expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, October 31, 2016

Let's Go With Me 2016 di Kota Bharu


Pengalaman berjalan bersama sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V adalah sesuatu yang istimewa dan tidak wajar dilepaskan peluang. Justeru, saya turut serta dalam acara Let's Go With Me edisi 2016 yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan. Berjalan beramai-ramai pada waktu malam sejauh 7 km bersama-sama 21 000 orang peserta memang menyeronokkan dan hampir tidak terasa kepenatannya. Tidak dinafikan, acara sebegini dapat mengeratkan hubungan antara semua peserta dari pelbagai jabatan, agensi mahupun orang perseorangan. Berikut koleksi foto kenangan sepanjang acara berlangsung.

Saturday, October 29, 2016

Abadikan Kenangan di Delldash Booth


Foto kenangan kami sekeluarga ketika berkunjung ke Festival Industri Kreatif Kelantan di Dataran Astaka, Stadium Sultan Muhammad IV. Dengan hanya membayar RM3 untuk sekeping gambar di DellDash booth, itulah hasilnya. Seronok bergambar bersama keluarga dengan mengenakan prop yang disediakan. Ada 2 pilihan gambar dengan harga yang sama, iaitu 2X6 inci dan 4X6 inci(4R). Saya rasa harga RM3 sekeping itu memang berpatutan. DellDash booth ini pakar dalam menyediakan perkhidmatan photobooth. Macam-macam acara boleh menggunakan perkhidmatan ini, seperti perkahwinan, majlis hari jadi, reunion sekolah atau kolej, dan banyak lagi.

Friday, October 28, 2016

Makan Sampai Kenyang @ Hotel Perdana Kota Bharu


Alhamdulillah, kenyang makan malam ini. hehe. Konsep makan sampai kenyang memang menarik bagi mereka yang dapat menghabiskan sejumlah makanan dalam satu-satu masa. Bagi yang diet atau memilih makanan tertentu sahaja, tengok sajalah yer menu yang pelbagai ini. Malam tadi saya sempat menghadiri jamuan akhir tahun, Majlis Jalinan Kasih, Kelab Guru dan Staf 2016 di Hotel Perdana, Kota Bharu. Kelainan tahun ini, makan malam secara buffet. Pilih sahaja menu yang digemari. Bermula dengan nasi dengan pelbagai lauk, sehinggalah pencuci mulut dengan pelbagai rasa juga!

Monday, October 24, 2016

Jom Main Air di Marina Water Park, Kelantan



Satu lagi tarikan di Kota Bharu Kelantan ialah Marina Water Park. Lokasinya yang strategik terletak di tepi jalan utama dari bandar Kota Bharu ke Wakaf Che Yeh, memudahkan pengunjung untuk ke sini. Biarpun tidak setanding Gambang Water Park, Bukit Merah Water Park dan lain-lain Water Park di negara kita, ia cukup bermakna terutamanya bagi kanak-kanak yang ingin bermain air di sekitar Kota Bharu ini. Jadi ibu bapa tidak perlu menghabiskan masa untuk perjalanan jauh ke tempat-tempat lain kalau sekadar ingin bermain air.

Saturday, October 22, 2016

Akok Padang Enggang dibakar Menggunakan Arang


Suka makan akok? Tak perlu tunggu bulan puasa untuk menikmati akok. Kalau di Kelantan, akok boleh didapati bila-bila masa sahaja. Jom saya perkenalkan akok istimewa dan popular di Kota Bharu, Akok Padang Enggang, sempena nama tempat iaitu Padang Enggang. Istimewanya akok ini, dibakar menggunakan arang sepenuhnya. Selain rasanya yang sedap, akok ini juga bersaiz besar dan tebal. Harganya cuma RM 1 bagi dua biji. Kerap juga saya membeli akok Padang Enggang ini. Memang puas hati  dapat makan akok panas-panas.

Thursday, October 20, 2016

Berskuter Kayu di Banaue Philippines


Jom berkongsi rancangan tv kegemaran saya, GO ASEAN di channel 737 Astro iaitu rancangan Go Fast or Go Home. Kali ini kita saksikan skuter daripada kayu di Banaue, Filipina. Sungguh kreatif mereka mencipta skuter yang boleh dipandu tanpa menggunakan petrol. Skuter yang dicipta terdiri daripada pelbagai model haiwan seperti singa, harimau, buaya dan lain-lain. Kegunaan skuter ini lebih kepada aktiviti tarikan pelancong, bukannya untuk kegunaan untuk ke tempat kerja. Jom saksikan foto yang sempat dirakam melalui kaca tv di rumah!

Wednesday, October 19, 2016

Nasi Netup Kak Ku memang Meletup


Pertama kali tengok nama kedai ini, sudah ada kelainannya. Terbaca publisiti tentangnya dalam FB, maka saya telah ke sana untuk melihat dengan lebih dekat kedai ini, seterusnya merasa sendiri menu nasi berlauk yang diviralkan itu. "Netup" dalam loghat Kelantan yang sama maksudnya dengan meletup atau meletop! Dengan kata lain, nasi yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan penggemar nasi berlauk. Di Kelantan, nasi berlauk seolah-olah menjadi menu wajib setiap pagi untuk bersarapan. Jom kita tinjau kedai nasi Netup Kak Ku ini.

Friday, October 14, 2016

Baik Buruk Penggunaan Internet


Memiliki telefon pintar dengan kemudahan internet seolah-olah menjadi keperluan dalam dunia hari ini. Perhatikan di mana-mana dan bila-bila masa sahaja masyarakat kita akan membelek-belek telefon bimbit mereka sekalipun berada di tempat awam mahupun sedang makan bersama keluarga di restoran! Apakah kemudahan internet ini bakal melahirkan satu generasi yang hanya pandai berinteraksi secara maya tanpa mengendahkan persekitaran realiti mereka? Sebagai generasi yang pernah berada dalam dua zaman berbeza ini, saya terpanggil untuk  melontarkan sedikit idea sekadar renungan bersama.

Bunga Raya dan Taman Mini di Rumah


Masa beli pokok bunga raya ini saya tak tahu pun warna dan bentuk bunganya. Sajalah tak mahu tahu sebab nak buat kejutan untuk diri sendiri. Haha.... Tunggu punya tunggu akhirnya berputik dan mengeluarkan bunga sulung seperti dalam gambar. Boleh tahan juga, saya suka! Spesis bunga  raya memang ekslusif sebab kuntuman yang mekar hanya kekal untuk sehari sahaja. Esok dan hari seterusnya kena tunggu kuntuman baru pula. Apapun pokok bunga raya ini turut menghiasi taman mini di rumah kami. Huhu... tamanlah sangat! Jom tengok...

Tuesday, October 11, 2016

Ikan Keli dalam Sangkar di Rumah


Menternak ikan keli dalam sangkar bukan lagi sebagai hobi. Sebaliknya boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan jika kena caranya. Baru-baru ini saya dan keluarga sempat berkunjung ke rumah Puan Rubaidah di Pasir Putih, Kelantan untuk melihat dengan lebih dekat ternakan ikan keli dalam sangkar. Begitu seronok anak-anak dapat melihat dan memberi makan ikan-ikan keli dengan lebih dekat. Kalau dipandang dari jauh mungkin kita tidak menyangka di dalam sangkar-sangkar tersebut terdapat beribu-ribu ekor ikan keli pelbagai saiz. Tuan rumah sering menerima banyak tempahan ikan keli sama ada dari kedai-kedai makan berdekatan mahupun orang perseorangan.

Monday, October 10, 2016

Ini Rupanya Buah Bidara


Teruja juga tengok pokok bidara yang ditanam di tepi rumah sudah berbuah. Saiz buahnya lebih besar berbanding dengan bidara jeruk yang dibeli di pasaran. Sekali pandang nampak macam buah epal hijau. Cuma saiznya kecil sedikit berbanding epal hijau. Hari ini kami sempat merasa buah bidara sulung. Sedap juga rasanya, rangup macam epal! Biarpun cuma sepohon, Alhamdulillah dapat juga melihat dan merasa hasilnya. 

Thursday, October 6, 2016

Selamat Berpisah Papa Lie


Akhirnya berpisah jua.... demi tugas! Selama hampir 11 tahun menjadi rakan sekerja, bukan sedikit kenangan yang kita bina bersama. Suka duka mendidik anak bangsa demi sebuah kejayaan yang didambakan, akhirnya terhenti di sini. Apapun ini bukan pengakhiran sebuah cerita selagi masih bergelar pendidik. Mulakan perjuangan di tempat baharu dengan situasi yang berbeza. Tahniah buat bekas rakan sekerja, Tn Hj Ghazali, atau lebih mesra dalam kalangan pelajar dengan gelaran papa atas kenaikan pangkat sebagai Guru Kanan Bahasa. Semoga bintang ini terus bersinar di sekolah baharu.

Monday, October 3, 2016

Mufti Kerajaan Kelantan dan Solat Hajat di SMKAM


Solat hajat di padang sekolah dengan diimamkan oleh Dato' Mufti Negeri Kelantan, semestinya akan terpahat di ingatan oleh calon-calon PT3 dan SPM 2016 SMKAM. Kehadiran ibu bapa pelajar PT3 dan SPM, juga semua guru, staf dan pelajar sekolah dalam program ini memberi impak yang besar terhadap  motivasi kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Majlis Solat Hajat Perdana PT3 dan SPM 2016 ini sangat istimewa dengan kehadiran Dato' Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan.

Sunday, October 2, 2016

Durian Monthong di Halaman Rumah


Durian Monthong, sangat popular akhir-akhir ini. Keunikan dan keistimewaannya menjadi trending dalam kalangan masyarakat kita untuk menanamnya. Harganya pun tidaklah semahal di awal kemunculannya dulu. Ramai juga yang mengambil kesempatan membuat bisnes jualan pokok ini. Sempena 1 Muharram 1438H ini, saya juga mengambil kesempatan untuk menanam 2 batang pokok durian Monthong. Tanam depan rumah lagi ni. Hehe... Sila abaikan hutan rimba di sekitar tempat penanaman pokok itu. Haha...