni Felt


Comel dan ada gaya tarikan tersendiri seni felt ini. Apatah lagi kalau kraf yang dihasilkan itu ada kelainannya. Burung hantu pun nampak cantik kalau kena caranya. Entri ini saya paparkan antara koleksi seni felt hasil kerja tangan warga tempatan Kelantan, Ummi Felt & Craft Supplies. Jom cuci mata tengok antara hasil kreativiti mereka.

Tuesday, September 27, 2016

Kenapa dipotong Bucida ini?


Amboi... nak tunjuk rajin ker tu? Haha.. takde lah rajin sangat, sekadar nak bagi nampak cantik sikit pokok kat depan rumah ni. kalau berserabut, nanti fikiran kita juga turut berserabut. Alkisahnya, pokok bucida atau pokok doa di halaman rumah kami semakin membesar dan daunnya semakin merimbun. Jadi dahan yang dirasakan tidak perlu itu saya potong saja!

Monday, September 26, 2016

Lawak lagikah Majalah Ujang?


Lama betul tak membaca majalah Ujang. Masa sekolah dulu-dulu ada juga saya membeli majalah Ujang ini. Zaman itu mana ada whatsapp dan segala media sosial macam sekarang. Majalah inilah yang menjadi penghibur pada era 80an dan 90an dulu. Sampai sekarang majalah Ujang masih wujud, cuma ada cerita-cerita tertentu sudah ditamatkan episodnya. Saya rasa tahap 'kelawakan' majalah Ujang sekarang tidak dapat menandingi 'kelawakan' majalah Ujang dulu-dulu. Mungkin faktor umur saya yang semakin meningkat kot. hehe... Apapun semasa Pesta Buku di Kota Bharu baru-baru ini saya sempat membeli beberapa koleksi Majalah Ujang dengan harga istimewa.

Friday, September 23, 2016

Kempen Makan Buah-buahan Tempatan : Ada Pengunjung Kecewa

 
Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan di RTC Kota Bharu hari ini sangat bagus dan wajar diadakan. Saya yang tak pernah menyertai kempen makan buah secara  sedemikian pun turut serta dalam kempen ini, untuk mengalami sendiri pengalaman makan beramai-ramai buah-buahan tempatan. Peserta dewasa perlu membayar RM5 seorang dan kanak-kanak di bawah 17 tahun masuk percuma. Memang berbaloi bagi mereka yang membawa anak-anak yang ramai! Banyak juga kedengaran rasa tidak puas hati dalam kalangan pengunjung. Kenapa?

Wednesday, September 21, 2016

Pokok ini Berharga RM500


Pertama kali tengok sudah berkenan. Adakah ini cinta pandang pertama? Haha...sila jangan gelakkan saya. Sebetulnya pokok dalam gambar di atas itu memang cantik. Teringin juga nak beli tapi macam tak mampu saja. Harganya cuma RM500 sepokok! Ada yang berani beli? Bukan apa, bimbang juga nak beli, takut pokok itu tak panjang umur apabila berada di rumah saya Kalau orang lain mungkin boleh kot. Pokok cantik ini ada di kedai pokok bunga hiasan yang saya selalu kunjungi iaitu Kedai Bunga Kak Ma, di Peringat, daerah Kota Bharu ini juga. Jom cuci mata tengok pokok-pokok lain di kedai tersebut.

Monday, September 19, 2016

Sup Perut Lembu dan Aidiladha


Sup perut lembu? Menu biasa yang menjadi kegemaran sesetengah orang. Setiap kali tibanya hari raya Aidiladha, menu ini pasti tidak dilupakan. Bagi yang tidak berkesempatan merasai sup perut lembu muda sepanjang sambutan Aidiladha, kempunanlah agaknya! hehe... Biasanya perut lembu ini dimasak sebagai sup mahupun untuk dimakan atau dicicah dengan air asam. Biarpun apa jenis masakan berasaskan perut lembu, sedap dan menyelerakan, tapi saya masih tak  boleh makan perut lembu. Hehe... Jom saksikan koleksi gambar ibadah korban di pagi Aidiladha baru-baru ini. 

Wednesday, September 14, 2016

Promosi Harga Runtuh Cadar Patchwork


Bosan tengok cadar lama? Jom tukar yang baharu. Sekarang ada promosi cadar patchwork di kedai Kak Ha, Kg Padang Salim, Peringat, Kelantan. Saya baru saja ke sana tadi, boleh pilih mana yang berkenan dan bawa pulang! Entri pasal cadar patchwork ini sekadar berkongsi makluman tentang promosi harga runtuh selama 3 hari sahaja iaitu 14, 15 dan 16 September 2016. Harga satu set cadar biasa (3 pcs) cuma RM85. (Saya pernah beli cadar yang sama sebelum ini dengan harga RM 120 - RM 130). Jadi memang tak lepaskan peluang ini!

Saturday, September 10, 2016

Kenangan Semalam di Restoran Syam


Jamuan PERTIMA edisi 2016 telah diadakan di Restoran Syam, Kota Bharu. Majlis yang melibatkan semua pelajar tingkatan 5 tahun 2016, para pentadbir dan guru-guru SMKAM, berlangsung dengan meriah dan penuh nostalgia. Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak terutamanya PERTIMA 16 yang berjaya merealisasikan majlis bermakna ini. Simpanlah segala suka duka memori bersama selama 5 tahun di bumi SMKAM. Patah tumbuh hilang berganti, namun yang berganti itu tidak mungkin menyamai yang telah pergi.

Saturday, September 3, 2016

Euro Fun Park kini di Kota Bharu


Kini warga Kelantan khasnya di Kota Bharu berpeluang merasai peluang bergembira bersama keluarga di Euro Fun Park. Bertempat di RTC Kelantan di Kota Bharu, pelbagai permainan menyeronokkan disediakan. Dibuka bermula jam 7 petang hingga 12 tengah malam dengan bayaran tiket masuk sebanyak RM 4 bagi dewasa dan RM 2 bagi kanak-kanak. Untuk menyertai setiap permainan yang disediakan, kita perlu membeli token di kaunter token. Satu token bernilai RM 2. Kebanyakan permainan memerlukan sebanyak 3 hingga 4 token setiap orang. Yang paling mahal kalau tak silap saya, 8 token seorang!. Maaf, saya tidak pasti tarikh akhir ia akan beroperasi di sini. Dalam entri ini saya paparkan beberapa foto yang sempat dirakam.